Skip to main content

Tommy Thomas dan Lim Guan Eng Terlibat Rasuah?

Laporan salahguna kuasa ke atas Lim Guan Eng dan Tommy Thomas

Berhubung akaun-akaun bank taikun developer yang dibeku SPRM


Guan Eng telah jeratkan diri sendiri dan Tommy kali ini.

Semalam, Guan Eng nafi dia telah salah gunakan kuasa tapi dia mengesahkan dia pernah hantar surat kepada Tommy berhubung akaun-akaun bank taikun developer yang dibeku SPRM.

Guan Eng kata dia hanya rujuk perkara ini kepada Tommy kerana ini di bawah bidang kuasa Tommy masa itu. Agaknya apa yang Guan Eng tulis kepada Tommy semasa dia "rujuk" permintaan itu?

"Untuk rujukan Tuan Tommy", "untuk perhatian Tuan" atau "untuk tindakan lanjut Tuan"?

Ketiga-tiga itu pun salah kerana langkah yang betul sepatunya ialah surat representasi dari peguam Taikun kepada Tommy seperti dalam kes Riza Aziz dan kes banglo Guan Eng.

Guan Eng bukan peguam dan dia semestinya bukan peguam bagi Taikun tersebut. Dia juga bukan opis boy yang tugasnya untuk forward surat taikun kepada pihak lain. Beliau hanyalah akauntan tak bertauliah sahaja.

Dia langsung tak ada kaitan dengan kes taikun itu. Kenapa pula dia perlu sibuk - siap tulus surat rasmi Kementerian Kewangan kepada Peguam Negara? (melainkan dia ada kepentingan lain dengan taikun itu lah)

Dan agaknya apa sepatutnya reaksi Tommy apabila dia terima surat "rujukan" dari Guan Eng yang juga merupakan Menteri Kewangan masa itu?

Sepatutnya Tommy jawab: "Sorry, saya tak boleh buat apa-apa kerana surat kamu bukan surat representasi peguam dan ini telah melanggar prosedur dan boleh dianggap salah guna kuasa".

Tommy tak faham undang-undang dan prosedur simple macam ini?

Sebaliknya, Tommy membalas surat Guan Eng pulak bersama butiran kes sambil memaklumkan dia sudah arahkan SPRM untuk henti membeku akaun-akaun taikun tersebut.

Dengan membalas surat ini, Tommy juga mengesahkan bahawa dia telah bocorkan maklumat kes kepada Guan Eng dan juga telah mengesahkan tindakan dia arahkan SPRM untuk hentikan pembekuan akaun adalah akibat surat Guan Eng.

Dengan ini, Tommy telah mengesahkan Guan Eng telah salah guna kuasa dan Tommy telah melanggar undang-undang kerahsiaan SPRM apabla dia membocor butiran kes kepada Guan Eng.

(Lagi parah jika wujudnya surat balas "ribuan terima kasih" dari Guan Eng kepada Tommy)

Pada masa yang sama, SPRM juga telah mengesahkan pembekuan akaun-akaun taikun telah dihentikan atas arahan peguam negara.

Sebab itu, saya percaya bahawa bukan hanya Guan Eng seorang yang mungkin telah melakukan kesalahan malah Tommy turut terbabit.

Image may contain: 1 person, text


SURAT TOMMY THOMAS

Surat membuktikan wujud "arahan" Menteri Kewangan PH meminta Peguam Negara yang juga merupakan bekas peguam peribadinya untuk membatalkan pembekuan akaun milik tauke hartanah yang juga dikatakan ada kaitan sebagai kenalan kepada Menteri Kewangan...

Dokumen ini tersebar sejak semalam. Beberapa hari lepas Free Malaysia Today telah melaporkan perkara sama tetapi tanpa mendedahkan dokumen.



No photo description available.
Image may contain: text

Image may contain: text

Pemuda PPBM berkempen gesa siasatan atas dakwaan Guan Eng




Satu kempen di seluruh negara akan dimulakan Pemuda PPBM hari ini untuk membuat laporan polis yang menggesa siasatan ke atas dakwaan tindakan bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng berhubung akaun bank seorang ahli perniagaan yang dibekukan.

Ketua Pemuda PPBM Putrajaya, Haris Faizal berkata, setiap bahagian Pemuda PPBM diminta membuat laporan polis berdasarkan satu laporan FMT pagi semalam.

Beliau berkata, Pemuda bahagian di Selangor dan Wilayah Persekutuan akan menyerahkan satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 12 tengah hari.

Selepas itu, satu kempen mobilisasi di seluruh negara akan dijalankan.

“Setiap bahagian Pemuda PPBM akan ke (balai polis) di kawasan mereka sendiri,” katanya kepada FMT lewat malam tadi.

