Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Ronnie Liu Akui Datuk Dan Abangnya Pejuang Komunis

(Malaysia Gazette) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu yang menghadiri perhimpunan bekas kumpulan pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) mengakui penglibatan keluarga beliau seperti datuk dan abangnya dalam PKM sebelum ini. Bagaimanapun, kepimpinan tertinggi DAP khuatir dengan kehadiran beliau dan tidak mahu sesiapa salah tafsir tentang kehadirannya pada perjumpaan yang berlangsung sehari sebelum ulangtahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989. Portal Malaysiakini yang melaporkan tentang perhimpunan itu yang berlangsung di Kajang hari ini dengan kehadiran hampir 300 orang itu turut disertai pemimpin veteran seperti bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali dan pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Michael Jeyakumar. Rata-rata yang hadir adalah mereka dalam kalangan veteran serta sudah berusia dilaporkan begitu bersemangat menghadiri perjumpaan tersebut. Ronnie ketika berucap mendedahkan beli...

Najib fail notis hina mahkamah terhadap Kit Siang, wartawan

Datuk Seri Najib Abdul Razak, mengemukakan notis tunjuk sebab terhadap Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Malay Mail dan wartawannya, Emmanuel Santa Maria. Najib memfailkan notis terhadap ketiga-tiga pihak itu bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya mereka selaku responden memberikan sebab mengapa tidak boleh dipenjara atau didenda atas alasan menghina mahkamah. Ia berikutan Najib mendakwa artikel diterbitkan di malaymail.com bertajuk “Kit Siang: High Court decision on Tanjung Piai by-election outcome will indicate where Malaysia headed toward” pada 9 November lalu adalah menghina mahkamah. Artikel itu didakwa membabitkan komen terhadap perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berhubung penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dihadapi Najib. Notis tunjuk sebab itu difailkan Najib selaku plaintif menerusi firma guaman Tetuan Shafee & Co di Mahkamah Tinggi pada 11 November lalu. Melalui notis terbabit, Najib memohon perintah Notis Tunj...

MCA: Sikap sederhana lawan sikap melampau DAP

Di sebalik kemenangan besar BN di Tanjung Piai, nampaknya ada satu lagi pengajaran berguna buat MCA menghadapi laluan berliku yang mendatang. Pengajaran itu - jika menurut pandangan Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin - ialah perlunya MCA bersikap sederhana dan memahamkan komuniti Cina di negara ini agar turut bersikap sederhana. Sebaliknya, kata Khaled, jika MCA mahu menyaingi DAP dengan berlumba-luba menjuarai isu-isu kepentingan bangsa secara berlebihan, parti itu akan gagal. "Banyak yang boleh kita pelajari daripada keputusan pilihan raya kecil (PRK) baru-bari ini. Antaranya ialah untuk mengukur tahap sokongan pengundi Cina. "Pada pandangan saya, kalau MCA cuba untuk menjadi juara lebih daripada DAP, dia akan gagal," katanya dalam wawancara bersama  Malaysiakini  di Kuala Lumpur semalam. Khaled yang juga bekas menteri besar Johor menambah, dalam negara ini semua kaum perlu bersikap sederhana dan ia ditunjukkan terlebih dulu oleh orang Melayu yang b...

PH AKUI GAGAL HAPUSKAN PTPTN

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan berkata dia tidak tahu hutang PTPTN sangat besar. Sebab itu janji menghapuskan PTPTN atau sekurang-kurangnya menangguhkan pembayaran semula pinjaman tidak dapat dilaksanakan.  Alasan ini rakyat tidak boleh terima kerana memang kerajaan BN sebelum PRU14 telahpun membuat kenyataan tentang jumlah hutang PTPTN iaitu sekitar RM42 billion. Tidak timbul cerita Wan Saiful tak tahu tentang jumlah pinjaman PTPTN yang besar tersebut.  Rafizi sendiri membenarkan jumlah hutang yang ditanggung oleh PTPTN sebanyak RM24 billion dan RM42 billion tersebut termasuk jumlah hutang permohonan baru. Jadi mana cerita yang Wan Saiful tak tahu jumlah hutang PTPTN? Kenyataan ini adalah kenyataan mengencing rakyat dan satu lagi kegagalan PH menunaikan tanggungjawap [Sumber di Sini] Pengerusi PTPTN mohon maaf gagal tunai janji Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saifu...

Sarawak PKR Chief boycotts state convention, Anwar’s speech

PKR central pressed ahead with a state convention in Sarawak today despite objections by a majority led by Works Minister Baru Bian who was not seen at the convention today. On the 14th of November, Azmin spoke of hidden hands that wanted to prevent him from speaking out at the national-level congress. The next day, Bian joined seven others in signing a statement telling the party’s “top national leaders” to listen to members or forget about holding a convention in Sarawak. In other words, the majority in PKR Sarawak made a firm decision not to go ahead with a state-level convention until and unless Anwar agreed to discuss PKR’s decision to retract its invitation to Azmin. Anwar, however, ignored Bian and his men altogether. *****************************************************************************  PETALING JAYA: PKR central pressed ahead with a state convention in Sarawak today despite objections by a majority led by Works Minister Baru Bian. Bian w...

