Skip to main content

Tun Razak Jadi Tali Barut Jepun?

Tun Razak Jadi Tali Barut Jepun? 

Sejak akhir-akhir ini, terdapat cubaan dari kalangan pendokong politik melakukan character assasination terhadap Almarhum Tun Razak, dengan pertuduhan yang mengatakan almarhum adalah tali barut Jepun.
Tuduhan ini agak berat sebelah kerana ia tidak menceritakan darihal sebenar keadaan era Perang Dunia Kedua dan situasi pendudukan Jepun di Malaya dan Singapura pada waktu itu terutamanya keatas kakitangan awam yang dahulunya berkhidmat dibawah naungan kolonial British dan kemudiannya dibawah naungan pemerintah tentera Jepun sebelum kembali semula ke British Military Administration.
Dihari ini, saya menulis dengan niat untuk membetulkan fakta sejarah negara yang diputarbelitkan oleh sesetengah pihak untuk kepentingan politik tertentu dan mewujudkan kekeliruan dan tidak menceritakan keadaan sebenar suasana perang di Malaya.
Suka juga untuk saya katakan dari awal artikel ini hanya tertumpu pada Almarhum Tun Razak, Perdana Menteri kita yang kedua sewaktu zaman muda beliau ketika era pendudukan Jepun supaya kita semua dapat memahami apakah gambaran sebenar zaman itu. Artikel berkenaan pejuang gerilawan lain seperti Yeop Mahidin, Tun Ibrahim Ismail dan lain-lain pejuang sewaktu pendudukan dan selepas pendudukan Jepun akan ditulis didalam artikel berasingan.
BERKHIDMAT DENGAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYA
Tun Razak pada tahun 1939 berkhidmat dibawah Malay Administrative Service yang merupakan asas kepada Perkhidmatan Awam negara kita pada masa sekarang.
Dengan penglibatan Tun Razak dibawah Malay Administrative Service, beliau dianugerahkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Raffles (sekarang National University of Singapore) di Singapura pada tahun 1940.
Sewaktu penaklukan Jepun keatas Malaya pada tahun 1941, Razak Hussein yang sedang belajar di Kolej Raffles, Singapura terpaksa pulang kembali ke Kuantan kerana pengajian beliau terganggu disebabkan perang yang meletus.
Kembalinya Razak Hussein ke Kuantan adalah permulaan kepada penglibatan beliau dalam Perkhidmatan Awam Malaya yang berada dibawah pentadbiran tentera Jepun (Malai-Gunsei) yang berpangkalan di Syonan (nama Singapura yang diubah oleh Jepun). Tun Razak di pilih kerana pengalaman beliau menguruskan urusan pentadbiran awam sewaktu di bawah naungan British. Kebanyakan kakitangan awam Melayu dan India yang pernah berkhidmat dengan perkhidmatan awam sewaktu Malaya berada di bawah naungan British di panggil semula oleh Malai-Gunsei untuk membantu melicinkan sistem pentadbiran negeri-negeri yang kini menjadi jajahan takluk Jepun. Salah seorang penjawat awam yang dipanggil semula oleh Jepun untuk berkhidmat kerana pengalaman pentadbiran awam sewaktu Malaa di bawah naungan British adalah Yeop Mahidin yang bakal menjadi pegawai atasan Tun Razak dalam Askar Wataniah.
Tujuan Jepun memanggil semula penjawat awam yang pernah bekerja dengan British sebelum ini adalah bersifat pentadbiran.
Ini disebabkan kebanyakan tentera Jepun tidak fasih bahasa tempatan, dan ini menyukarkan urusan pentadbiran harian tempatan. Maka kakitangan pentadbiran awam yang sebelum ini berkhidmat untuk kolonial British dipanggil semula, kali ini untuk berkhidmat untuk Jepun. Ini bertujuan melicinkan urusan harian pentadbiran kerajaan dan pada masa sama meringankan beban Jepun yang tidak perlu menumpukan perhatian total pada pengurusan dan tadbir negeri sebaliknya mengarahkan sumber kepada pertahanan dan pembangunan semula Malaya.Disinilah berlakunya salah faham dan penyebab utama marginalisasi kaum antara Melayu dan Cina, kerana kebanyakan kakitangan awam yang dahulunya berkhidmat dengan British kini terpaksa bekerja untuk Jepun yang mana majoritas dari mereka adalah dari kalangan orang Melayu dan orang India.
