Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2020

Tulisan Jawi dihapus oleh DAP

DAP biadap. Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi tidak dapat di pisahkan. Kebiadapan ini secara jelas menunjukan DAP berani menceroboh perkara yang telah dijamin dalam Perlembagaan iaitu perkara 152 serta Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 juga melindungi tulisan Jawi dengan menyebut penggunaan tulisan Rumi tidak melarang penggunaan tulisan Jawi bagi bahasa kebangsaan. Mereka mahu UEC diiktiraf tetapi tulisan jawi ditentang habis habisan. Hak mereka diperjuangkan tetapi hak melayu cuba dihapuskan! Selepas Persatuan Dong Zong, kini giliran pimpinan-pimpinan DAP pula membantah tulisan Jawi sebagai sebahagian dari rancangan pendidikan di Malaysia. Seramai 138 pemimpin akar umbi DAP, termasuk 13 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) menggesa anggota kabinet daripada parti itu membantah rancangan memperkenalkan tulisan "khat" atau seni kaligrafi dalam kurikulum Tahun 4 Bahasa Malaysia untuk sekolah vernakular. Sekiranya perkara yang telah dijamin didalam perlembagaan berani di ...

Marzuki dipecat sebagai Setiausaha Agung BERSATU

Marzuki rupanya dah dipecat sejak 18 March 2020 yang lalu. Maknanya dia langsung tidak ada lagi sebarang kuasa nak memecat mana-mana ahli dalam parti bersatu.  Tapi apa kita hairan dengan orang yang macam ini. Baca Bahasa Inggeris mata boleh kabur tiba-tiba. Inikan pula perlembagaan parti yang dia dah dipecat.  Marzuki dipecat sebagai Setiausaha Agung BERSATU  Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Marzuki Yahya dipecat daripada jawatan berkenaan, berkuat kuasa 18 Mac lalu. Surat pemecatan itu ditandatangani Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama makluman bahawa tindakan berkenaan diambil selaras Fasal 13.9 perlembagaan parti terbabit. Surat berkenaan turut tular di media sosial. Sementara itu, Marzuki yang juga bekas Timbalan Menteri Luar ketika dihubungi, mengesahkan menerima surat berkenaan yang dihantar ke pejabatnya di Yayasan Selangor, semalam.  "Ya, saya terima surat berkenaan, semalam. Se...

Mahkamah diberitahu usaha sama 1MDB-PSI hasil hubungan baik Najib-raja Saudi

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu usaha sama antara PetroSaudi International (PSI) dan 1MDB terjalin kerana hubungan baik Najib Razak dan bekas raja Saudi, Raja Abdullah. Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata demikian semasa disoal peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah pada hari ke-35 perbicaraan. Respon Shahrol itu ketika peguam menyoalnya, yang selalu mengulangi tentang usaha sama kerajaan dengan kerajaan antara Malaysia dan Arab Saudi. Saksi itu berkata kedua-dua pihak berusaha keras untuk menjayakan urusan perniagaan itu. Shafee: Anda tidak tertanya apakah jenis urusan kerajaan dengan kerajaan ini apabila rakan usaha sama anda itu tidak mahu tunjuk akaun kepada anda? Shahrol: Asas kerjasama ini bersifat peribadi – antara Najib dan Raja Abdullah. Itulah yang saya diberitahu dan ada gambar ditunjukkan kepada saya. Saya tiada sebab untuk meragui yang ia bukan hubungan kerajaan dengan kerajaan. Mengenai perkara lain, sa...

Bubarkan BERSATU, contohi Semangat 46 kembali ke pangkuan UMNO?

DARIPADA 27 Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) BERSATU yang mengeluarkan kenyataan bersama hari ini menyokong penubuhan Perikatan Nasional, hanya satu dua nama yang tersohor. Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Dr. Rais Yatim. Beberapa lagi muka baharu antaranya Wan Saiful Wan Jan (ahli MPT), Jaziri Alkaf A. Suffian (Ketua BPN Sarawak) dan Datuk Mohd Rafiq Bin Naizamohideen (MPT) boleh digilap sebagai pemimpin masa depan. Yang lain, `biasa-biasa’ sahaja. Kata ramai pemimpin UMNO yang membentuk Perikatan Nasional bersama Pas, BERSATU yang mempunyai dua nakhoda – pengerusinya Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Muhyiddin selaku presiden – tidak mempunyai akar umbi (grassroot) seperti mana UMNO. Jika dibandingkan dengan sebuah parti Melayu sebelum ini, Parti Melayu Semangat 46 (S46) pun jauh bandingannya. Pada waktu kemuncaknya, S46 pernah mempunyai sekitar 400,000 orang ahli. Mengimbas sejarah, S46 diwujudkan akibat tragedi pengharaman U...

Tak puas hati kes Riza Aziz? Shafee buat perbandingan kes Guan Eng – Shafee

Muhammad Shafee Abdullah, peguam bela utama untuk kes 1MDB, hari ini mempersoalkan kritikan yang dilemparkan terhadap perjanjian penyelesaian yang menyaksikan Riza Shahriz Abdul Aziz diberi pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) berhubung dakwaan pengubahan wang haram. Bercakap kepada wartawan di Kuala Lumpur, Shafee membandingkan respons terhadap kes mahkamah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang dibebaskan oleh Peguam Negara Tommy Thomas atas tuduhan rasuah yang berkaitan dengan pembelian sebuah banglo yang didakwa di bawah nilai pasaran. “Respons saya sangat mudah. Semua yang dikatakan di tangannya (Riza), aset, wang dan apa sahaja, dikembalikan. Dia mengatakan ‘saya tidak bersalah, saya mengembalikannya kerana saya menginginkan hidup saya kembali’. “Kerana jika kamu ingat, dia (Riza) mendapatkannya melalui pinjaman, dan dia memperoleh keuntungan, dan sekarang dia mengembalikannya. “Tetapi anda bandingkan dengan Lim Guan Eng, dia mendapat keuntungan dari pembelian harta itu...

Mahathir no longer PPBM chairman, RoS confirms

The Registrar of Societies says Dr Mahathir Mohamad is no longer the chairman of PPBM and Muhyiddin Yassin is the acting chairman. PETALING JAYA: The Registrar of Societies (RoS) has confirmed that Dr Mahathir Mohamad is no longer the chairman of PPBM following his resignation amid the political turmoil in late February. A letter sent by RoS to the party dated May 5 said Mahathir’s resignation was valid and that PPBM president Muhyiddin Yassin’s serving in the capacity of chairman was also valid. “Following the chairman’s resignation, the PPBM president has the right to act as chairman until elections are held, according to Clause 16.9 of PPBM’s constitution,” it said. RoS’ corporate communication unit confirmed the authenticity of the letter to FMT. The confirmation by RoS comes in the wake of a statement by PPBM’s election committee chairman, Syed Hamid Albar, that there are “no contenders” for the chairman’s post in the upcoming party elections. It is left to be seen...