Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2018

Kita Sahut Gendang Perang Lim Guan Eng

Sibuk sidang media serang peribadi orang Nampaknya orang Melayu kena menyahut dengan berani tentang keputusan Lim untuk terus menyerang Dato Seri Najib. Orang Melayu perlu segera mengembeling tenaga untuk menyerang semula Lim Guan Eng dengan fakta. Orang Melayu perlu bersatu untuk mengembalikan maruah orang Melayu yang diinjak dengan rakus dan ganas oleh Lim Guan Eng dan konco-konconya. Sudah tiba masanya orang Melayu bersatu padu dan menghantar segala senjata serangan untuk menyedarkan Lim Guan Eng bahawa dia mengistiharkan perang ke atas  orang Melayu dan bukan ke atas DS Najib. Kita kena maklumkan Lim Guan Eng untuk menyelesai masalah ekonomi negara termasukmemulihkan nilai ringgit yang merudum. Bukan menyibuk untuk menghadap media dan menyerang bekas Perdana Menteri. Bursa saham negara jatuh, harga barang naik, kos kehidupan meningkat, cukai SST membebankan. Harga minyak tinggi. Itu apa yang perlu Lim Guan Eng selesaikan. Bukan main FB, Instagram, tweete...

Lim Kit Siang sedih DS Najib dedah bukti derma. Mana mau lari?

Bukan soal DS Najib dijatuhkan daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia tetapi perlakuan dan tindakan biadap para pemimpin Cina DAP yang mengaibkan pemimpin Melayu Bumiputera yang menjadikan Melayu Bangkit menentang regim DAP dalam PH. Sokongan orang Melayu kini kepada DS Najib dan UMNO kerana orang Melayu yang beragama Islam bangkit dan bersatu menentang fitnah. Kebetulan fitnah ini dipelopori oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Mahathir cuma ambil kesempatan sahaja dan  itu menguntungkannya dalam jangka pendek.

Daim dedah rahsia PH tewaskan BN

Transkrip penuh temu bual Daim KUALA LUMPUR: Menghampiri 120 hari Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, baru kali ini, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun Daim Zainuddin, ‘membuka mulut’ untuk berkongsi cerita mengenai rentetan kejayaan PH menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) 9 Mei lalu. Antara topik yang beliau dedahkan adalah bagaimana UMNO mengetahui parti itu akan kalah dalam PRU-14 termasuk peranannya sebagai ‘orang tengah’ di antara PH dan Tun Dr Mahathir Mohamad di samping sanggup kembali menjadi peguam bagi membolehkannya berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh mengenai strategi PH untuk berdepan PRU-14. Walaupun begitu, beliau mengakui kemenangan PH turut dipengaruhi faktor lain termasuk sikap bongkak dan biadab pemimpin UMNO serta parti komponen BN yang menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berkempen, yang mana ia tidak disukai rakyat. “Saya memang orang lama dan sudah lama dala...

Pendedahan dokumen oleh Najib menambah kecewa Mahathir

Dr Mahathir sedih Arab Saudi enggan nafi isu derma RM2.6 billion Kita disuapkan dengan cerita rompakan rakus ke atas 1MDB sehingga ia menjadi satu skandal besar yang mengundang pelbagai cerita. Semua dikaitkan dengan 1MDB sehingga rakyat muak dan membenci kerajaan BN. Masa itu DS Najib pula tidak mempunyai banyak masa menerangkan hal ini. Namun, dengan pendedahan dokumen (sebahagian) jelas menunjukkan bahawa cerita derma tersebut rupanya benar. Kebenaran mula menampakkan wajahnya dan in shaa Allah kita semua bakal menikmati suasana terang mengenai perkara ini.  Kini kita boleh merasakan Mahathir tambah kecewa dengan pendedahan ini. In shaa Allah. Ada hikmah di sebalik kejadian ini. Dokumen mengenai bukti derma Arab Saudi tersebut didedahkan oleh DS Najib melalui laman facebooknya dan benar-benar buatkan kening kita terangkat. In shaa Allah dengan pendedahan ini kebencian ke atas UMNO BN akan beralih kepada PH khususnya ke atas Mahathir dan konco-konconya. Kebenar...