Situasi selepas perang adalah sangat kucar kacir, dimana keganasan antara kaum berlaku dengan sangat teruk sehinggalah angkatan tentera Berikat memasuki semula Malaya, yang kemudian menjadi pencetus kepada gerakan Insurgensi Komunis yang berpanjangan sehingga era 80an. Semuanya disebabkan dendam, khabar angin dan rasa tidak puas hati.
Akashi Yoji, Professor Emeritus di Nanzan University, Nagoya in Jepun menulis berkenaan penekanan polisi-polisi keatas penduduk yang ditakluk dibawah Malai-Gunsei yang diterajui oleh Kolonel Watanabe Wataru keatas kalangan kakitangan awam Malaya banyak melibatkan latihan-latihan ketenteraan dan latihan lasak yang dipanggil “seishin”
Professor Akashi menyebut, seishin ini bertujuan untuk memulihkan semangat masyarakat Malaya yang sudah lama berada dibawah takluk kolonial British untuk meninggalkan budaya hedonistik dan materialistik barat, menjadi bertanggungjawab keatas kesilapan dan kelemahan bangsa yang menyebabkan mereka terjajah.
Ini dilaksanakan oleh Kolonel Watanabe melalui pengolahan sistem pelajaran, dimana penduduk diajar bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar baharu dan ia merupakan medium utama menerapan seishin keatas penduduk Malaya, terutamanya pada kalangan golongan muda.
Dalam pada masa sama, Kurenjo (sekolah kemahiran) ditubuhkan dan Kurenjo adalah seperti sekolah kemahiran atau sekolah teknik vokasional yang wujud pada masa kita sekarang, dengan penekanan kepada latihan seperti perikanan dan pertanian, pengurusan dan pentadbiran rel dan pos, ekonomi rumah tangga dan kejuruteraan marin, serta penterjemahan dan komunikasi.
Kebanyakan anak muda Malaya juga di kerah untuk menyertai program Kurenjo (sekolah latihan) untuk menjadikan Malaya di masa hadapan sebagai negara yang mampu berdiri sendiri dan ini adalah sebahagian dari program penjepunan melalui doktrinasi seishin.
Razak Hussein yang merupakan anggota pentadbiran awam Malaya dibawah Malai-Gunsei juga menjalani proses seishin ini sepertimana ramai lagi anak muda Malaya pada ketika itu yang mana latihan ketenteraan dan latihan lasak adalah wajib dan perlu disertai oleh anak muda yang bersekolah serta kaki tangan
pentadbiran awam untuk menerapkan proses Penjepunan. Yeop Mahidin yang merupakan Majistret dalam perkhidmatan awam Malaya juga menjalani proses yang sama.
Di waktu penglibatan Razak Hussein dalam pentadbiran awam inilah, beliau menyertai pasukan Force 136 sebagai cabang Askar Wataniah yang ditubuhkan dibawah perkenan Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang pada ketika itu. Beliau di rekrut Yeop Mahidin yang merupakan pelopor Askar Wataniah yang di saat pengakhiran perang Dunia Kedua akan bersama-sama Force 136 melawan Jepun.
TUN RAZAK – BERBAIK DENGAN JEPUN UNTUK MEMBANTU FORCE 136
Foto yang menunjukkan almarhun Tun Razak Hussein dengan uniform tentera Jepun itu adalah benar dan ia merupakan foto yang diambil sewaktu beliau terlibat dengan latihan seishin yang mana ia diwajibkan keatas semua kakitangan pentadbiran awam Malaya pada ketika itu khasnya, dan kepada penduduk awam Malaya amnya.
