Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2018

MA63 dan royalti 20% Sabah: Apa kes sekarang?

Adedeh, apa macam ini?  TS Pandikar banyak kali cakap pasal MA63. Jangan kelirukan rakyat pasal mau dapat undi dan mau dapat kuasa. Beliau dihentam. Dikritik. Bila dia cakap MA63 asas dia ialah perbincangan, si Shafie dan penyokong Warisan kata, apa lagi mau bincang?  Bagi sajalah bah. Nah, apa macam sekarang bossku? TS Pandikar bukan betulkah? Shafie akur sama itu Kuala Lumpur juga. Sama macam TS cakap dulu. Korang tidak percaya. Nah rasalah itu Oreo bah!!  Sekarang kau kata bikin kelirukah? Atau kau keliru mau bagi tahu sama kami orang Sabah?  Mahu 20% royalti berdasarkan jualan kasar tak bolehlah. 20% daripada untung bersih bolehlah. Tapi sebelum PRU14 Sabah Sarawak you janji akan beri royalti lebih besar. Itu bunyi macam 20% bah. Sebab tu bila you minta kami undi parti Shafie kami undi bah. Penipu juga kau ni Mahathir.  Shafie membayangkan bahawa perkara mengenai MA63 akan selesai dan seperti yang dikehendaki rakyat Sabah kalau Warisan...

Mahathir akui bahawa Anwar suarakan kebimbangan hak Melayu

Mahathir Mohamad mengadakan perbincangan meja bulat bersama Pengerusi-Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN, hari ini. - Foto Asyraf Hamzah Khamis, 30 Ogos 2018 | 5:03pm  KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan kebimbangan mengenai kebajikan dan hak orang Melayu pada pertemuannya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini. “Beliau (Anwar) merasakan kita tidak memberikan perhatian kepada kebajikan orang Melayu,” kata Dr Mahathir, sambil menambah isu-isu mengenai hak turut dibangkitkan. Semasa ditanya sama ada Anwar ada mengkritik dasar kerajaan, Perdana Menteri mengatakan tidak. Dr Mahathir berkata, Anwar hanya “membuat sedikit kenyataan mengenainya.” Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, turut menafikan khabar angin bahawa Anwar ada menyatakan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil secepat mungkin. “Beliau tidak mengatakan apa-apa mengenai bertanding. Beliau hanya datang dan berjum...

Janji Tarang Bulan Mahathir

Inilah Mahathir pemimpin janji tarang bulan Muka penipu Lim Guan Eng Rakyat memang sudah menjangkakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan mampu melaksanakan janji manifeso dalam 100 hari kerana semua janji tersebut tidak boleh dilaksanakan, tapi tidak kuat menolaknya ketika PRU14 sebab ia terlalu mengkhayalkan. Akhirnya terjebak dan jangkaan mereka yang PH tak mampu laksana adalah benar belaka. Rakyat juga menyifatkan faktor hutang negara yang tinggi sebagai penyebab PH tidak mampu laksanakan semua janji 100 harinya sebagai alasan semata-mata. "Contohnya, penghapusan Cukai Barang dan Perkhidmatan tanpa ada ganti, kini mereka (kerajaan) ada masalah (sumber pendapatan),"  kata mereka di kedai-kedai kopi. Bala dah ni kalau rakyat dah mula cerita di kedai kopi pasal keburukan kerajaan yang baru 100 hari usiannya. Ini ibarat anak kecil yang dibuang oleh ibu ke dalam tong sampah sebab tidak mahu menanggung aib akibat dosa-dosanya sendiri. Aik... Ngamkah cakap...

