Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2020

Pengerusi Bersatu: Mahkamah tolak permohonan Mahathir

Minda Syed Ali Alhabshee BERSATU: Mahathir kalah kepada Muhyiddin 1. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru saja pagi tadi menolak permohonan ad interim Tun Dr Mahathir Mohamad untuk status quo bahawa dia masih Pengerusi dan ahli BERSATU. Juga ditolak permohonan anaknya Mukhriz dan konco-konconya yang lain. 2. Maka jelaslah hari ini semua mereka bukan ahli BERSATU. Mereka sudah tidak ada jawatan dalam parti. Tidak ada jawatan dalam kerajaan. Tidak ada apa-apa. 3. Hari ini Dr Mahathir tewas kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin. Ini bukan saya kata. Ini mahkamah yang kata. Pastilah peguam Dr Mahathr, peguam Haniff Khatri akan temberang kata ini belum muktamad. Ini sementara sehingga pendengaran penuh pada 9/7/20. 4. Tapi inilah petanda satu lagi kejatuhan Dr Mahathir. Satu lagi kesilapan dari siri kesilapan-kesilapan yg panjang kebelakangan ini. Petanda pengakhiran Dr Mahathir. 5. Hal ini pernah diramalkan oleh almarhum Ustaz Fadzil Noor bekas Presiden PAS. Juga sama ...

Mujahid lelong aset Tabung Haji?

Kekanda sekali lagi tonjolkan skill tai-chi dia. Dia tak nafi surat Tabung Haji kepada Kementerian Kewangan pada bulan Disember 2019 yang saya bocorkan hari itu. Dia tak nafi semua perabot dan kelengkapan 5 buah hotel TH dijual dengan harga RM10,000 sahaja. Dia tak nafi dia telah luluskan Kementerian Kewangan untuk lelong 18 buah hartanah milik TH termasuk 5 buah hotel TH. https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157132629720952 Dia kata langkah ini telah selamatkan TH dari beban krisis Covid. Sebab skill tai-chi dia begitu tinggi maka dia dah lama tahu krisis Covid akan melanda Malaysia setahun kemudian. Sebab itu PH jual hotel-hotel TH dan hartanah mereka sebelum wabak Covid melanda. Biarpun lokasi semua hotel-hotel TH adalah amat strategik. Dekat dengan airport dan nilai hartanah akan terus meningkat. Biarpun juga antara matlamat utama TH memilik hotel-hotel tersebut ialah untuk kemudahan umat Islam seluruh negara melaksanakan ibadah Haji.  Lalu dia mas...

Menyemai kebencian melalui fitnah

Beginilah mudahnya puak-puak ini menyebarkan fitnah. Dengan hanya memuat naik satu berita palsu, ia menyebabkan seluruh rakyat diajak untukmmembenci pihak kerajaan atau golongan tertentu. Betul-betul macam sial punya tabiat. Perangai yang sangat hawau. I went and commented in Low Jolene’s thread asking her why she share fake news. Now that profile is off. Probably because PDRM is looking for her.

Netizen Cina hina Agong, tuduh ‘berlakon’ makan roti tempayan

Tingkah laku Netizen Cina di laman sosial Facebook bagai tidak mengenal erti keinsafan dan rasa hormat apabila terus-menerus mengeluarkan komen berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Terbaharu, dalam laman Facebook akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily yang memaparkan berita Agong berkenan mencemar duli bersantap di sebuah kedai roti tempayan Isnin lalu, mengundang komen kurang enak dalam kalangan pembacanya. Di ruangan komen Facebook Sin Chew Daily, segelintir netizen Cina mendakwa Agong hanya berlakon untuk menjadi ‘mesra rakyat’. Salah seorang pengguna dengan nama, Fei Hong Fei Hong berkata: “Macam berlakon” Sementara Kang Choon Gin juga turut senada dan berkata: “Alamak! Awak keluar untuk berlakon lagi” Manakala seorang lagi pengguna dengan nama Benny Loo LG mempersoalkan sama ada tindakan Agong bersantap di kedai roti tempayan itu sebagai perbuatan menunjuk-nunjuk. “Show Off? (Menunjuk-nunjuk?),” k...