Disebalik uniform tentera Jepun itu, Razak Hussein adalah orang dalam yang diharapkan menjadi mata dan telinga Askar Wataniah dalam menyampaikan maklumat pergerakan tentera, berita-berita, maklumat-maklumat pentadbiran, dan maklumat risikan tentera Jepun kepada kumpulan gerilawan Askar Wataniah yang ditubuhkan oleh Yeop Mahyuddin Muhammad Sharif, seorang kakitangan pentadbiran awam Malaya yang berasal dari Perak.
Razak Hussein menyertai Askar Wataniah dan merupakan salah seorang dari 250 pertama yang direkrut oleh Yeop Mahidin di Batu Malim, Raub.
Pada masa yang sama, Razak Hussein yang masih lagi berkhidmat dengan pentadbiran awam Malaya telah diberikan kenaikan pangkat oleh Jepun kepada pegawai daerah, memudahkan lagi beliau mendapat maklumat penting untuk disalurkan kepada Askar Wataniah.
Kalangan anggota Askar Wataniah melihat Razak Hussein sebagai pengkhianat kerana terus menerus berkhidmat untuk Jepun, walhal Yeop Mahidin adalah orang yang mengarahkan Razak Hussein untuk terus berada didalam organisasi pentadbiran awam Malaya untuk menjadi mata dan telinga perisikan serta pengintipan kepada Askar Wataniah.
Maklumat maklumat yang diperoleh membolehkan Askar Wataniah melakukan serangan hendap keatas konvoi-konvoi Jepun dan mengakibatkan ramai askar Jepun tewas, dan siri sabotaj keatas Jepun yang semakin menjadi-jadi menimbulkan syak wasangkan dikalangan pegawai tentera Jepun akan adanya musuh dalam selimut didalam organisasi pentadbiran awam Malaya.
Kesan dari kemampuan Askar Wataniah melaksanakan sabotaj dan serang hendap yang efektif mendorong tentera berikat melalui Force 136 untuk memberikan bantuan kepada Askar Wataniah.
FORCE 136 MENDARAT DI PAHANG.
Asalnya, Askar Wataniah berdiri sendiri tanpa mendapat apa-apa bantuan dari Tentera Berikat dalam usaha mereka melawan Jepun.
Ini adalah disebabkan rasa curiga British keatas kalangan orang Melayu berikutan sokongan kuat politikal Melayu melalui KMM yang lebih condong kepada Jepun. Ini adalah salah satu sebab kenapa gerilawan Melayu amnya kurang mendapat bantuan dari Tentera Berikat, sebaliknya mereka memberikan bantuan kepada kumpulan gerila lain seperti MPAJA yang di ambang permulaan perang Dingin akan menjadi musuh utama Malaya.
Askar Wataniah, yang telah bertemu dengan kalangan anggota dan pegawai tentera Force 136 ketika pendaratan mereka di Pahang pada tahun 1944 telah menyalurkan lebih banyak bantuan ketenteraan kepada Askar Wataniah untuk melakukan lebih banyak sabotaj dan serangan hendap terhadap konvoi bekalan tentera dari pantai timur ke pantai barat untuk membolehkan pendaratan Tentera Berikat.
40 ORANG MAUT, 41 KENDERAAN MUSNAH
Eksploitasi maklumat yang diterima Askar Wataniah melalui cabang perisikan orang dalam perkhidmatan awam Malaya memungkinkan kejayaan terbesar Askar Wataniah dalam perjuangan mereka menentang Jepun. Leftenan Yakin yang mengepalai 20 orang anak muda Wataniah melakukan serang hendap keatas konvoi tentera Jepun yang memperlihatkan Jepun mengalami korban besar, dengan sehingga 40 orang tewas dan lebih 41 buah kenderaan tentera dan sejumlah besar bekalan yang dibawah berjaya dimusnahkan.
Yeop Mahidin, dengan kemampuan beliau mentadbir dan mengetuai pasukan gerila perang Askar Wataniah telah dipelawa oleh British untuk menyertai latihan ketenteraan di Britain. Pelawaan ini ditolak, dan Yeop Mahidin sebaliknya menghantar 2 pegawai beliau, Razak Hussein dan Ghazali Shafie untuk mendalami selok belok ilmu peperangan.