Misteri derma Arab Saudi semakin jelas

Sebagaimana pemberian hadiah tidak ternilai, kelambu Kaabah - kain kiswah Kaabah dan tambahan kuota haji 20,000 daripada Almarhum Raja Abdullah pada 2010 di mana baginda turut meminta agar ia tidak diwarwarkan, baginda juga bersetuju untuk membantu parti saya dengan pembiayaan. Ini berlaku selepas Kebangkitan Arab atau Arab Spring pada lewat 2010 di kalangan negara Islam di Timur Tengah dan Afrika termasuk negara sekutu Arab Saudi. Almarhum Raja Abdullah sangat bimbang ketika itu dan bertindak membiayai pemimpin dan kerajaan negara Islam dengan sejumlah wang yang banyak bagi mengekalkan kestabilan. Pada masa itu, harga minyak paling tinggi dan Arab Saudi memperoleh pendapatan yang banyak hasil darinya. Baginda juga mempunyai kebimbangan yang sama selepas mendapat tahu kemungkinan berlaku Malaysia Spring pada ketika itu kerana Malaysia juga negara Islam biarpun bukan berada di Timur Tengah atau Afrika. Lantaran kebimbangan dan hubungan akrab kami, pada awal...

Guan Eng kelirukan rakyat pasal hutang negara RM1 trillion

Hutang negara RM1 trillion kata Mahathir dan Lim Guan Eng. Pada mulanya ramai yang keliru dan mungkin ada lagi yang tertanya-tanya sehingga kini. Untuk mudah faham, kita tengok ilustrasi berikut. Mudahkan? Jangan kita mudah dikelentong oleh PH [Bandingkan dengan penerangan berbentuk kelentong Lim Guan Eng di sini]

Prestasi Thomas dikritik bekas Ketua Hakim Negara

Abdul Hamid Mohamad Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mengkritik Tommy Thomas berhubung pelbagai tindakannya selama tiga bulan menjawat jawatan Peguam Negara. Kritikan itu antara lain menyentuh keputusan Thomas dalam beberapa kes berprofil tinggi termasuk tuduhan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan 1MDB. Dalam kes 1MDB itu, Thomas yang pada mulanya menjadi ketua pendakwaan menarik diri dan melantik bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Sulaiman Abdullah untuk menggantikan tempatnya. Alasan diberikan Thomas adalah tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kes itu ekoran tanggungjawabnya sebagai peguam negara. "Ini mata pertama oleh Thomas. Tidak pernah dalam sejarah perundangan di Malaysia ada peguam negara mengakui dia tidak dapat berdepan dengan beban tugas sehingga perlu melantik peguam persendirian untuk melakukan pendakwaan. "Atau, apakah dia takut kerana tiada pengalaman dalam pendakwaan? Kes i...

Najib sangkal tuduhan FITNAH Guan Eng, BN rompak RM18 billion

Datuk Seri Najib Razak menyangkal tuduhan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kononnya Barisan Nasional (BN) merompak RM18 bilion hasil daripada wang tuntutan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan menyifatkannya sebagai kenyataan politik yang tidak berasas. Beliau mendakwa, kerajaan mungkin sudah membelanjakan wang dalam akaun Kumpulan Wang Amanah Disatukan, yang sepatutnya disalurkan kepada akaun amanah tuntutan GST, bagi menampung perbelanjaan bulanan. “Semua kutipan cukai dan pendapatan lain termasuk GST dibayar terus ke dalam Kumpulan Wang Amanah Disatukan kerajaan dan dari situ, dana kemudian dibayar ke dalam akaun amanah tuntutan GST setiap bulan bagi memenuhi keperluan pembayaran tuntutan secara berterusan. “Ini dibenarkan oleh undang-undang dan memenuhi peruntukan Akta GST 2014, yang dibentangkan di Parlimen di mana pemimpin Pakatan Harapan (PH) juga hadir termasuk Guan Eng sendiri dan sudah tentu beliau tahu. “Justeru, tiada wang atau dana ‘dirompak’ kerana kut...

