BNM Beli tanah Bayar Balik Hutang 1MDB? PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mengesyaki pembelian tanah oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dari kerajaan pada 2017 di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah untuk mendapat dana bagi pembiayaan Pelan Rasionalisasi 1MDB. Beliau berkata, kerajaan tidak perlu menjual tanah pada harga lebih mahal pada BNM sekiranya kerajaan BN dahulu memerlukan dana untuk menyelamatkan 1MDB. Katanya, ini berikutan BNM adalah milik kerajaan, maka kerajaan hanya perlu meminta BNM membayar dividen tahunan lebih tinggi kepada kerajaan. “Sebagai contoh dividen dibayar BNM pada tahun 2017 adalah RM2.5 bilion berbanding dividen tahun 2019 sebanyak RM4 bilion dan RM3.5 bilion bagi tahun 2020. “Atau kita boleh jual aset Khazanah Nasional seperti aset melebihi RM30 bilion dijual kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). “Atau ambil dari ...