Usai Perang Dunia Kedua, Tun Razak kembali melanjutkan pelajaran dan disini almarhum terlibat aktif dalam pergerakan politik dan kemudiannya menjadi antara orang penting dalam membawa Malaya ke arah Kemerdekaan.
Tun Abdul Razak hanyalah satu daripada ratusan lagi pejuang kebebasan yang ada di seluruh Malaya ketika pendudukan Jepun, dan kisah almarhun hanyalah sebahagian dari kisah sejarah negara kita yang lebih besar.
FJ
—————–
p/s – polisi sosial pecah dan perintah yang dilaksanakan Kolonial British keatas penduduk Malaya (terutama Melayu, Cina dan India) di burukkan lagi dengan polisi-polisi pentadbiran Jepun terhadap bangsa Melayu, Cina dan India sewaktu pendudukan mereka keatas Malaya selama 3 tahun setengah.
keadaan kucar kacir selama 14 hari darurat adalah disebabkan dendam dan kebencian penduduk Malaya berbangsa Cina yang disalurkan melalui tindakan keganasan gerila MPAJA dan PKM keatas tentera Jepun, dan juga kalangan kakitangan awam Melayu dan India berkhidmat dibawah naungan Malai Gunsei serta keatas kalangan peniaga-peniaga Cina yang dianggap gerila sebagai tali barut.
Akibat dari tindakan keganasan tersebut, maka tindakan balas antara satu sama lain berlaku ditambah dengan keengganan pihak tentera Jepun untuk menggunakan kekerasan setelah mereka mengisytihar perang tamat.
Kelemahan ini ditambah dengan kurangnya pengaruh Force 136 yang sudah ditenggelami oleh MPAJA, persepsi rakyat Malaya pada ketika itu yang masih lagi nasionalistik pada negara asal (golongan India masih lagi berpegang pada revolusi India, penduduk Cina mengikuti revolusi Kuomintang Chang Kai Shek dan revolusi komunis Mao) manakala kalangan orang Melayu hilang arah nasionalis apabila Ibrahim Yaacob meninggalkan KMM (kemudian dikenalis sebagai KRIS) untuk ke Indonesia dalam keadaan pemuda Melayu menjadi keliru akan hala tuju perjuangan.
Vakum kuasa yang berlaku di Malaya ditambah dengan keadaan kekeliruan, kacau bilau, keganasan, penyebaran khabar angin dan fitnah meletakkan Malaya dalam keadaan yang sangat darurat.
Ini masih berterusan sehingga ke hari ini walaupun nadanya tidak sekasar era pasca perang dahulu.
——————
sumber pembacaan lanjut adalah seperti berikut:
Red Star Over Malaya – Resistance and Social Conflict During and After the Japanese Occupation of Malaya, 1941-46
by Cheah Boon Kheng
Learning the ‘seishin’ – Written by Akashi Yoji
http://www.malaysiahistory.net/v2/?p=103
Tun Ibrahim Ismail, a Special Operations Executive officer who pulled off a daring 10-month triple-cross while a prisoner of the Japanese during the Second World War; he later went on to be head of Malaysia’s armed forces.
http://www.telegraph.co.uk/news/obituaries/military-obituaries/special-forces-obituaries/8284728/Tun-Ibrahim-Ismail.html
Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor …, Volume 1, page 1418 – Wataniah, A Malay Anti Japanese Force
by Keat Gin Ooi
Sejarah Pahang, Buyong Adil 1972
—————
rujukan foto
foto,1 – Gambar beramai-ramai – DYMM Sultan Pahang, Abdul Razak Hussein, Yeop Mahidin
Abdul Razak Hussein (berdiri no. 3 dari kanan) dan DYMM Sultan Abu Bakar – Pemerintah Kehormat Gerila Wataniah (duduk di tengah)
foto,2 – Force 136, with (barisan tengah) Ibrahim Ismail (ketiga dari kiri), Yeop Mahidin (ketiga dari kanan) dan Abdul Razak Hussein (hujung kanan)
foto,3 – Tun Abdul Razak (bercermin mata) ketika memasuki latihan tentera Jepun
ketiga-tiga foto datang dari satu publikasi yang sama
bertajuk tetapi dimanipulasi untuk tujuan politik
———–
-cukuplah mempolitikkan sejarah negara kita-

