Skip to main content

Pengerusi Bersatu: Mahkamah tolak permohonan Mahathir

Image may contain: 1 person, text that says "PH tidak pernah calonkan Mahathir sebagai PM9 Mahathir mencadangkan dirinya sendiri, dengan tempoh jawatan sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum serah kepada Anwar. Saifuddın Nasution Setiausaha Agung PKR 18 Jun 2020"

Image may contain: 1 person, text that says "DAP, Amanah, kamu sangat mengecewakan (memilih Mahathir berbanding Anwar). Inikah cara kamu bayar harga sebuah setiakawan? Farhash Wala Salvador Pengerusi PKR Perak 18 Jun 2020 2020"


Image may contain: 1 person, text that says "Kami tidak menyokong Mahathir sebagai calon PM! Sudah-sudahlah kaedah 'lesser than two evils' (Pilihan hanya antara kerajaan PN atau Mahathir) Akmal Nasrullah Nasir Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia 18 Jun 2020 asto"

Image may contain: 1 person, text that says "Tidak adil memaksa DS Anwar menerima Mahathir sebagai calon PM, dengan apa yang telah dilalui. Krisis yang kita lalui disebabkan Mahathir letak jawatan tanpa berbincang! Nik Nazmi Nik Ahmad Ketua Setiausaha Pengelola PKR 17 Jun 2020"

Minda Syed Ali Alhabshee
BERSATU: Mahathir kalah kepada Muhyiddin
1. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru saja pagi tadi menolak permohonan ad interim Tun Dr Mahathir Mohamad untuk status quo bahawa dia masih Pengerusi dan ahli BERSATU. Juga ditolak permohonan anaknya Mukhriz dan konco-konconya yang lain.
2. Maka jelaslah hari ini semua mereka bukan ahli BERSATU. Mereka sudah tidak ada jawatan dalam parti. Tidak ada jawatan dalam kerajaan. Tidak ada apa-apa.
3. Hari ini Dr Mahathir tewas kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin. Ini bukan saya kata. Ini mahkamah yang kata. Pastilah peguam Dr Mahathr, peguam Haniff Khatri akan temberang kata ini belum muktamad. Ini sementara sehingga pendengaran penuh pada 9/7/20.
4. Tapi inilah petanda satu lagi kejatuhan Dr Mahathir. Satu lagi kesilapan dari siri kesilapan-kesilapan yg panjang kebelakangan ini. Petanda pengakhiran Dr Mahathir.
5. Hal ini pernah diramalkan oleh almarhum Ustaz Fadzil Noor bekas Presiden PAS. Juga sama firasat oleh Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Firasat mereka semua kini terbukti benar. Mereka khasyaf dan tahu apa yang akan berlaku kepada Dr Mahathir. Ini orang alim yang cakap, bukan kutu berahak atau penyangak.
6. Apakah firasat mereka? Arwah Ust Fadzil Noor pernah kata Allah berikan Dr Mahathir umur panjang supaya dia dapat lihat sendiri kemusnahan dan kerosakkan yang dia lakukan kepad negara. Umur panjang Dr Mahathir untuk membuat dia sedar, insaf dan bertaubat.
7. Jadi hari ini adalah bermulanya satu persatu kemusnahan dan kerosakkan Dr Mahathir didedahkan kepad umum. Dr Mahathir disahkan hilang kedudukan sebagai Pengerusi dan sebagai ahli parti. Mudah kata, Dr Mahathir sudah tidak ada parti.
9. Hari ini Dr Mahathir kalah kepada Muhyiddin. Inilah akibatnya bila Dr Mahathir memfitnah dan mentohmah orang budiman macam Muhyiddin. Kalau diperhatikan, Muhyiddin langsung tak menjawab atau berkasar kepada Dr Mahathir. Itulah yang buat Dr Mahathir berang.
10. Kita akan lihat banyak lagi kekalahan Dr Mahathir kepada Muhyidin. Ini bukan saya kata. Ini adalah firasat Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Almarhum Tok Guru Nik Aziz.
11. Apa pun pengakhirannya saya sangat sayang kepada Dr Mahathir. Beliau harus dikenang kerana banyak budi dan baktinya kepada negara. Saya harap penasihat-penasihatnya tidak berterusan menghasut dan memberikan nasihat salah kepada Dr Mahathir seperti Haniff Khatri yang mempunyai motif tertentu melaga-lagakan Dr Mahathir dengan Muhyiddin.
12. Kepada Dr Mahathir, saya nak merayu supaya ambil iktibar dari kekalahan hari ini. Janganlah ikut nasihat undang-undang yang tidak betul. Dapatkan penasihat undang-undang seperti Peguam Rosli Dahlan yang memang terkenal tegas dan bercakap benar.
13. Akhir kata, saya juga merayu Dr Mahathir supaya ingat kepada nasihat arwah Ust Fadzil Noor. Dalam usia melepas senja malah dah larut malam ini, insaf dan bertaubatlah. Gunakan sisa masa yang ada ini untuk muhasabah diri. Janganlah nak bertelagah dengan semua orang.
14.Saya hanya mampu mendoakan agar Dr Mahathir diberikan rahmat dan petunjuk oleh Allah S.W.T. dan menerima hakikat di penghujung usia beliau sepatutnya berehat dan tidak lagi mengejar kepentingan dunia. Wallahhualam.

