Skip to main content

LTTE: Lim Guan Eng nak tipu siapa

Lim Guan Eng dah kantoi masih lagi nak menipu. Kenyataannya jelas bahawa pihak polis beri jaminan tidak ada lagi tangkapan membabitkan DAP berkaitan dengan LTTE. Apa yang dia cakap dilaporkan oleh pihak media termasuk oleh Malaysiakini, tapi bila diasak oleh wartawan, boleh pula dia marahkan pihak wartawan dan menyuruh membaca kenyataan media dia.

Masalahnya apa yang pihak wartawan laporkan adalah percakapannya sendiri secara terus kepada pihak wartawan. Bila kantoi suruh rujuk kenyataan bertulis dia. Wartawan tanya pasal kenyataan semasa berdepan dengan wartawan. Bukan pasal kenyataan bertulis tu. 

Nampaknya Lim Guan Eng ni bukan setakat berlagak pandai tapi berfikiran bahawa dia cukup pandai untuk membodoh rakyat dan yakin benar rakyat mudah percaya dengan pembohongannya. 




Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata pihak polis memaklumkan tiada lagi pemimpin DAP yang akan ditahan atas dakwaan penglibatan mereka dengan Hariamu Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Polis hari ini menahan tujuh individu termasuk Exco Melaka, G Saminathan dan Adun Seremban Jaya, P Gunasekaran di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
Polis juga mendedahkan kumpulan pemberontak itu merancang serangan ke atas kedutaaan Sri Lanka di Malaysia.
"Saya juga dimaklumkan bahawa walaupun akan ada lebih ramai ditangkap kerana disyaki mempunyai kaitan dengan LTTE, tiada lagi pemimpin atau wakil rakyat dari DAP akan disasarkan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, penglibatan mereka dalam DAP setakat ini, tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa mereka terlibat dalam sebarang aktiviti keganasan.
Lim berkata polis mendakwa mereka mempunyai "bukti kukuh" dan telah "merujuk kepada pihak atasan" sebelum mengambil tindakan.
Beliau berkata DAP akan menyediakan pasukan peguam untuk membantu kedua-dua pemimpin mereka yang diketuai Anggota Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh dan Anggota Parlimen Jelutong, RSN Rayer.
"Polis berjanji siasatan segera untuk membolehkan kertas siasatan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dan membolehkan kedua-dua pemimpin DAP itu dibebaskan awal.
"Polis juga berjanji untuk memberikan keluarga dan peguam akses kepada kedua-dua wakil rakyat kami.
"Kedua-dua Adun kami dipuji oleh pihak polis kerana memberikan kerjasama sepenuhnya dan tenang dengan pihak polis semasa penahanan mereka," katanya.
Penahanan tanpa bicara
Sementara itu, Ngo Malaysian Against Death Penalty And Torture (Madpet) mengkritik penahanan tanpa perbicaraan di bawah Sosma.
"Perlu diingatkan bahawa polis mempunyai kuasa untuk menyiasat tanpa menangkap atau menahan mana-mana suspek.
"Bekas Perdana Menteri kita Najib Razak, semasa siasatan (atas skandal 1MDB) tidak pernah ditahan di lokap polis menunjukkan bagaimana polis Malaysia masih boleh meneruskan siasatan tanpa keluarkan arahan menahan reman, dan sudah tentu bukan Sosma," kata jurucakap Madpet, Charles Hector.
Charles berkata takrifan "keselamatan" di bawah Sosma adalah samar dan penggunaan akta itu perlu dihadkan kepada kesalahan melibatkan keganasan dan senjata api.
Dalam perkembangan berkaitan, PSM mengecam penangkapan Adun DAP di bawah Sosma yang membenarkan penahanan tanpa bicara selama 28 hari.
Timbalan Pengerusi PSM, S Arutchelvan mengingatkan Pakatan Harapan (PH) bahawa ramai pemimpin mereka juga pernah menjadi mangsa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) suatu ketika dahulu.
Beliau berkata PH juga telah berjanji untuk memansuhkan undang-undang zalim, termasuk Sosma.
"Ramai pemimpin dalam PH telah menjadi mangsa ISA dan mereka tahu bagaimana penahanan tanpa perbicaraan boleh dipergunakan dan disalahgunakan oleh kerajaan.
"PH telah berjanji untuk memansuhkan POCA (Akta Pencegahan Jenayah) dan memansuhkan peruntukan zalim dalam Sosma. 
"PH juga mengatakannya sebagai menindas,"kata beliau dalam satu kenyataan petang ini.

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 25 sen

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi masing-masing naik 25 sen bagi tempoh 10 September hingga 16 September ini. Kementerian Kewangan (MOF) berkata, harga RON97 ditetapkan pada RM4.50 seliter berbanding RM4.25 sebelum ini, RON95 tanpa subsidi pada harga RM4.02 seliter berbanding RM3.77 dan diesel tanpa subsidi pula ditetapkan pada RM4.92 seliter berbanding RM4.67. Pada masa sama, harga petroleum bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter bagi RON95 mengikut BUDI Madani RON95 (BUDI95), manakala RM2.10 seliter bagi diesel berdasarkan program BUDI Madani Diesel (BUDI Diesel). Harga bagi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pula masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter.