Skip to main content

Mujahid lelong aset Tabung Haji?

Image may contain: 1 person, text
Kekanda sekali lagi tonjolkan skill tai-chi dia.

Dia tak nafi surat Tabung Haji kepada Kementerian Kewangan pada bulan Disember 2019 yang saya bocorkan hari itu. Dia tak nafi semua perabot dan kelengkapan 5 buah hotel TH dijual dengan harga RM10,000 sahaja.
Dia tak nafi dia telah luluskan Kementerian Kewangan untuk lelong 18 buah hartanah milik TH termasuk 5 buah hotel TH.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157132629720952

Dia kata langkah ini telah selamatkan TH dari beban krisis Covid.
Sebab skill tai-chi dia begitu tinggi maka dia dah lama tahu krisis Covid akan melanda Malaysia setahun kemudian.Sebab itu PH jual hotel-hotel TH dan hartanah mereka sebelum wabak Covid melanda.
Biarpun lokasi semua hotel-hotel TH adalah amat strategik.

Dekat dengan airport dan nilai hartanah akan terus meningkat.Biarpun juga antara matlamat utama TH memilik hotel-hotel tersebut ialah untuk kemudahan umat Islam seluruh negara melaksanakan ibadah Haji. Lalu dia masih tegas bahawa TH bawah kerajaan BN mengalami defisit besar yang disembunyikan walaupun TH dah berpuluh tahun membayar Hibah yang lumayan di bawah BN sehingga sampai ke tangan PH.

Walaupun telah berkali-kali saya tanya kenapa tiada seorang akauntan ataupun juruaudit TH pernah di dakwa memalsu atau menipu akaun.

Dia juga tidak mengaku bahawa Tabung Haji mula mengalami penurunan aset ketara setelah Bursa Malaysia terus menjunam selepas PRU14.

Dijahanamkan lagi oleh langkah amat kurang bijak kekanda pada bulan Oktober 2018 untuk memainkan propaganda bahawa TH ada defisit besar dan TH perlu jual aset-aset mereka.

Akibatnya, TH menerima tekanan yang bertambah besar kerana pelabur-pelabur lain menjual saham-saham milik TH sebelum TH ada peluang menjualnya.

Ditambah pula pendeposit-pendeposit TH yang mengeluarkan wang mereka dan memaksa TH jual lagi saham-saham milik mereka pada ketika harga saham amat rendah untuk memenui permintaan pengeluaran deposit.

Tai-chi lah selagi boleh, kanda.

Tetapi kamu telah mengaku bahawa penjualan aset-aset TH secara lambak melalui Kementerian Kewangan di bawah Menteri Kewayangan PH adalah dengan restu kamu.

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...