Datuk Seri Najib Abdul Razak, mengemukakan notis tunjuk sebab terhadap Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Malay Mail dan wartawannya, Emmanuel Santa Maria. Najib memfailkan notis terhadap ketiga-tiga pihak itu bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya mereka selaku responden memberikan sebab mengapa tidak boleh dipenjara atau didenda atas alasan menghina mahkamah. Ia berikutan Najib mendakwa artikel diterbitkan di malaymail.com bertajuk “Kit Siang: High Court decision on Tanjung Piai by-election outcome will indicate where Malaysia headed toward” pada 9 November lalu adalah menghina mahkamah. Artikel itu didakwa membabitkan komen terhadap perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berhubung penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dihadapi Najib. Notis tunjuk sebab itu difailkan Najib selaku plaintif menerusi firma guaman Tetuan Shafee & Co di Mahkamah Tinggi pada 11 November lalu. Melalui notis terbabit, Najib memohon perintah Notis Tunj...