Comments

Popular posts from this blog

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem Sarawak for Sarawakians (S4S) official spokesman Shaow Tung Leong (The Star) – Police have called up seven members of the Sarawak for Sarawakians (S4S) activist group who did not stand up for the national anthem, as seen in a video clip which has gone viral on social media. State deputy commissioner of police DCP Datuk Dev Kumar said a police report on the incident was lodged on Monday (Sept 30). “Based on the report, we have commenced investigations under Section 8(3) of the National Anthem Act 1968,” he said. Under Section 8, anyone who knowingly shows disrespect to the national anthem in a public place can be fined up to RM100 or jailed not more than one month. S4S spokesman Shaow Tung Leong, who was among those called up by police over the incident, said their action was a “silent protest” against the Federal Government’s “unfair” treatment of Sarawak. “We did not stand up because we feel d...

Perlembagaan benarkan Agong singkir PM, kata peguam

SHAH ALAM: Peguam kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan adalah salah untuk berkata Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa menyingkir Perdana Menteri. Malah, undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dengan jelasnya menyatakan, “kuasa melantik termasuk kuasa untuk menolak,” kata Mohamed Haniff Khatri Abdulla. “Ada pihak mempersoal kuasa Agong terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak). Bagi saya, jawapannya ada dalam perlembagaan. “Perkara 40 (2) (a) menyatakan Agong boleh bertindak menurut budi bicara dalam pelantikan Perdana Menteri. Ia tidak menyentuh soal kuasa memecat Perdana Menteri. “Tetapi dalam Seksyen 29 Jadual ke-11, undang-undang bertulis menyatakan bagi individu atau pihak yang diberi kuasa membuat pelantikan ke mana-mana pejabat, kuasa yang sama hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk kuasa untuk membuang kerja atau menggantung individu yang dilantik dan melantik orang lain buat sementara bagi menggantikan indivi...

Penghantaran Helicopter dibeli era BN dihalang, alasan ada penyelwengan

Menteri Pertahanan kitalah iaitu YB  mat Sabu yang mengarahkan agar penyerahan helikopter penyerang MD-530G kepada ATM ditangguhkan atas alasan untuk menyiasat penyelewengan walaupun pesawat yang ditempah telah pun siap. RM301 JUTA SUDAH DIBAYAR HELIKOPTER MD-530G TIDAK DITERIMA Begitulah tajuk pemberitaan FMT yang berterusan  membawa agenda dajal dalam usaha menghasut rakyat dengan fitnah terhadap kerajaan terdahulu serta oleh media utama pro PH yang lain dan turut dikongsi oleh RBA RBA dan barua 3K mereka Dengan status panjangnya 10 perkataan  atau dengan hanya share tajuk seperti yg dilapor FMT kebanyakan mahacai dan RBA sudah faham segala gala,  walau pun kami penyokong UMNO hampir satu jam satu satu artikel dibaca semata mata mahu memahami satu satu isu agar ia tidak bias dalam pemahaman kami selaku rakyat Malaysia. Hamba politik PH serta BARUA BARUANYA bertungkus lumus untuk mengekalkan kuasa politik mereka pada PRU 15 sanggup berbuat apa saja terma...