Skip to main content

Skandal Forex Yang Melibatkan Anwar Dan Dr M: Ku Li Gesa Tindakan Diambil


“Apa sahaja yang dicadangkan oleh RCI perlu dipertimbangkan dan dilaksanakan, adil atau tidak? Jika tidak, mengapa perlu ada RCI?”


(Malaysiakini, 2 Jul 2019) – Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa kerajaan melaksanakan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung urus niaga mata wang asing (Forex) melibatkan Bank Negara pada 1990-an.
“Ia adalah satu perkara yang serius kerana RM30 bilion kerugian ditanggung kerajaan kerana perdagangan forex yang kita tidak sepatutnya terlibat sejak awal lagi,” kata bekas menteri kewangan itu.
“Apa sahaja yang dicadangkan oleh RCI perlu dipertimbangkan dan dilaksanakan, adil atau tidak? Jika tidak, mengapa perlu ada RCI?” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Dalam laporan yang dibentangkan di parlimen pada 30 Nov 2017, RCI mendakwa Anwar telah mengelirukan kabinet

Anggota Parlimen Gua Musang yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu ditanya sama ada beliau bersetuju dengan keputusan kerajaan mengklasifikasikan perkara itu sebagai “tiada tindakan lanjut”.
Dalam jawapan bertulis di parlimen semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong berkata terdapat kekurangan bukti berdokumen bagi membuktikan dakwaan tersebut.
Malah katanya Setiausaha RCI Yusof Ismail juga telah menarik balik laporan polis yang dibuat pada 30 Novermber 2017.
Dalam laporan setebal 528 muka surat yang dibentangkan di parlimen pada 30 Nov 2017, RCI mendakwa menteri kewangan pada masa itu telah mengelirukan kabinet.
Suruhanjaya itu juga percaya Perdana Menteri pada masa itu telah memberi lampu hijau terhadap kenyataan mengelirukan yang dikeluarkan menteri kewangan.
Menteri kewangan pada masa itu adalah Anwar Ibrahim manakala perdana menteri ialah Dr Mahathir Mohamad.
RCI Forex diadakan ketika serangan bertali arus Mahathir terhadap perdana menteri ketika itu, Najib Razak berhubung skandal 1MDB.

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...