Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

PH sahkan 1MDB untungkan negara

Presiden MCA, Wee Ka Siong mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengesahkan bahawa 1MDB menguntungkan dan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Menurutnya, perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengakui Bandar Malaysia yang bernilai RM140 bilion boleh membantu menaikkan mata wang, manakala Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pula berkata projek TRX yang bernilai RM40 bilion merupakan salah satu usaha terbaik negara ini. "Apabila dicampurkan, kedua-duanya berjumlah RM180 bilion. "Ia lebih daripada cukup untuk menampung hutang RM30 bilion. "Ini bermakna, PH telah mengesahkan bahawa 1MDB bukanlah punca yang menyebabkan Malaysia muflis atau membebankan generasi akan datang. "Malah, PH telah mengesahkan bahawa 1MDB begitu menguntungkan dan memainkan peranan penting untuk membangunkan negara kita," katanya dalam satu kenyataan. Kedua-dua projek itu merupakan projek di bawah 1MDB tetapi dipindahkan ke kementerian kewangan, ...

'Komposisi kabinet tak adil, blok Azmin dapat manfaat besar'

Selepas beberapa pimpinan Umno mempertikaikan komposisi kabinet yang dibentuk perdana menteri, Muhyiddin Yassin, timbalan presiden Umno, Mohamad Hasan juga mengambil langkah yang sama. Kata Mohamad, walaupun pelantikan kabinet adalah budi bicara Muhyiddin selaku perdana menteri, adalah jelas Umno selaku blok ahli Parlimen terbesar diketepikan dengan cara yang sangat tidak adil. "Pertama, pemberian portfolio kementerian yang tidak kritikal. "Keadaan ini sama sekali tidak setimpal dengan jumlah ahli parlimen yang disumbangkan oleh Umno dan tahap pengalaman yang dimiliki oleh mereka. "Kedua, keanggotaan kabinet secara jelas memberikan manfaat yang sangat besar kepada blok Bersatu dan Datuk Seri Azmin Ali," katanya dalam satu kenyataan. Katanya, walaupun bukan 'kepentingan paling afdhal' untuk Umno memegang kedudukan dalam kerajaan, adalah mustahak bagi Muhyiddin mengikut saiz perwakilan parti. Jelasnya, ia merupakan amalan dalam sistem westminster dan perwa...

Siti Zailah akan kunjung menteri agama isu pakaian patuh syariah

Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata beliau akan cuba merealisasikan pelaksanaan polisi menutup aurat buat pramugari. Sehubungan itu, katanya, beliau akan membuat kunjungan hormat ke pejabat menteri agama , Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagi membincangkan mengenai polisi yang pernah dicadangkan dan diperjuangkan PAS dalam Dewan Rakyat ketika mereka menjadi pembangkang. “Jadi insya-Allah dengan kerajaan yang ada ini saya akan membuat kunjung hormat dalam masa terdekat ke pejabat menteri agama, dan saya yakin perkara ini pun dah ada dalam agenda mereka. “Sebab kita perlu kepada pindaan undang-undang, terutamanya Akta Kerja jika melibatkan kakitangan yang bekerja, supaya polisi patuh syariah itu dilaksanakan dalam pentadbiran negara kita. “Untuk orang Islam sahaja, bagi orang bukan Islam, berpakaian sopan, kita tak paksa,” katanya. Beliau berkata demikian ketika disoal pemberita selepas menyampaikan makanan kepada golongan memerlukan di hada...

Pemilihan Bersatu: Tengoklah saya atau Muhyiddin yang menang

Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemilihan Bersatu sebagai medan terbaik kepada anggotanya untuk memilih antara beliau dan presiden Muhyiddin Yassin. Mahathir mengaku Bersatu berpecah dua, namun menegaskan ia berlaku dalam semua parti, lapor  Sinar Harian . “Tidak lama lagi ada pemilihan Bersatu, mungkin dia akan bertanding dan saya juga akan tanding. “Kita tengoklah siapa menang tetapi kerajaan tidak akan jatuh. “Orang yang menyebelahi dia pegang jawatan. Kerajaan tidak jatuh. Tinggal lagi dia mungkin tidak lagi jadi pemimpin Bersatu,” beliau dipetik sebagai berkata dalam wawancara di Putrajaya, kelmarin. Sebanyak 189 bahagian Bersatu dijangka mengundi kepimpinan peringkat nasional yang baru bulan depan. Pertembungan mereka kelihatan selepas Muhyiddin membawa Bersatu membentuk gabungan baru politik dan menjadi perdana menteri, sedangkan Mahathir mahu membentuk kerajaan tanpa parti. Muhyiddin juga cuba menguasai Bersatu dengan mengambil alih jawatan pemangku pen...

