Skip to main content

Wan Azizah dan CEO YKN 'IKRAM' salur dana Qatar USD50 juta kepada 3 NGO



MKN dipengerusikan Wan Azizah mengarahkan CEO YKN bawah kementeriannya menyelaras Dana Qatar (QFFD) USD50 juta. CEO orang kuat IKRAM pula memilih 3 NGO kroni pro IKRAM terima dana itu. Apa kriteria? berapa dapat tidak diperjelaskan..

Puak PH sebelum ini menuduh kononnya Zahid Hamidi sebagai Menteri KDN yang berunding dengan kerajaan Qatar pada tahun 2017 menerima dana Rohingya USD 50 juta (RM217 juta) bagaimanapun dinafikan oleh Zahid kerana dana itu hanya diterima selepas pertukaran kerajaan BN kepada PH.

Oleh itu tanyalah Wan Azizah Wan Ismail kerana media melaporkan beliau yang bertemu kedutaan Qatar serta berkunjung sendiri bertemu Amir Qatar, YM Sheikh Tamin bin Hamad al-Thani ke pada 25 November 2018 dan mengesahkan sumbangan USD 50 juta kerajaan Qatar untuk pelarian Rohingya itu.  

Maka terbukti jelas Zahid tidak terlibat dengan dana itu!

Jadi siapakah yang songlap dana Qatar itu?
[Wan Azizah songlap dana Qatar Development Fund]


Akhirnya kerana desakan netizen dalam media sosial bertalu, Dr Wan Azizah Wan Ismail bekas timbalan perdana menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tampil menjelaskan dana sumbangan AS$50 juta dari Qatar itu yang disalurkan kepada 3 NGO kroni yang diselaraskan oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN)

Wan Azizah menjelaskan bantuan kemanusian daripada Qatar Fund for Development (QFFD) kepada pelarian Rohingya diperuntukkan dalam tiga sektor - kesihatan, pendidikan dan kehidupan berdikari.

"Bagi pelaksanaan sektor kesihatan, satu perjanjian projek telah dimeterai pada 13 September 2019 di antara YKN, Qatar Charity dan tiga buah NGO yang terlibat dalam sektor ini, iaitu Mercy Malaysia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) dan Malaysia Relief Agency (MRA), dengan agensi penyelaras YKN)”.

Perjanjian itu setahun sehingga 12 September 2020 dengan dana USD 5 juta dan disambung setiap tahun selama tiga tahun menjadi USD 15 juta. Mana lagi bakinya USD35 juta?

Majlis Keselamatan Negara (MKN) pula sebagai pengerusi jawatankuasa pemantau yang di Pengerusikan sendiri oleh Dr Wan Azizah selaku TPM. Bermakna semua arahan adalah dari Dr Wan Azizah juga.

Benarkah bantuan dana untuk pelarian Rohingya?

Nampak tak? Banyak persoalan timbul selepas pengakuan Wan Azizah itu. Benarkah sejumlah dana USD50 juta telah disalurkan kepada 3 NGO itu sahaja?

Apa kriteria 3 NGO yang di pilih oleh Yayasan Kebajikan Negara sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu?

Benarkah Yayasan Kebajikan Negara tidak pernah menerima satu sen pun wang Qatar Fund for Development (QFFD)? – Harap Menteri baharu YB Rina Harun mendedahkan dana ini.

Mengapa Dr Wan Azizah memilih Yayasan Kebajikan Negara sebagai penyelaras iaitu agensi bawah kawalannya sendiri? YKN menyelaras bermakna Wan Azizah dan YKN mahu mengawal dana itu.

Siapa CEO Yayasan Kebajikan Negara?

Sebelum Dr Wan Azizah Wan Ismail mengadakan lawatan ke Qatar pada 25 November 2018, Wan Azizah telah melantik Datin Paduka Che Asmah Ibrahim Naib Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (Pendokong Parti PAN) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif YKN mulai 15 November 2018.