Comments

Popular posts from this blog

Laporan lengkap Tragedi 13 Mei oleh MAGERAN

Laporan lengkap Tragedi 13 Mei oleh MAGERAN Portal Malaysiakini telah menerbitkan artikel mengenai peristiwa 13 Mei dari sumber, dan beberapa wawancara. Ada beberapa perkara penting yang tidak disebutkan dalam artikel tersebut, yang kami rasakan perlu dibaca oleh setiap warga. Untuk makluman pembaca, perkara penting tersebut diceritakan dengan terperinci dalam Laporan Tragedi 13 Mei yang disediakan oleh Tun Abdul Razak, Pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran) ketika itu. Berikut merupakan kata-kata pendahuluan oleh beliau dalam laporan tersebut: Laporan penuh ada di bahagian bawah Oleh : Tun Abdul Razak Hari 13 Mei 1969 akan tercatit di dalam sejarah kita sebagai hari tragedi nasional. Pada hari itu asas perdirian Negara kita telah menerima paluan yang sehebat-hebatnya pernah dialami dengan meletusnya rusuhan antara kaum. Mujur lah Kerajaan telah mengambil tindakan yang segera dan tegas, dibantu dengan setianya oleh pihak Tentera dan Polis, maka dapatlah pihak berkuasa mengawal k

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem Sarawak for Sarawakians (S4S) official spokesman Shaow Tung Leong (The Star) – Police have called up seven members of the Sarawak for Sarawakians (S4S) activist group who did not stand up for the national anthem, as seen in a video clip which has gone viral on social media. State deputy commissioner of police DCP Datuk Dev Kumar said a police report on the incident was lodged on Monday (Sept 30). “Based on the report, we have commenced investigations under Section 8(3) of the National Anthem Act 1968,” he said. Under Section 8, anyone who knowingly shows disrespect to the national anthem in a public place can be fined up to RM100 or jailed not more than one month. S4S spokesman Shaow Tung Leong, who was among those called up by police over the incident, said their action was a “silent protest” against the Federal Government’s “unfair” treatment of Sarawak. “We did not stand up because we feel d

VK Lingam dalam video 'Perlantikan Hakim'

VK Lingam persoal kesahihan video ‘lantik hakim’ Tan Sri VK Lingam mempersoalkan kesahihan klip video yang dikemukakan sebagai bukti dalam perbicaraan Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam yang mengeluarkan namanya daripada menjalankan amalan guaman atas dakwaan salah laku. Ini disampaikan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini oleh peguamnya, R Thayalan. Kesahihan klip video itu dipersoalkan memandangkan rakaman asal tidak dikemukakan semasa perbicaraan lembaga tatatertib dan individu yang merakamkannya, bekas Ahli Parlimen PKR, Loh Gwo Burne, mengakui bahawa CD yang ditawarkan semasa perbicraaan lembaga itu bukanlah miliknya. "Pembuat CD yang dimuat turun dari laman web Malaysiakinitidak dipanggil, transkrip juga tidak dikemukakan semasa perbicaraan lembaga tatatertib. "Kami juga menghantar CD itu untuk diuji oleh pakar kami dan mereka mendapati ada fail lain pada CD itu. "Lembaga itu bergantung pada kandungan klip berkenaan dan kami mengatakan terdapat