Skip to main content

Posts

Kita Sahut Gendang Perang Lim Guan Eng

Sibuk sidang media serang peribadi orang Nampaknya orang Melayu kena menyahut dengan berani tentang keputusan Lim untuk terus menyerang Dato Seri Najib. Orang Melayu perlu segera mengembeling tenaga untuk menyerang semula Lim Guan Eng dengan fakta. Orang Melayu perlu bersatu untuk mengembalikan maruah orang Melayu yang diinjak dengan rakus dan ganas oleh Lim Guan Eng dan konco-konconya. Sudah tiba masanya orang Melayu bersatu padu dan menghantar segala senjata serangan untuk menyedarkan Lim Guan Eng bahawa dia mengistiharkan perang ke atas  orang Melayu dan bukan ke atas DS Najib. Kita kena maklumkan Lim Guan Eng untuk menyelesai masalah ekonomi negara termasukmemulihkan nilai ringgit yang merudum. Bukan menyibuk untuk menghadap media dan menyerang bekas Perdana Menteri. Bursa saham negara jatuh, harga barang naik, kos kehidupan meningkat, cukai SST membebankan. Harga minyak tinggi. Itu apa yang perlu Lim Guan Eng selesaikan. Bukan main FB, Instagram, tweete...

Lim Kit Siang sedih DS Najib dedah bukti derma. Mana mau lari?

Bukan soal DS Najib dijatuhkan daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia tetapi perlakuan dan tindakan biadap para pemimpin Cina DAP yang mengaibkan pemimpin Melayu Bumiputera yang menjadikan Melayu Bangkit menentang regim DAP dalam PH. Sokongan orang Melayu kini kepada DS Najib dan UMNO kerana orang Melayu yang beragama Islam bangkit dan bersatu menentang fitnah. Kebetulan fitnah ini dipelopori oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Mahathir cuma ambil kesempatan sahaja dan  itu menguntungkannya dalam jangka pendek.

Daim dedah rahsia PH tewaskan BN

Transkrip penuh temu bual Daim KUALA LUMPUR: Menghampiri 120 hari Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan, baru kali ini, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun Daim Zainuddin, ‘membuka mulut’ untuk berkongsi cerita mengenai rentetan kejayaan PH menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) 9 Mei lalu. Antara topik yang beliau dedahkan adalah bagaimana UMNO mengetahui parti itu akan kalah dalam PRU-14 termasuk peranannya sebagai ‘orang tengah’ di antara PH dan Tun Dr Mahathir Mohamad di samping sanggup kembali menjadi peguam bagi membolehkannya berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buloh mengenai strategi PH untuk berdepan PRU-14. Walaupun begitu, beliau mengakui kemenangan PH turut dipengaruhi faktor lain termasuk sikap bongkak dan biadab pemimpin UMNO serta parti komponen BN yang menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berkempen, yang mana ia tidak disukai rakyat. “Saya memang orang lama dan sudah lama dala...

Pendedahan dokumen oleh Najib menambah kecewa Mahathir

Dr Mahathir sedih Arab Saudi enggan nafi isu derma RM2.6 billion Kita disuapkan dengan cerita rompakan rakus ke atas 1MDB sehingga ia menjadi satu skandal besar yang mengundang pelbagai cerita. Semua dikaitkan dengan 1MDB sehingga rakyat muak dan membenci kerajaan BN. Masa itu DS Najib pula tidak mempunyai banyak masa menerangkan hal ini. Namun, dengan pendedahan dokumen (sebahagian) jelas menunjukkan bahawa cerita derma tersebut rupanya benar. Kebenaran mula menampakkan wajahnya dan in shaa Allah kita semua bakal menikmati suasana terang mengenai perkara ini.  Kini kita boleh merasakan Mahathir tambah kecewa dengan pendedahan ini. In shaa Allah. Ada hikmah di sebalik kejadian ini. Dokumen mengenai bukti derma Arab Saudi tersebut didedahkan oleh DS Najib melalui laman facebooknya dan benar-benar buatkan kening kita terangkat. In shaa Allah dengan pendedahan ini kebencian ke atas UMNO BN akan beralih kepada PH khususnya ke atas Mahathir dan konco-konconya. Kebenar...

Misteri derma Arab Saudi semakin jelas

Sebagaimana pemberian hadiah tidak ternilai, kelambu Kaabah - kain kiswah Kaabah dan tambahan kuota haji 20,000 daripada Almarhum Raja Abdullah pada 2010 di mana baginda turut meminta agar ia tidak diwarwarkan, baginda juga bersetuju untuk membantu parti saya dengan pembiayaan. Ini berlaku selepas Kebangkitan Arab atau Arab Spring pada lewat 2010 di kalangan negara Islam di Timur Tengah dan Afrika termasuk negara sekutu Arab Saudi. Almarhum Raja Abdullah sangat bimbang ketika itu dan bertindak membiayai pemimpin dan kerajaan negara Islam dengan sejumlah wang yang banyak bagi mengekalkan kestabilan. Pada masa itu, harga minyak paling tinggi dan Arab Saudi memperoleh pendapatan yang banyak hasil darinya. Baginda juga mempunyai kebimbangan yang sama selepas mendapat tahu kemungkinan berlaku Malaysia Spring pada ketika itu kerana Malaysia juga negara Islam biarpun bukan berada di Timur Tengah atau Afrika. Lantaran kebimbangan dan hubungan akrab kami, pada awal...

Guan Eng kelirukan rakyat pasal hutang negara RM1 trillion

Hutang negara RM1 trillion kata Mahathir dan Lim Guan Eng. Pada mulanya ramai yang keliru dan mungkin ada lagi yang tertanya-tanya sehingga kini. Untuk mudah faham, kita tengok ilustrasi berikut. Mudahkan? Jangan kita mudah dikelentong oleh PH [Bandingkan dengan penerangan berbentuk kelentong Lim Guan Eng di sini]

Prestasi Thomas dikritik bekas Ketua Hakim Negara

Abdul Hamid Mohamad Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mengkritik Tommy Thomas berhubung pelbagai tindakannya selama tiga bulan menjawat jawatan Peguam Negara. Kritikan itu antara lain menyentuh keputusan Thomas dalam beberapa kes berprofil tinggi termasuk tuduhan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan 1MDB. Dalam kes 1MDB itu, Thomas yang pada mulanya menjadi ketua pendakwaan menarik diri dan melantik bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Sulaiman Abdullah untuk menggantikan tempatnya. Alasan diberikan Thomas adalah tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kes itu ekoran tanggungjawabnya sebagai peguam negara. "Ini mata pertama oleh Thomas. Tidak pernah dalam sejarah perundangan di Malaysia ada peguam negara mengakui dia tidak dapat berdepan dengan beban tugas sehingga perlu melantik peguam persendirian untuk melakukan pendakwaan. "Atau, apakah dia takut kerana tiada pengalaman dalam pendakwaan? Kes i...