Laporan FMT semalam menyatakan Lim didakwa meminta Jabatan Peguam Negara membatalkan arahan pembekuan beberapa akaun bank seorang taikun hartanah yang dibekukan dalam siasatan pengubahan wang atas dana yang dikaitkan dengan 1MDB.

Mengulas laporan itu, Lim memberitahu Malaysiakini: “Kes di luar bidang kuasa saya dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan. Pihak berkuasa berkaitan yang mempunyai kuasa untuk bertindak”.

SPRM mengesahkan akaun bank berkenaan sudah dilepaskan atas arahan peguam negara ketika itu.

Lim mendapati SPRM sudah memberi maklum balas terhadap laporan FMT dan berkata SPRM harus dibenarkan menjalankan siasatan mereka.

[Sumber lain di sini]

Pemuda PPBM serah dokumen kepada SPRM semasa lapor isu akaun taikun


Pemuda PPBM Wilayah Persekutuan dan Selangor menyerahkan dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semasa membuat laporan berhubung perhubungan antara menteri dan peguam negara yang membawa kepada badan anti-rasuah diarah menarik balik pembekuan akaun bank seorang taikun hartanah.

Mereka bagaimanapun tidak menjelaskan kandungan dokumen itu ketika ditemui pemberita di luar ibu pejabat SPRM hari ini.

“Ini urusan kita dengan SPRM dan kita serah kepada SPRM segala butiran yang ada di tangan kami. Kalau tidak ada benda sahih yang kita pegang, kita tidak akan bawa sesuka hati,” kata Ketua Pemuda PPBM WP, Zahim Zainal selepas membuat laporan.

FMT semalam melaporkan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng pada 2019 meminta Jabatan Peguam Negara membatalkan arahan pembekuan ke atas 4 akaun bank milik taikun berkenaan yang dibekukan bagi membantu siasatan ke atas kes pengubahan wang.

Taikun terbabit ketika itu sedang disiasat berhubung transaksi kira-kira RM4 juta dana berkait 1MDB.

Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan SPRM melepaskan akaun-akaun milik taikun berkenaan atas arahan peguam negara ketika itu, Tommy Thomas.

Dalam laporan FMT, arahan dikeluarkan walaupun SPRM, selepas mendapati sebuah akaun yang dikatakan menerima dana itu hanya berbaki RM76,000 ketika dibekukan, tidak dibenarkan merampas wang daripada 3 akaun lain untuk mencukupkan kurangan sebanyak RM3.9 juta, disebabkan ketiga-tiga akaun itu didapati tidak menerima transaksi meragukan.

SPRM memaklumkan ia memandang serius isu pendedahan butiran sulit penyiasatan kepada ahli politik dan kemungkinan pengaruh ahli politik, dan siasatan akan dijalankan.

Zahim berkata Lim dan Thomas mesti dipanggil dan menjawab kepada SPRM berhubung isu berbangkit.

“Di situ mereka keluarlah jawapan, maklum balas, penafian kalau ada,” katanya.

[Baca sumber di sini]

NGO dan individu digesa buat laporan polis

laporan saya,

bersangkutan dengan 1 artikel post di ,

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/06/01/bekas-peguam-negara-arahkan-sprm-batal-pembekuan-akaun-milik-bos-hartanah-selepas-diminta-guan-eng/ ,

yg bermaksud ,

1. Bekas Peguam Negara telah membalas 1 surat permohonan bekas menteri kewangan  yb lim guan eng berkaitan perlepasan pembekuan akaun akaun milik Tan Sri Lim Peng Soon yg dibekukan sprm,

dimana ,

a. Bekas peguam negara tommy thomas telah membocorkan fakta kes siasatan kepada bekas menteri, lim guan eng,

perbuatan ini disyaki 1 kesalahan dibawah akta rahsia rasmi ,

b.bekas peguam negara telah mengarahkan pihak sprm utk membatalkan pembekuan tersebut dengan kadar segera walaupun fakta kes menunjukan kecurigaan dan keraguan berkenaan dengan melibatkan 1 jumlah wang yg belum dimuktamadkan antara SPRM dan Tan Sri Lim Peng Soon

Kesalahan jenayah disyaki dibawah akta SPRM Seksyen 23 atau pun Seksyen 165 kk ,

c.bekas menteri YB Lim Guan Eng telah memohon kepada bekas peguam negara untuk perlepasan akaun akaun Tan Sri Lim Peng Song yg telah dibekukan ,

kesalahan jenayah disyaki dibawah seksyen 165 kk atau seksyen 23 akta SPRM,

saya mohon 1 siasatan dan tindakan perundangan yg perlu jika terdapat kes keatas perkara ini ,

sekian .

10 laporan polis terhadap Guan Eng, Tommy Thomas


SEBANYAK 10 laporan polis dibuat ke atas bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berkaitan penyalahgunaan kuasa ketika memegang jawatan itu sewaktu pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Laporan dibuat UMNO Bahagian Tangga Batu bersama Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Melaka bersama lapan badan bukan kerajaan (NGO) lain di Balai Polis Batang Tiga, Klebang di Melaka, malam tadi.