Audit 1MDB: Salwani Musuh kebenaran

Pihak PH tanpa jemu terus kongsi pelbagai hantaran bagi memberi persepsi bersalah ke atas DS Najib dalam kes Pengubahan Deraf Audit 1MDB. Dengan bantuan portal berita pro PH seperti Malaysiakini, tajuk berita mereka amat sensasi sekali: Salwani - Wanita yang menyelamatkan laporan audit asal 1MDB Malah Malaysiakini menokok tambah kehebatan Salwani seolah-olah Pegawai Jabatan Audit Negara Nor Salwani Muhammad dengan mengatakan beliau menjadi perhatian ramai dan mendapat pujian di media sosial susulan tindakannya menyimpan salinan asal laporan audit 1MDB yang diarah dimusnahkan.  Ia merupakan satu laporan yang jelas berat sebelah kerana laporan tersebut tidak menyatakan dengan terperinci apa yang berlaku di mahkamah.  Malaysiakini hanya melaporkan tentang rakaman rahsia yang dinyatakan oleh Salwani dibuat secara sembunyi-sembunyi. Apa yang berlaku selepas kenyataan terseb ut dibuat tidak pula dilaporkan oleh pihak media. Ia satu pelaporan yang sangat terpili...

DS Najib perlu membela diri atas kesemua pertuduhan kes SRC

Macam Nabeel cakap semalam, keputusan ini sudah dijangka.. Malaysia Baru memang penuh dengan kejutan seperti kes Guan Eng.  Tapi apapun… DSN diberi 3 pilihan: 1) Memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi dan boleh disoal balas oleh pendakwaraya. 2) Memberi keterangan dengan tidak bersumpah di kandang tertuduh dan tidak boleh disoal balas oleh pendakwaraya. 3) Berdiam diri. DSN memilih pilihan no 1 iaitu pilihan paling power dan anak jantan! Boleh sapina sesiapa saja untuk datang ke mahkamah termasuk Zeti lahanat, Guan Eng dan sebagainya. Terbuka untuk soal balas oleh pendakwaraya. DSN sendiri kata tak sabar nak bela diri dan membentangkan cerita di pihak beliau. Berani kerana benar! Bukan macam Bang Non. Bang Non dulu ambik pilihan no 2. Serupa auw auw. Takut kena bogel dengan pendakwaraya.  Apapun, DSN masih tidak bersalah sehingga disabitkan. Memang bertahun-tahun le kes ni berjalan.  Nabeel Naqie

Bicara SRC: Terjemahan kenyataan media Tan Sri Shafee Abdullah susulan keputusan kes SRC

Hari ini kita telah ada satu keputusan berkenaan sama ada pasukan pembelaan perlu membela diri. Anda semua tahu ada 7 pertuduhan. 1 pertuduhan di bawah seksyen 23 iaitu salah guna kuasa, 3 pertuduhan di bawak seksyen 409 iaitu pecah amanah dan 3 pertuduhan AMLA lagi yang menyusuli 3 kesalahan predikat dalam seksyen 409. Hakim yang bijaksana telah memerintahkan supaya DSN membela diri atas ketujuh-tujuh pertuduhan ini. Secara jujurnya, kami menjangkakan keputusan pembebasan DSN. Secara jujurnya kami menjangkakan pertuduhan digugurkan pada peringkat ini. Kerana di dalam pembelaan kami, kami telah berikan hujah dan bukti yang telah menenggelamkam hujah pendakwaan. Ia telah menenggelamkan mereka dari segi fakta dan juga dari segi perundangan. Namun perbicaraan mahkamah tidak boleh diramal. Pandangan saya dan pandangan orang lain mungkin berbeza. Dengan itu, kita telah mendengar apa yang dikatakan oleh hakim. Semestinya kita mesti memberi penghormatan terbesar kepada pandangan hakim. B...

1MDB trial: I want to make him swallow his own vomit, says Shafee

The lead defence counsel in the 1Malaysia Development Bhd (1MDB) trial said he wanted to make the former chief executive of the sovereign wealth fund "swallow his own vomit" for linking Datuk Seri Najib Razak to notorious businessman Low Taek Jho @ Jho Low. Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah said Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi had consistently said that Najib was close to Low and therefore knew about the fugitive businessman's plans to defraud 1MDB. However, he said, Shahrol who trusted Low, had made all the decisions which backfired on 1MDB. "My client is not the professional who managed the fund..it is Shahrol who was the professional..he was the CEO of 1MDB. "He is now saying that he was not suspicious of Low and trusted him. "If he can claim lack of knowledge, my client's position was even more difficult. I want to make him swallow his own vomit," he said. Shafee said this after he was asked to explain where he was going with his lengthy cr...

Penghantaran Helicopter dibeli era BN dihalang, alasan ada penyelwengan

Menteri Pertahanan kitalah iaitu YB  mat Sabu yang mengarahkan agar penyerahan helikopter penyerang MD-530G kepada ATM ditangguhkan atas alasan untuk menyiasat penyelewengan walaupun pesawat yang ditempah telah pun siap. RM301 JUTA SUDAH DIBAYAR HELIKOPTER MD-530G TIDAK DITERIMA Begitulah tajuk pemberitaan FMT yang berterusan  membawa agenda dajal dalam usaha menghasut rakyat dengan fitnah terhadap kerajaan terdahulu serta oleh media utama pro PH yang lain dan turut dikongsi oleh RBA RBA dan barua 3K mereka Dengan status panjangnya 10 perkataan  atau dengan hanya share tajuk seperti yg dilapor FMT kebanyakan mahacai dan RBA sudah faham segala gala,  walau pun kami penyokong UMNO hampir satu jam satu satu artikel dibaca semata mata mahu memahami satu satu isu agar ia tidak bias dalam pemahaman kami selaku rakyat Malaysia. Hamba politik PH serta BARUA BARUANYA bertungkus lumus untuk mengekalkan kuasa politik mereka pada PRU 15 sanggup berbuat apa saja terma...