Sandiwara ECRL Bermula

Mahathir kata ada pihak yang menawarkan kos jauh lebih murah untuk menjalankan projek ECRL iaitubpada kos RM10 billion. Tanpa menamakan pihak tersebut, Mahathir berkata bahawa Putrajaya sudah pasti akan melihat dan memberi perhatian ke atas cadangan yg murah ini dan adalah bodoh kalau kita menolak tawaran murah ini katanya. Betulkah? Tapi kan, agak pelik sebab sehari sebelum kenyataan Mahathir ini keluar, Tun Daim ada mengeluarkan kenyataan, kalau mahu juga ECRL dilaksanakan kena bagi pada swasta untuk kendalikannya. Aik! Biar betul ni. Ini macam cerita tol, bagi konsesi puluh tahun pada syarikat pihak kroni. Untungnya billion-billion. Yang bayar rakyat. Macam kerajaan tak berhutang tapi rakyat yang berhutang. [Baca sumber juga di sini]

Pakatan Harapan akui memfitnah BN isu kewarganegaraan India?

Alhamdulillah, satu lagi fitnah sebelum PRU14 terhadap kerajaan BN dulu telah diperbetulkan.  Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri Deputy Home Minister Mohd Azis Jamman mengesahkan di dalam Dewan Negara bahawa jumlah kes bangsa India tanpa kewarganegaraan di Malaysia ialah 3,853 dan bukan 300,000 seperti didakwa oleh ramai pemimpin PH sebelum ini. Faktanya, 1,638 daripada 3,853 kes-kes ini juga telah diselesaikan di bawah kerajaan BN pimpinan saya dahulu. Saya sentiasa memberi keutamaan supaya untuk bertindak adil terhadap semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Kita tidak pernah mengabaikan hak-hak mereka jika mereka benar-benar layak untuk mendapat kewarganegaraan. Walaupun saya dan pemimpin-pemimpin MIC telah memberi penjelasan angka sebenar banyak kali namun kita sering dituduh sebagai menipu oleh beberapa pemimpin-pemimipin PH kaum India yang tegas bahawa jumlah kes melebihi 300,000.  Mereka menggunakan isu ini sebagai isu utama untuk membuat demonstrasi da...

Munafik dari pandangan Mahathir

Orang yang tak pernah bercakap betul di kalangan orang Islam, kita kata, orang ini bila dia bercakap, dia bohong. Apabila dia berjanji, dia mungkir janji.Apabila dia diberi amanah, dia abaikan amanah. Orang yang semacam ini mengikut agama Islam adalah seorang munafik. Kita nilailah apa yang Mahathir cakap ini. Dia diberi amanah, dia abaikan. Dia janji, dia mungkiri. Kebajikan rakyat diabaikan. Pertanyaan terakhir ialah samada Mahathir sedar atau tidak apa yang dia cakapkan tu? Mahathir bila diasak pasal janji-janji yang dia mungkiri boleh putar-belit lagi. Manifesto bukan janji. Manifesto juga bukan kitab suci.. Aiyoooo

Lupakan Cerita 100 hari kata Rafidah Aziz

Rafidah Aziz KUALA LUMPUR 24 Ogos - 100 hari bukan ukuran bagi rakyat menilai ‘keberkesanan’ pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan walaupun masih banyak janji dalam manifesto kerajaan itu belum tertunai. Pandangan itu dilontarkan oleh bekas veteran UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz sebagai berkata, rakyat perlu berfikiran lebih realistik bahawa tidak semua janji yang diberikan dapat dilaksanakan dalam jangka masa pendek kerana pelbagai aspek harus dinilai semula. Katanya, tempoh tersebut sebaliknya sebagai satu komitmen kerajaan Pakatan Harapan melakukan apa yang boleh ditunaikan dalam masa tersebut dan indikasi bahawa parti itu tidak membuta-tuli untuk menjadi kerajaan. “Kita undi kerajaan untuk 100 hari? Tidak, tetapi untuk lima tahun, maka pegang pada situ. Dalam manifesto yang diberikan, ada yang sudah dilaksanakan pun. “Jika ada yang tidak dilaksanakan, itu adalah kerana keadaan memerlukan pelbagai siasatan, tidak boleh dibuat dalam tempoh 100 hari. Kalau nak buat ‘cinca...

