Sibuk sidang media serang peribadi orang Nampaknya orang Melayu kena menyahut dengan berani tentang keputusan Lim untuk terus menyerang Dato Seri Najib. Orang Melayu perlu segera mengembeling tenaga untuk menyerang semula Lim Guan Eng dengan fakta. Orang Melayu perlu bersatu untuk mengembalikan maruah orang Melayu yang diinjak dengan rakus dan ganas oleh Lim Guan Eng dan konco-konconya. Sudah tiba masanya orang Melayu bersatu padu dan menghantar segala senjata serangan untuk menyedarkan Lim Guan Eng bahawa dia mengistiharkan perang ke atas orang Melayu dan bukan ke atas DS Najib. Kita kena maklumkan Lim Guan Eng untuk menyelesai masalah ekonomi negara termasukmemulihkan nilai ringgit yang merudum. Bukan menyibuk untuk menghadap media dan menyerang bekas Perdana Menteri. Bursa saham negara jatuh, harga barang naik, kos kehidupan meningkat, cukai SST membebankan. Harga minyak tinggi. Itu apa yang perlu Lim Guan Eng selesaikan. Bukan main FB, Instagram, tweete...