Skip to main content

PANDIKAR MAHU HIDUPKAN SEMULA PARTI AKAR?



Tan Sri Pandikar Amin Mulia sedang merancang untuk menghidupkan kembali Angkatan Keadilan Rakyat Bersatu atau Parti Akar dan kembali aktif berpolitik.
Pemimpin politik veteran ini pernah dikatakan mahu menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau mengambil alih USNO dan ada juga corat-coret yang mengatakan beliau mahu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah. Namun semua cerita tersebut dinafikan oleh beliau dan ternyata, beliau tidak menyertai salah satu daripada tiga parti berkenaan.
“Saya akan mengetuai parti tempatan. Saya akan hidupkan kembali Akar dengan barisan kepimpinan baharu.
“Kebanyakannya terdiri daripada pemimpin muda manakala baki 30 peratus adalah pemimpin yang berpengalaman. Sekarang tunggu pengumuman,” katanya ketika ditanya sama ada beliau mahu mendaftar semula Akar.
Pada tahun 2001, Pandikar telah membubarkan Akar yang merupakan komponen Barisan Nasional (BN) ketika itu untuk membolehkan ahli-ahlinya menyertai UMNO.
Akar telah ditubuhkan oleh kumpulan penentang daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) yang diketuai Datuk Mark Koding pada 1989.
Pada masa itu, PBS adalah parti pemerintah Sabah di bawah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Akar menyertai BN selepad PBS meninggalkan gabungan tersebut.
Pandikar kini adalah Presiden pertubuhan bukan kerajaan berasaskan etnik, Pertubuhan Bumis Sabah Bersatu (USBO) selepas mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Seri Salleh Said Keruak yang kini dilantik penasihat.

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...