Skip to main content

KPN tuntut hukuman maksimum ke atas pemandu mabuk

SERDANG: Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador, menuntut hukuman maksimum terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan nahas mengorbankan seorang anggota polis di sekatan jalan raya Op COVID-19 dekat Plaza Tol Kajang Selatan, awal pagi tadi.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati kemalangan itu berpunca daripada tindakan pemandu terbabit yang cuai dan dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol.

"Tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemandu berkenaan. Saya berharap, dia akan dikenakan hukuman maksimum atas perbuatannya sebagai pengajaran supaya tidak berulang lagi.

"Ada segelintir individu yang tidak menghiraukan langsung keselamatan pengguna dan petugas di jalan raya. Harus diketahui bahawa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua pergerakan dihadkan.

"Namun, ada lagi yang sempat mengambil minuman keras dan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kemalangan maut. Itu adalah jelas satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meluangkan masa kira-kira sejam untuk menziarahi jenazah Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail, di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang di sini.
Koperal Safwan, 31, terkorban selepas sebuah pacuan empat roda merempuh sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) pada jam 2.11 pagi ini.
Abdul Hamid menyifatkan nahas yang mengorbankan anggota polis terbabit sebagai yang amat memilukan.
Katanya, beliau difahamkan yang arwah adalah seorang yang cukup baik dan tergolong dalam kalangan anggota polis yang berprestasi tinggi.
"Saya difahamkan arwah mempunyai sembilan adik beradik adalah seorang pendiam. Malah, ada di antara ahli keluarga arwah iaitu bapanya juga bekas komander di S69 di Ulu Kinta, Perak dan sudah tiga tahun bersara.
"Kejadian yang berlaku ketika bulan Ramadan ini amat memilukan hati. Saya rasa sedih apabila pada awal pagi tadi dikejutkan dengan berita berlaku kemalangan ini yang tidak sepatutnya berlaku dan anggap ini sebagai takdir," katanya.


Comments

Popular posts from this blog

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Laporan lengkap Tragedi 13 Mei oleh MAGERAN

Laporan lengkap Tragedi 13 Mei oleh MAGERAN Portal Malaysiakini telah menerbitkan artikel mengenai peristiwa 13 Mei dari sumber, dan beberapa wawancara. Ada beberapa perkara penting yang tidak disebutkan dalam artikel tersebut, yang kami rasakan perlu dibaca oleh setiap warga. Untuk makluman pembaca, perkara penting tersebut diceritakan dengan terperinci dalam Laporan Tragedi 13 Mei yang disediakan oleh Tun Abdul Razak, Pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran) ketika itu. Berikut merupakan kata-kata pendahuluan oleh beliau dalam laporan tersebut: Laporan penuh ada di bahagian bawah Oleh : Tun Abdul Razak Hari 13 Mei 1969 akan tercatit di dalam sejarah kita sebagai hari tragedi nasional. Pada hari itu asas perdirian Negara kita telah menerima paluan yang sehebat-hebatnya pernah dialami dengan meletusnya rusuhan antara kaum. Mujur lah Kerajaan telah mengambil tindakan yang segera dan tegas, dibantu dengan setianya oleh pihak Tentera dan Polis, maka dapatlah pihak berkuasa mengawal k...