Umno kemuka enam tuntutan pada Muhyiddin

Umno kemuka enam tuntutan pada Muhyiddin Umno hari ini mengemukakan enam tuntutan yang perlu diambil tindakan segera oleh kabinet Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, termasuk mengkaji semula siasatan dan pendakwaan kes penyelewengan yang dihentikan pada zaman Pakatan Harapan (PH). Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, berkata ia penting bagi memenuhi aspirasi rakyat dan memelihara kepentingan agama dan negara Selain itu, Umno juga menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat segala dakwaan salah laku dan penyelewengan Pakatan Harapan (PH) terhadap kerajaan BN serta pengurusan Tabung Haji (TH) terdahulu. "Menilai semula semua keputusan penjualan secara lambak aset-aset strategik negara dan agensi-agensi berkepentingan rakyat termasuklah TH, Khazanah Nasional, LTAT dan semua syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC). "Demi prinsip 'rule of law' yang sebenar, Umno mendesak kes-kes penye...
  SINAR HARIAN - Pelantikan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya disifatkan sebagai kesilapan besar kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang membangkitkan rasa tidak puas hati orang Melayu dan Islam. Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, kesilapan pemimpin ialah apabila mereka mempolitikkan jawatan-jawatan itu dengan melantik penyokong kuat mereka ke jawatan itu. “Kesannya, kita telah lihat daripada pelantikan Tommy dan Latheefa. “Sebenarnya, untuk memilih pegawai yang sesuai tidak susah. Tengoklah siapakah paling kanan dan apa ‘salah’ dengannya. Biasanya, jika ada ‘salah’, beliau tidak sampai ke situ,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Menurutnya, pegawai yang lebih menonjol dan membodek orang politik adalah pegawai yang tidak ada ‘substance’ tetapi bercita-cita besar. Pegawai seperti ini tahu mereka tidak akan ke mana jika tidak berbuat demikian. ...

Siasatan SPRM sahkan derma keluarga diraja Arab Saudi – Dzulkifli

Former MACC chief commissioner Tan Sri Datuk Dzulkifli Ahmad is pictured at Kuala Lumpur High Court March 10, 2020. — Picture by Ahmad Zamzahuri KUALA LUMPUR – Perbicaraan SRC International Sdn Bhd hari ini dikejutkan dengan pendedahan saksi ke-15, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak pernah cuba didakwa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekitar 2015. Dzulkifli merupakan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM pada masa penyiasatan terhadap dana bernilai RM2.3 bilion sedang dijalankan oleh agensi terbabit bersama-sama Jabatan Peguam Negara. Dzulkifli juga mendedahkan pada awalnya beliau sangat terkejut dengan cadangan SPRM mahu mendakwa Najib yang merupakan Perdana Menteri ke-6 ketika itu di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan atas jenayah pecah amanah penyewelangan. Selain daripada Seksyen 403, SPRM juga ada memberikan cadangan untuk mendakwa Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM. Beliau ketika itu merujuk kepada ...

SRC trial: Ex-AG Apandi stands by 2016 statements absolving Najib

KUALA LUMPUR, March 9 — Tan Sri Mohamed Apandi Ali today defended his public statements from January 2016 that cleared Datuk Seri Najib Razak of any wrongdoing over SRC International Sdn Bhd and a RM2.6 billion donation as the attorney general then. Testifying as the 13th defence witness in Najib’s RM42 million SRC International Sdn Bhd corruption trial at the High Court today, Apandi explained that he issued a media statement on January 18, 2016 to satisfy the “public's curiosity” on the outcome of the ongoing investigations. "At that material time, the investigations involved the then sitting PM, so the public wanting to know...desiring to know the development and outcome (of the probe). "Because the investigation was long pending and to satisfy (them), I then issued this press release to show investigation is ongoing... to show development," he said during examination-in-chief by Najib's lawyer Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. Subsequently, Apandi also co...