Minda Syed Ali Alhabshee BERSATU: Mahathir kalah kepada Muhyiddin 1. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru saja pagi tadi menolak permohonan ad interim Tun Dr Mahathir Mohamad untuk status quo bahawa dia masih Pengerusi dan ahli BERSATU. Juga ditolak permohonan anaknya Mukhriz dan konco-konconya yang lain. 2. Maka jelaslah hari ini semua mereka bukan ahli BERSATU. Mereka sudah tidak ada jawatan dalam parti. Tidak ada jawatan dalam kerajaan. Tidak ada apa-apa. 3. Hari ini Dr Mahathir tewas kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin. Ini bukan saya kata. Ini mahkamah yang kata. Pastilah peguam Dr Mahathr, peguam Haniff Khatri akan temberang kata ini belum muktamad. Ini sementara sehingga pendengaran penuh pada 9/7/20. 4. Tapi inilah petanda satu lagi kejatuhan Dr Mahathir. Satu lagi kesilapan dari siri kesilapan-kesilapan yg panjang kebelakangan ini. Petanda pengakhiran Dr Mahathir. 5. Hal ini pernah diramalkan oleh almarhum Ustaz Fadzil Noor bekas Presiden PAS. Juga sama ...