Kenyataan bongok Lim Guan Eng pasal DS Najib persoal SST

Bila Lim Guan Eng kata hairan dengan kenyataan DS Najib pasal cukai SST, perkara pertama yang terlintas dalam kepala kita ialah betapa bongoknya Lim Guan Eng ini rupanya. Pertama, DS Najib bising dan ulas pasal SST sebab Lim Guan ENG Mahathir masih menyerang GST yang dilaksana ketika BN UMNO memerintah. Kedua, kerana Lim Guan Eng juga kata yang SST lebih baik daripada GST tetapi hakikat sebenarnya ialah lebih teruk. Masa GST, cukai adalah 6%. Masa SST dalam 10%. Logiknya mana yang lebih membebankan 6% atau atau 10%? Itu yang dipersoalkan. Bukan sahaja DS Najib tapi juga seluruh rakyat termasuk yang celik dan cerdik dalam PH tu. DS Najib bukan saja-saja mempersoalkan pasal SST seolah-olah masa kerajaan BN Umno tidak ada cukai. Lim Guan Eng tidak perlu  memutarbelitkan kenyataan ketika sidang akhbar sebab apa yang DS Najib persoalkan ialah janji-janji PH melalui mulut Lim Guan Eng, Tony Pua, Mahathir yang kata SST jauh lebih baik daripada GST walaupun hampir seluruh negara ...

Mahathir boleh sakit sebab prestasi buruk menteri

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  berkata beliau sememangnya tidak berpuas hati dengan apa-apa pencapaian, dan sikapnya itu turut dilihat dalam soal prestasi kabinetnya.  Mahathir menekankan keperluan bertindak dalam masa yang pantas. Dia nampaknya seperti terdesak dan berkata bahawa beliau kalau boleh mahu apapun tindakan dibuat kelmarin dan bukan hari ini.  Dia mengakui dia memang tidak puas hati.  Memanglah cakap Mahathir tu ada asasnya. Bayangkan Menteri Pertanian boleh cadangkan nelayan yang berdepan kekurangan pendapatan disuruh tanam rambutan atau nanas belakang rumah kalau mahu tambah pendapatan. Menteri paloi dalam kabinet Mahathir ni memang langsung tak guna kepala otaknya semasa berhujah di parlimen.  Berapa besar juga tanah yang nelayan ada di belakang rumah mereka?  Itu satu contoh. Yang menteri seperti Lim Guan Eng cerita pasal salah perpuluhan, hutang negara trillion, wang dirompak walhal ada dalam aka...

Mahathir desak Najib lantik Shafiee untuk dakwa Anwar

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa telah mendesak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar melantik Tan Sri Shafee Abdullah sebagai pendakwa raya khas dalam perbicaraan kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Shafee dalam satu kenyataan hari ini mendakwa, Najib sebenarnya tidak begitu berminat dengan idea pelantikannya itu “Sebab beliau (Najib) mahu jaga hati Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Gani Patail. Malah beliau paling keberatan. “Tapi Tun Mahathir beria mahu saya dilantik sebagai pendakwa raya khas dalam kes Anwar sebab beliau (Tun Mahathir) tidak yakin Pejabat Peguam Negara boleh menang. “Mungkin sebab mereka telah kalah dalam kes liwat II di Mahkamah Tinggi sebelum itu. Mereka juga kalah sebelumnya di mahkamah Persekutuan dalam kes liwat I,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Menurut Shafee lagi, beliau telah dipanggil ke Yayasan Perdana di Putrajaya pada tahun 2013 untuk bertemu dengan Mahathir. “Tun Mahathir beritahu saya sendiri ...

1MDB cerita perampokan yang dicipta

Khairuddin yang jelajah satu dunia pasal 1MDB konon ada bukti, kini turut menarik saman mengenainya ke atas Najib Kenyataan Tommy Thomas mengenai kedudukannya sebagai Pendakwaraya kes 1MDB yang melibatkan DS Najib Kenyataan Tommy Thomas mengenai kedudukannya sebagai Pendakwaraya kes 1MDB yang melibatkan DS Najib Segarkan ingatan kita mengenai 1MDB. Pihak pendakwaan seperti hilang arah walaupun begitu angkuh kata semua bukti ada, tapi hakikatnya satu demi satu saman mengenai 1MDB ditarik balik. Bermula daripada Tony Pua, Khairuddin dan terbaru Tommy Thomas. Apa berlaku?