Laporan polis itu dibuat susulan artikel sebuah portal berita baru-baru ini yang mendakwa Guan Eng pernah mengutus surat kepada Tommy meminta Jabatan Peguam Negara (AGC) membatalkan pembekuan akaun bank milik seorang taikun hartanah bergelar Tan Sri.

Taikun hartanah terbabit didakwa kini disiasat berhubung transaksi kewangan berjumlah RM4 juta yang berkait dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Surat mengenai kes terbabit juga kini tular di media sosial.

Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Senator Datuk Seri Mohd Ali Mohamad berkata, pihaknya mahu siasatan terperinci dibuat bagi membolehkan tujuan sebenar Guan Eng beriya-iya membantu taikun hartanah terbabit untuk mencairkan akaun bank itu.

"Ini adalah satu tindakan salah guna kuasa yang sangat dahsyat dan beberapa lagi NGO sudah bersedia untuk bersama kami membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan tindakan susulan dibuat," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan berkenaan.

Turut sama, Pengerusi UMMAH Melaka, Hishammudin Abu Bakar.

Berdasarkan beberapa dokumen yang tular serta laporan portal berita terbabit, permintaan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, untuk membatalkan pembekuan akaun taikun itu yang dibuat pada akhir Mei tahun lalu, ditunaikan Tommy dalam tempoh dua minggu.

Portal berita berkenaan turut mendakwa keputusan itu dibuat walaupun SPRM memaklumkan wang berjumlah RM4 juta itu gagal dipulangkan oleh taikun itu kepada kerajaan.

Comments

Popular posts from this blog

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem Sarawak for Sarawakians (S4S) official spokesman Shaow Tung Leong (The Star) – Police have called up seven members of the Sarawak for Sarawakians (S4S) activist group who did not stand up for the national anthem, as seen in a video clip which has gone viral on social media. State deputy commissioner of police DCP Datuk Dev Kumar said a police report on the incident was lodged on Monday (Sept 30). “Based on the report, we have commenced investigations under Section 8(3) of the National Anthem Act 1968,” he said. Under Section 8, anyone who knowingly shows disrespect to the national anthem in a public place can be fined up to RM100 or jailed not more than one month. S4S spokesman Shaow Tung Leong, who was among those called up by police over the incident, said their action was a “silent protest” against the Federal Government’s “unfair” treatment of Sarawak. “We did not stand up because we feel d...

Perlembagaan benarkan Agong singkir PM, kata peguam

SHAH ALAM: Peguam kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan adalah salah untuk berkata Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa menyingkir Perdana Menteri. Malah, undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dengan jelasnya menyatakan, “kuasa melantik termasuk kuasa untuk menolak,” kata Mohamed Haniff Khatri Abdulla. “Ada pihak mempersoal kuasa Agong terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak). Bagi saya, jawapannya ada dalam perlembagaan. “Perkara 40 (2) (a) menyatakan Agong boleh bertindak menurut budi bicara dalam pelantikan Perdana Menteri. Ia tidak menyentuh soal kuasa memecat Perdana Menteri. “Tetapi dalam Seksyen 29 Jadual ke-11, undang-undang bertulis menyatakan bagi individu atau pihak yang diberi kuasa membuat pelantikan ke mana-mana pejabat, kuasa yang sama hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk kuasa untuk membuang kerja atau menggantung individu yang dilantik dan melantik orang lain buat sementara bagi menggantikan indivi...

Penghantaran Helicopter dibeli era BN dihalang, alasan ada penyelwengan

Menteri Pertahanan kitalah iaitu YB  mat Sabu yang mengarahkan agar penyerahan helikopter penyerang MD-530G kepada ATM ditangguhkan atas alasan untuk menyiasat penyelewengan walaupun pesawat yang ditempah telah pun siap. RM301 JUTA SUDAH DIBAYAR HELIKOPTER MD-530G TIDAK DITERIMA Begitulah tajuk pemberitaan FMT yang berterusan  membawa agenda dajal dalam usaha menghasut rakyat dengan fitnah terhadap kerajaan terdahulu serta oleh media utama pro PH yang lain dan turut dikongsi oleh RBA RBA dan barua 3K mereka Dengan status panjangnya 10 perkataan  atau dengan hanya share tajuk seperti yg dilapor FMT kebanyakan mahacai dan RBA sudah faham segala gala,  walau pun kami penyokong UMNO hampir satu jam satu satu artikel dibaca semata mata mahu memahami satu satu isu agar ia tidak bias dalam pemahaman kami selaku rakyat Malaysia. Hamba politik PH serta BARUA BARUANYA bertungkus lumus untuk mengekalkan kuasa politik mereka pada PRU 15 sanggup berbuat apa saja terma...