Mahathir hina mahkamah: Tan Sri Dzulkifli Ahmad

KUALA LUMPUR - Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menentukan nasib enam wakil rakyat UMNO daripada hukuman penjara disifatkan sebagai menghina mahkamah. Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, kenyataan Dr Mahathir turut disifatkan sebagai satu penghinaan kepada hakim-hakim yang menghakimi kes-kes berkenaan. Menurutnya, hanya mahkamah yang mempunyai kuasa untuk membebaskan tertuduh. "Kenyataan mengatakan bahawa PM 'Muhyiddin akan tentukan enam orang wakil rakyat akan didapati tidak bersalah' adalah kenyataan menghina mahkamah. Penghinaan kepada hakim yang menghakimi kes-kes itu!" katanya menerusi ciapan dalam laman Twitter peribadi beliau semalam. Semalam, Sinar Harian melaporkan kenyataan Dr Mahathir mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin akan tumbang sekiranya enam ahli Parlimen UMNO yang kini sedang dibicarakan...

PANDIKAR MAHU HIDUPKAN SEMULA PARTI AKAR?

Tan Sri Pandikar Amin Mulia sedang merancang untuk menghidupkan kembali Angkatan Keadilan Rakyat Bersatu atau Parti Akar dan kembali aktif berpolitik. Pemimpin politik veteran ini pernah dikatakan mahu menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau mengambil alih USNO dan ada juga corat-coret yang mengatakan beliau mahu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah. Namun semua cerita tersebut dinafikan oleh beliau dan ternyata, beliau tidak menyertai salah satu daripada tiga parti berkenaan. “Saya akan mengetuai parti tempatan. Saya akan hidupkan kembali Akar dengan barisan kepimpinan baharu. “Kebanyakannya terdiri daripada pemimpin muda manakala baki 30 peratus adalah pemimpin yang berpengalaman. Sekarang tunggu pengumuman,” katanya ketika ditanya sama ada beliau mahu mendaftar semula Akar. Pada tahun 2001, Pandikar telah membubarkan Akar yang merupakan komponen Barisan Nasional (BN) ketika itu untuk membolehkan ahli-ahlinya menyertai UMNO. Akar telah ditubuh...

Perjumpaan pemimpin PH, Warisan tanpa wakil PKR

Dr Mahathir Mohamad bertemu dengan beberapa pemimpin Pakatan Harapan tengah hari tadi. Bagaimanapun, tiada kelibat pemimpin PKR dilihat dalam pertemuan tersebut. Pembantu bekas perdana menteri Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin berkongsi gambar pertemuan itu di Facebook. "Hari ini Tun (Dr Mahathir) meeting Pakatan Harapan plus (Bersatu Tun M dan Warisan) bersama, lepas itu (Ahli Parlimen Sri Gading) YB Shahruddin Salleh datang mengejut jumpa Tun M lepas umum letak jawatan," katanya. Hantaran Adam itu disertai tanda pagar #KembalikanPilihanMajoriti. Kelihatan di dalam gambar ialah Dr Mahathir, timbalan presiden Bersatu yang dipertikaikan Mukhriz Mahathir, Marzuki Yahaya yang mengaku masih setiausaha agung parti itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Presiden Warisan Shafie Apdal, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke. Ditanya mengenai ketidakhadiran pemimpin PKR pada pertemuan itu, setiausaha agung parti Saifuddin Nasution enggan m...

Tommy Thomas dan Lim Guan Eng Terlibat Rasuah?

Laporan salahguna kuasa ke atas Lim Guan Eng dan Tommy Thomas Berhubung akaun-akaun bank taikun developer yang dibeku SPRM Guan Eng telah jeratkan diri sendiri dan Tommy kali ini. Semalam, Guan Eng nafi dia telah salah gunakan kuasa tapi dia mengesahkan dia pernah hantar surat kepada Tommy berhubung akaun-akaun bank taikun developer yang dibeku SPRM. Guan Eng kata dia hanya rujuk perkara ini kepada Tommy kerana ini di bawah bidang kuasa Tommy masa itu. Agaknya apa yang Guan Eng tulis kepada Tommy semasa dia "rujuk" permintaan itu? "Untuk rujukan Tuan Tommy", "untuk perhatian Tuan" atau "untuk tindakan lanjut Tuan"? Ketiga-tiga itu pun salah kerana langkah yang betul sepatunya ialah surat representasi dari peguam Taikun kepada Tommy seperti dalam kes Riza Aziz dan kes banglo Guan Eng. Guan Eng bukan peguam dan dia semestinya bukan peguam bagi Taikun tersebut. Dia juga bukan opis boy yang tugasnya untuk forward surat taikun kepad...