Skip to main content

Posts

BNM Beli Tanah Bayar Hutang 1MDB?

  BNM Beli tanah Bayar Balik Hutang 1MDB? PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mengesyaki pembelian tanah oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dari kerajaan pada 2017 di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah untuk mendapat dana bagi pembiayaan Pelan Rasionalisasi 1MDB. Beliau berkata, kerajaan tidak perlu menjual tanah pada harga lebih mahal pada BNM sekiranya kerajaan BN dahulu memerlukan dana untuk menyelamatkan 1MDB.  Katanya, ini berikutan BNM adalah milik kerajaan, maka kerajaan hanya perlu meminta BNM membayar dividen tahunan lebih tinggi kepada kerajaan. “Sebagai contoh dividen dibayar BNM pada tahun 2017 adalah RM2.5 bilion berbanding dividen tahun 2019 sebanyak RM4 bilion dan RM3.5 bilion bagi tahun 2020. “Atau kita boleh jual aset Khazanah Nasional seperti aset melebihi RM30 bilion dijual kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). “Atau ambil dari ...
Recent posts

LAPORAN POLIS TERHADAP KETUA PENGARAH SPRM (2018)

Menyorot Peristiwa LAPORAN POLIS TERHADAP KETUA PENGARAH SPRM PENGADU :         Dato ‘ Lokman Noor Bin Adam TARIKH :              23/5/2018 MASA :              6.00 ptg Tempat :                Balai Polis Kelana Jaya, Jalan SS6/3, Kelana Jaya Sebenarnya kitapun tertanya-tanya status laporan polis yang kini memakan masa tiga tahun. Apakah siasatan masih  berjalan atau tidak? 

UMNO Mahu Sidang Parlimen Diadakan

Presiden UMNO turut mempersembahkan kepada Tuanku YDP Agong 5 pendirian penting UMNO dalam isu-isu menyentuh kepentingan rakyat ketika dipanggil mengadap pukul 10.30 pagi sebentar tadi, antaranya: 1. Kerajaan wajar memanfaatkan Ordinan Darurat untuk arahkan Bank-bank menawarkan Moratorium Tanpa Caj/Faedah Tambahan kepada semua kelompok termasuk M40; 2. Akses rakyat kepada i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0. 3. Kawalan harga barang-barang keperluan sepanjang Darurat dan Pandemik. 4. Parlimen dibenarkan bersidang bagi memastikan wujud akautabiliti dan ‘check and balance’ dalam pentadbiran kerajaan. 5. Darurat tidak diteruskan selepas 1 Ogos ini.    

Pesawat pengintip Israel melalui ruang udara Malaysia

SHAH ALAM - Kehadiran pesawat pengintip prototaip Israel yang dilaporkan sedang menjalankan penerbangan ujian merentas ruang udara Putrajaya sebelum mendarat di Singapura mengundang pelbagai tanda tanya. Penganalisis pertahanan Zaki Salleh berkata, walaupun pada dasarnya ia adalah penerbangan biasa tetapi kehadiran pesawat tersebut yang dilengkapi dengan perkakasan perisikan elektronik menarik perhatian ramai. Menurut beliau, berkemungkinan pesawat berkenaan sedang melakukan ujian sistem terbaharu dan penerbangan jarak jauh yang dilaksanakan adalah bagi melihat keberkesanan perkakas yang diuji. “Sekiranya benar sepertimana dilaporkan, pesawat Boeing 732-400 dengan bernombor pendaftaran 4X-AOO milik syarikat IAI-Elta merupakan pesawat perisikan elektronik. “Pesawat ini digunakan sebagai platform ujian peralatan radar dan elektronik. "Ia direka untuk menampung sistem perisikan semboyan rondaan maritim, perisikan imej, sistem amaran awal udara (AEW) dan sistem perlindungan misil ...

Pengerusi Bersatu: Mahkamah tolak permohonan Mahathir

Minda Syed Ali Alhabshee BERSATU: Mahathir kalah kepada Muhyiddin 1. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru saja pagi tadi menolak permohonan ad interim Tun Dr Mahathir Mohamad untuk status quo bahawa dia masih Pengerusi dan ahli BERSATU. Juga ditolak permohonan anaknya Mukhriz dan konco-konconya yang lain. 2. Maka jelaslah hari ini semua mereka bukan ahli BERSATU. Mereka sudah tidak ada jawatan dalam parti. Tidak ada jawatan dalam kerajaan. Tidak ada apa-apa. 3. Hari ini Dr Mahathir tewas kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin. Ini bukan saya kata. Ini mahkamah yang kata. Pastilah peguam Dr Mahathr, peguam Haniff Khatri akan temberang kata ini belum muktamad. Ini sementara sehingga pendengaran penuh pada 9/7/20. 4. Tapi inilah petanda satu lagi kejatuhan Dr Mahathir. Satu lagi kesilapan dari siri kesilapan-kesilapan yg panjang kebelakangan ini. Petanda pengakhiran Dr Mahathir. 5. Hal ini pernah diramalkan oleh almarhum Ustaz Fadzil Noor bekas Presiden PAS. Juga sama ...