Mahathir baru sedar tidak bijak lawan China

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan adalah tidak bijak bagi Asean, termasuk Malaysia, untuk mengambil pendirian konfrontasi terhadap China. Memetik wawancara bersama ThaiPBS, Dr Mahathir berkata negara-negara Asean boleh membantah tuntutan China terhadap Laut China Selatan tetapi kuasa besar itu dengan mudah boleh mengabaikannya. Menurutnya, atas sebab itulah Malaysia mempunyai sikap yang sedikit berbeza dalam hal berkenaan dan menerima bahawa China adalah negara yang kuat serta tidak boleh berperang dengan China. “Oleh yang demikian, kita perlu mempunyai beberapa cara diplomatik untuk berunding dengan China,” katanya. Bagaimanapun, Mahathir mengulangi rayuannya kepada China supaya memastikan Laut China Selatan terbuka kepada semua kapal walaupun negara itu menuntut kawasan tersebut. Ditanya jika keterbukaan ini termasuk untuk kapal perang AS, Mahathir bersetuju, menyatakan bahawa tidak ada perbezaan dalam perkara tersebut. Walau bagaimanapun, beliau berka...

Najib cabar Lim Guan Eng tubuh RCI pasal rompakan dana GST

Saya dimaklumkan bahawa Lim Guan Eng telah diminta untuk memberi kenyataan kepada pihak polis berdasarkan laporan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin. Guan Eng tidak membuat laporan polis sendiri terhadap dakwaannya kononnya BN telah "merompak" wang GST sebanya RM18 bilion semasa sesi parlimen yang memberikannya imuniti. Ini adalah langkah bijak oleh Guan Eng kerana membuat laporan polis yang palsu adalah salah di sisi undang-undang. Untuk ketiga-tiga soalan yang ditujukan kepada saya oleh Guan Eng mengenai isu GST baru-baru ini, jawapan saya ialah "tiada", "tiada" dan "tiada". Dengan tiba-tiba pula, Guan Eng membuat satu lagi tuduhan bahawa LHDN di bawah kerajaan BN telah melakukan pecah amanah kerana tidak mengembalikan cukai pendapatan dan cukai keuntungan hartanah yang terlebih bayar sebanyak RM16.046 bilion dari zaman silam sehingga 31 Mei 2018. Kerajaan mengutip cukai pendapatan sebanyak RM130 bilion set...

Najib Cabar PH dan Mahathir dedah isi perjanjian ECRL

Setelah pelbagai pihak memberi pandangan berhubung dengan pembatalan projek Laluan Rel Pantai TImur (ECRL), hari ini telah tampil bekas perdana menteri yang telah mencipta projek berkenaan untuk kebaikkan rakyat khususnya rakyat sebelah Pantai Timur. Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mencabar Pakatan Harapan mendedahkan kesemua perjanjian, kajian kebolehlaksanaan dan kajian impak ekonomi serta analisa manfaat kos, bagi melihat adakah baik atau sebaliknya untuk Malaysia meneruskan ketiga-tiga projek ini atau membatalkannya. Ia bertujuan untuk dinilai sendiri oleh rakyat, Najib juga mencabar untuk menjalankan (Siasatan Diraja) RCI terhadap ketiga-tiga projek ini bagi menentukan sama ada terdapat salahlaku. Ikuti kenyataan bekas Perdana Menteri didalam petikan kenyataan beliau di facebook milik beliau hari ini. Berikut kenyataan penuh Najib: Saya berada di Pekan semasa sambutan Hari Raya Haji semalam. Ramai rakyat di sana kecewa apabila mengetahui projek ECRL dibatalkan k...

Warisan sebabkan Sabah banyak kehilangan hak dan keistimewaan

Jambatan labuan kena cancel dia setuju. Agihan minyak royalti bukan dari kos hasil keseluruhan dia setuju. Projek pipe gas cancel dia setuju. MA 63 dibuat jawatankuasa kajian dia setuju,walau pun dulu dia cakap tidak perlu kaji-kaji lagi sebaliknya dilaksanakan terus bila parti Warisan dia menang dan memerintah Sabah. Kerajaan negeri dulu susah payah buat rundingan dengan kerajaan pusat buat projek berskala besar untuk membangunkan negeri Sabah. Namun kini, k erajaan Warisan sekarang setuju saja dibatalkan walaupun ianya kerugiaan besar pada negeri Sabah. Kenapa begitu jadinya Shafiee Apdal sehingga tidak berkokok langsung bila semakin banyak hak dan keistimewaan Sabah dicabuli secara gelojoh oleh kerajaan persekutuan di bawah kepimpinan Mahathir? Projek Tanjung Aru dulu bukan main lantang Warisan kecam, tetapi sesudah dapat kuasa Shafie pula dikhabarkan sambung projek yang diludahinya tersebut. Rakyat nak tahu. Darell Leiking pun nampaknya diam saja i...