Che Asmah Ibrahim juga adalah pejuang Parti Amanah Negara (PAN) 

Di Qatar Wan Azizah telah bersedia menyatakan hasrat mengenai dana USD50 juta itu. CEO YKN pun dah bersedia
Wan Azizah memerlukan seorang CEO YKN yang taat kepadanya bagi menguruskan dana ratusan juta di YKN. Sejak jun 2018 Wan Azizah sudah dimaklumkan oleh Kerajaan Qatar mengenai dana USD50 juta untuk Rohingya itu.

Maka Wan Azizah memilih Datin Paduka Che Asmah Ibrahim sebagai CEO. Ahli Lembaga YKN yang lain ialah Syed Azmi Alhabsi penganjur kontroversi ‘pegang anjing’ dan beberapa pendokong PH.


Umum mengetahui ahli-ahli Pertubuhan IKRAM yang dulu dikenali Jemaah Islamiah Malaysia (JIM) menguasai institusi Pendidikan, persatuan perubatan, kejuruteraan dan badan profesional lain.

Akhirnya YKN menjadi tempat penyalur wang kepada NGO-NGO pro IKRAM di negara ini. Ada baiknya akaun YKN diaudit supaya disemak kerana pasti ada kepentingan Naib Presiden IKRAM menyalurkan dana YKN kepada individu atau NGO kroni IKRAM lain.

Wan Azizah, Che Asmah memilih NGO Kroni.

Begitu banyak pertubuhan, Yayasan termasuk yang punya kaitan dengan Rohingya tetapi Che Asmah memilih NGO Kroni kem IKRAM seperti Mercy Malaysia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) dan Malaysia Relief Agency (MRA).


Siapa tak kenal Mercy Malaysia? sekalipun Mercy sudah menerima beratus juta dana
dari pelbagai pihak.Che Asmah CEO YKN masih tetap memilih geng IKRAM mereka 



Penasihat IMARET ialah Dr Musa Nordin yang kontroversi sekarang 

NGO ketiga ialah MRA..berapakah nilai MRA perolehi?

Che Asmah dalam facebooknya mengesahkan majlis menandatangani dana ini melibatkan 3 NGO sahaja. Malah terdapat klinik yang bukan berasaskan etnik Rohingya dibuka untuk klinik pelarian. Berapakah kos dana disalur kepada Mercy Malaysia, IMARET dan MRA? adakah USD5 juta setiap NGO? Apakah kos yang ditanggung? Dan klinik yang dibuka milik syarikat atau NGO. Semuanya mengenai wang.



Kalau terus apa kriteria pilih 3 NGO yang ramai melihatnya sebagai  kroni ni?



Kelihatannya ia bukan hanya untuk Rohingya sebagaimana dijanjikan lebih awal


Bunyi dana USD50 juta begitu besar tapi tak nampak disalurkan menyeluruh di negara ini. Rohingya masih merempat, Pendidikan terabai, pengotor dan terlibat dengan jenayah.

Wan Azizah selaku Pengerusi MKN mengarahkan Che Asmah CEO YKN untuk memberi dana kepada NGO kroni yang mereka pilih sahaja.

UNHCR di negara ini seolah-olah menjadikan etnik Rohingya sebagai perniagaan di negara ini. Semakin ramai pelarian Rohingya maka semakin banyak dana yang diterima dari penyumbang. Sudah tentu ini sesuatu yang sangat tidak sihat.

Pemecatan CEO Yayasan Kebajikan Negara

Cara Wan Azizah Wan Ismail dan Datin Paduka Che Asmah Ibrahim CEO menguruskan YKN sangat mencurigakan. Ahli Lembaga Pengarahnya juga terdiri daripada kumpulan liberal dan kontroversi. Lantaran itu Datuk Seri Rina binti Mohd Harun Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarat menamatkan Che Asmah CEO YKN yang terlalu totok Wan Azizah dan IKRAM.

YKN mesti dibersihkan daripada anasir IKRAM. Oleh itu Menteri KPWKM melalui suratnya pada 25 Mac 2020 menamatkan khidmat Che Asmah Ibrahim sebagai CEO YKN termasuk beberapa ahli lembaga pengarahnya seperti Syed Azmi Alhabsi.





