Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2020

‘Penyelewengan TH dah jelas, untuk apa lagi RCI?’

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof berkata tidak ada keperluannya untuk menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat salah laku yang berlaku dalam Lembaga Tabung Haji (TH) semasa era pentadbiran BN. Hal itu katanya, memandangkan segala penyelewengan telah dikenal pasti dengan jelas melalui penyiasatan yang dijalankan sebelum ini, malah laporan polis juga telah dibuat ke atas mereka yang terlibat. “Kerajaan hari ini melihat melihat proses pemulihan TH berjalan lancar seperti laluan (track) dia. “Kita telah kenal pasti penyelewengan-penyelewengan itu hatta sebelum tertubuhnya RCI. RCI tak tubuh pun sangat jelas laporan bebas PricewaterhouseCoopers (PwC) menunjukkan (penyelewengan). “Apa lagi yang nak buat apabila benda tu (penyelewengan) terlalu jelas?" soalnya ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Residensi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Sekolah Rendah Agama Saidina A...

Anwar Sedia Jumpa Hadi Untuk Bincang ‘Susunan Politik Baru’

Home BERITA Anwar Sedia Jumpa Hadi Untuk Bincang ‘Susunan Politik Baru’ (FMT) – Presiden PKR, Anwar Ibrahim juga sedia berjumpa Abdul Hadi Awang walaupun sibuk, ketika ditanya pemberita mengenai “susunan politik baru” di Putrajaya susulan pertemuan presiden PAS dengan perdana menteri. “Tak ada masalah, tak ambil permusuhan peribadi dengan sesiapa. PAS atau tidak, bagi saya soal prinsip,” katanya kepada pemberita di satu program di Universiti Sultan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu. Anwar juga menyifatkan cakap-cakap mengenai penjajaran penyokong Dr. Mahathir Mohamad dengan PAS itu hanya “tafsiran umum”. “Boleh jadi bayangan PAS,” katanya, tanpa huraian lanjut. FMT memetik sumber yang arif dengan rancangan-rancangan di Putrajaya berkata pengaturan semula lanskap politik Malaysia secara besar-besaran, yang boleh mengangkat PAS ke kuasa persekutuan, mungkin sedang dirancang berikutan kemerosotan sokongan kepada kerajaan PH. Men...

20 produk milik Robert Kuok

Sesuai dengan gelaran beliau sebagai Raja Gula, pastinya ramai yang mengetahui billionaire Robert Kuok berjaya mengumpulkan kekayaan melalui perniagaan gula beliau. Namun apa yang ramai tidak tahu adalah untuk bergelar sebagai manusia paling kaya di Malaysia, Robert Kuok tidak hanya bergantung kepada perniagaan gulanya semata-mata sebaliknya beliau telah membina sebuah empayar perniagaan dengan melabur di dalam pelbagai jenis sektor perniagaan. Selain bergelar The Richest Man in Malaysia, Robert Kuok turut dinobatkan sebagai manusia yang keenam terkaya di dalam Asia Tenggara dengan nilai aset sebanyak RM61.28 billion (Forbes). Selain daripada dikenali ramai kerana kekayaan miliknya itu, Robert Kuok turut terkenal sebagai seorang  media shy  kerana sifat pemalunya untuk berhadapan dengan pihak media. Pemilik Kuok Group ini sebenarnya memiliki cabang perniagaan yang lain di serata dunia, antaranya adalah PPB Group Berhad, Federal Flour Mills (FFM) Berhad,...