Janji 100 Hari, Rakyat mula tunjukkan kemarahan kepada Mahathir dan PH

PM Pakatan Harapan, Tun Mahathir nampaknya tidak berpijak di bumi nyata dan masih berada dalam keadaan khayal bahawa rakyat  sedang bergembira. Mahathir tidak sedar bahawa rakyat telah menunjukkan penolakan terhadap kerajaannya . Mahathir dalam satu kenyataan, memberitahu bahawa rakyat berpuas hati dan menerima kerajaan PH dengan bangga.,Biar betul cerita dia ni. Ingat ini tahun 1998 kah? Masa tersebut bolehlah kelentong kerana maklumat semua dia yang kawal. Sekarang ini tak boleh  dah.  Mahathir nampaknya tak sedar bagaimana laman yang pro PH dan memanipulasi pelbagai isu untuk memenangkan pihak PH dalam PRU14 lalu menunjukkan satu keputusan tinjauan di laman penyokong PH sendiri samada rakyat gembira dan berpuas hati dengan kerajaan sekarang amat mengejutkan.  Cuma 12% yang kata berpuas hati. 88% kata TIDAK. Ini bolehlah dikatakan diratah, kena Siat Sampai Tulang (SST) di laman sendiri. 12% vs 88% Laman FB penyokong kerajaan ...

Akhirnya Musa Aman ditangkap polis...

Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang menerima rawatan susulan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, Selangor sejurus kembali ke Malaysia, kelmarin, ditahan polis hari ini. Mengesahkan perkara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berkata Musa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga ditahan pada jam 10 pagi tadi. Bagaimanapun, katanya, permohonan polis untuk menahan reman Musa mengikut Seksyen 117, Kanun Prosedur Jenayah ditolak Mahkamah Majistret. “Betul, ditahan jam 10 pagi. Tapi gagal direman setelah ditolak oleh majistret,” katanya dalam jawapannya melalui aplikasi WhatsApp kepada NSTP sebentar tadi. Berikutan keputusan mahkamah itu, Ramli berkata Musa dibebaskan dengan jaminan polis. Musa yang sebelum ini berada di United Kingdom bagi mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sana, pulang ke Malaysia melalui Singapura sebelum tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan dimasukkan ke sebuah hosp...

Semakin jelas fitnah ke atas DS Najib?

Pejabat Peguam Negara Switzerland sedang menyiasat enam individu disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).  Menurut kenyataan dikeluarkan kepada Reuters, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak termasuk dalam penjawat awam yang dituduh. Dengan kenyataan pejabat peguam negara Switzerland tersebut, dengan sendirinya menjawab tuduhan liar ke atas DS Najib oleh pihak kerajaan Pakatan Harapan yang diketuai oleh T Mahathir. Ia sekali gus memberitahu rakyat Malaysia bahawa, Mahathir dan penuduh-penuduh DS Najib sebagai pencuri wang 1MDB sebenarnya sedang menjaja fitnah untuk membangkitkan kebencian rakyat.  Apabila rakyat Sudah benci DS Najib, maka  mudahlah mereka melaksanakan objektif mereka untuk membenci BN. Rakyat yang terpukau dengan cerita penyelewengan 1MDB menghukum BN dengan memberi undi kepada Pakatan Harapan dan berjayalah Pakatan Harapan membentuk kerajaan hasil hasutan dan fitnah....

KJ Bakal Mati Dalam Politik UMNO

[Gesaan KJ Supaya Diambil Tindakan, Pecat Keahlian UMNO]