Skip to main content

Hina Agong: Laporan polis dibuat terhadap Xavier


Kuala Lumpur, 19 Mei: PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Wangsa Maju membuat laporan polis ke atas ahli parlimen PKR Kuala Langat Datuk Dr Xavier Jayakumar susulan kenyataan video beliau yang tular di media sosial yang menyifatkan persidangan parlimen semalam sebagai sampah dan tidak berguna.

Ketuanya, Mohammed Ridzal Kamal Ghazalee berkata, kenyataan bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu adalah satu penghinaan kepada institusi diraja di negara ini dan tidak wajar mana-mana ahli politik mempertikaikan keputusan untuk parlimen bersidang seperti yang berlangsung semalam, lapor Harian Metro.

Katanya, penjelasan Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah mengenai krisis politik yang berlaku adalah amat jelas dan perlu dihormati oleh semua ahli dewan rakyat.



“Tindakan Dr Xavier jelas menunjukkan yang beliau bukan saja menghina sistem Raja Berperlembagaan di negara ini malahan mempersoalkan keputusan Yang di-Pertuan Agong yang berkenan memilih pucuk pimpinan Perikatan Nasional (PN) dibawah pentadbiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Pakatan Harapan (PH) yang kini berada di blok pembangkang dalam sidang dewan rakyat di parlimen perlu menerima hakikat sekali gus meraikan demokrasi sebagai yang diamalkan sejak sekian lama di negara ini,”
Semalam, Buletin TTKM melaporkan petikan kenyataan Dr Xavier menerusi menerusi satu video yang menyifatkan persidangan parlimen sebagai sampah dan tidak berguna.
“..but this government, today, this parliament will be rubbish, this parliament this sitting will be worthless. We are going to be there for only one hour, to just to hear YDP Agong speech and after that we are told to go back home.” – Dr Xavier Jayakumar.
Terjemahan:
“..tetapi kerajaan ini, hari ini, parlimen ini akan jadi sampah, sidang parlimen ini akan jadi tidak berguna. Kami akan berada di sana cuma satu jam, untuk mendengar titah Yang Di Pertuan Agong dan selepas itu kami diberitahu untuk pulang ke rumah”
Kerana menerima kec@man teruk dari warga net, Dr Xavier kemudian berkongsikan terjemahan transkrip ucapan beliau.
tangkap layar1

Walau bagaimanapun, transkrip tersebut tidak menyertakan perkataan s@mpah(rubb1sh) yang diucapkan beliau, sebaliknya ia ditukarkan kepada ‘tidak berjalan seperti biasa’. Manakala perkataan ‘worthless’ diterjemahkan kepada ‘telah hilang maknanya’ dengan menambah ayat hanya untuk formaliti’. Tidak cukup dengan itu, terdapat juga ayat yang tidak diucapkan beliau turut disertakan dalam transkrip iaitu “Persidangan parlimen ini tidak dapat menjalankan fungsinya.” Selain itu, perkataan l@nun  pula diterjemahkan kepada peny@ngak.

Transkrip asal dalam bahasa inggeris #1:

“but this government, today, this parliament will be rubbish” 
Terjemahan Friends of Dr Xavier:
kerajaan telah memastikan persidangan Parlimen pada hari ini tidak berjalan seperti biasa”

Transkrip asal dalam bahasa inggeris #2:

“this parliament, this sitting will be worthless.”
Terjemahan Friends of Dr Xavier:
“Persidangan” Parlimen ini telah hilang maknanya, dan hanya untuk formaliti. Persidangan parlimen ini tidak dapat menjalankan fungsinya.”

Transkrip asal dalam bahasa inggeris #3:

“This charade being played by a bunch of tr@itors and pir@tes.” 
Terjemahan Friends of Dr Xavier:
Ini adalah perkara yang dipermainkan oleh pengkhi@nat dan peny@ngak”




4 (1)

Pendapatan Xavier sebagai menteri dan ahli parlimen kerajaan PH dulu adalah RM53k sebulan.

iadakan semalam hanya mengandungi Titah Diraja saja sebagai urusan mesyuarat manakala sesi perbahasan seterusnya akan diadakan pada bulan Julai.

Comments

Popular posts from this blog

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem Sarawak for Sarawakians (S4S) official spokesman Shaow Tung Leong (The Star) – Police have called up seven members of the Sarawak for Sarawakians (S4S) activist group who did not stand up for the national anthem, as seen in a video clip which has gone viral on social media. State deputy commissioner of police DCP Datuk Dev Kumar said a police report on the incident was lodged on Monday (Sept 30). “Based on the report, we have commenced investigations under Section 8(3) of the National Anthem Act 1968,” he said. Under Section 8, anyone who knowingly shows disrespect to the national anthem in a public place can be fined up to RM100 or jailed not more than one month. S4S spokesman Shaow Tung Leong, who was among those called up by police over the incident, said their action was a “silent protest” against the Federal Government’s “unfair” treatment of Sarawak. “We did not stand up because we feel d...

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

Perlembagaan benarkan Agong singkir PM, kata peguam

SHAH ALAM: Peguam kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan adalah salah untuk berkata Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa menyingkir Perdana Menteri. Malah, undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dengan jelasnya menyatakan, “kuasa melantik termasuk kuasa untuk menolak,” kata Mohamed Haniff Khatri Abdulla. “Ada pihak mempersoal kuasa Agong terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak). Bagi saya, jawapannya ada dalam perlembagaan. “Perkara 40 (2) (a) menyatakan Agong boleh bertindak menurut budi bicara dalam pelantikan Perdana Menteri. Ia tidak menyentuh soal kuasa memecat Perdana Menteri. “Tetapi dalam Seksyen 29 Jadual ke-11, undang-undang bertulis menyatakan bagi individu atau pihak yang diberi kuasa membuat pelantikan ke mana-mana pejabat, kuasa yang sama hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk kuasa untuk membuang kerja atau menggantung individu yang dilantik dan melantik orang lain buat sementara bagi menggantikan indivi...