Jejaka kesayangan PH ini dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Kebajikan Negara..
namun akhirnya dipecat jua

Sekali lagi diharap YB Datuk Seri Rina Harun dapat membuat audit atas segala program YKN dan juga akaunnya. Ke mana dana yang diterima oleh YKN dibelanjakan oleh Wan Azizah Wan Ismail dan Che Asmah Ibrahim itu. Mengenai dana Qatar Fund for Development (QFFD) USD50 juta (RM217 juta) yang diberi kepada 3 NGO diselaras YKN wajar didedahkan kepada umum atau di parlimen. Mengapa 3 NGO itu sahaja. Setakat huraian dalam satu kenyataan media oleh Dr Wan Azizah yang disokong oleh Che Asmah adalah sesuatu yang tidak mencukupi.

Kelihatanya Dana ini tidak pernah disampaikan terus kepada Pelarian Rohingya.....







Comments

Popular posts from this blog

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem Sarawak for Sarawakians (S4S) official spokesman Shaow Tung Leong (The Star) – Police have called up seven members of the Sarawak for Sarawakians (S4S) activist group who did not stand up for the national anthem, as seen in a video clip which has gone viral on social media. State deputy commissioner of police DCP Datuk Dev Kumar said a police report on the incident was lodged on Monday (Sept 30). “Based on the report, we have commenced investigations under Section 8(3) of the National Anthem Act 1968,” he said. Under Section 8, anyone who knowingly shows disrespect to the national anthem in a public place can be fined up to RM100 or jailed not more than one month. S4S spokesman Shaow Tung Leong, who was among those called up by police over the incident, said their action was a “silent protest” against the Federal Government’s “unfair” treatment of Sarawak. “We did not stand up because we feel d...

Perlembagaan benarkan Agong singkir PM, kata peguam

SHAH ALAM: Peguam kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan adalah salah untuk berkata Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa menyingkir Perdana Menteri. Malah, undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dengan jelasnya menyatakan, “kuasa melantik termasuk kuasa untuk menolak,” kata Mohamed Haniff Khatri Abdulla. “Ada pihak mempersoal kuasa Agong terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak). Bagi saya, jawapannya ada dalam perlembagaan. “Perkara 40 (2) (a) menyatakan Agong boleh bertindak menurut budi bicara dalam pelantikan Perdana Menteri. Ia tidak menyentuh soal kuasa memecat Perdana Menteri. “Tetapi dalam Seksyen 29 Jadual ke-11, undang-undang bertulis menyatakan bagi individu atau pihak yang diberi kuasa membuat pelantikan ke mana-mana pejabat, kuasa yang sama hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk kuasa untuk membuang kerja atau menggantung individu yang dilantik dan melantik orang lain buat sementara bagi menggantikan indivi...

Penghantaran Helicopter dibeli era BN dihalang, alasan ada penyelwengan

Menteri Pertahanan kitalah iaitu YB  mat Sabu yang mengarahkan agar penyerahan helikopter penyerang MD-530G kepada ATM ditangguhkan atas alasan untuk menyiasat penyelewengan walaupun pesawat yang ditempah telah pun siap. RM301 JUTA SUDAH DIBAYAR HELIKOPTER MD-530G TIDAK DITERIMA Begitulah tajuk pemberitaan FMT yang berterusan  membawa agenda dajal dalam usaha menghasut rakyat dengan fitnah terhadap kerajaan terdahulu serta oleh media utama pro PH yang lain dan turut dikongsi oleh RBA RBA dan barua 3K mereka Dengan status panjangnya 10 perkataan  atau dengan hanya share tajuk seperti yg dilapor FMT kebanyakan mahacai dan RBA sudah faham segala gala,  walau pun kami penyokong UMNO hampir satu jam satu satu artikel dibaca semata mata mahu memahami satu satu isu agar ia tidak bias dalam pemahaman kami selaku rakyat Malaysia. Hamba politik PH serta BARUA BARUANYA bertungkus lumus untuk mengekalkan kuasa politik mereka pada PRU 15 sanggup berbuat apa saja terma...