Skip to main content

Hibah 1.25%: DS Najib sekolahkan Ustaz PAN, Ustaz Zaharuddin

DS Najib 'sekolahkan Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman  kenapa hibah Tabung Haji sangat rendah?



Najib 'sekolahkan' Ustaz Wahabi PAN

PH tidak perlu berusaha dan bersusah payah menyalahkan BN dan patut terimalah kenyataan bahawa sebab utama Hibah TH adalah paling rendah dalam sejarah untuk tahun 2018 ialah ekonomi negara dan Bursa Malaysia telah jatuh teruk selepas PRU14.

Portal MalaysiaKini memaparkan satu artikel bertajuk "Kenapa hibah Tabung Haji sangat rendah?".
Penulis (Zaharuddin Abd Rahman) menyenaraikan beberapa penyebab.

Penulis memberi beberapa "bukti" kes-kes yang membawa kerugian seperti arahan untuk tidak menjual saham FGV sehingga kerugian RM1.1 bilion, TH menyelamatkan Ramunia Holdings sehingga kerugian RM670 juta dan TH membeli 30 peratus pemilikan dalam syarikat Putrajaya Perdana Berhad melibatkan kerugian RM144 juta.

* FGV dibeli pada tahun 2012 iaitu 6 tahun dahulu. Kejatuhan nilai ataupun kerugian akan dinilai pada akhir setiap tahun dan telahpun diambil kira apabila mengira pemberian Hibah untuk setiap tahun-tahun itu - bukan hanya pada tahun 2018 sahaja.

Lagipun, FGV memberi dividen setiap tahun kerana mencatatkan keuntungan untuk tiap-tiap tahun sebelum tahun 2018. Akan tetapi, FGV mencatat kerugian untuk kali pertama pada tahun 2018 akibat kejatuhan harga sawit.

* Ramunia pula dibeli oleh TH pada tahun 2006. Seperti FGV, kerugian ataupun susut nilai Ramunia juga telah diambil kira untuk tahun-tahun sebelumnya.

* Begitu juga dengan Putrajaya Perdana yang juga membayar dividen sejak dibeli pada tahun 2014.

PH tidak perlu berusaha dan bersusah payah menyalahkan BN dan patut terimalah kenyataan bahawa sebab utama Hibah TH adalah paling rendah dalam sejarah untuk tahun 2018 ialah ekonomi negara dan Bursa Malaysia telah jatuh teruk selepas PRU14.

Oleh itu, tidak benar bahawa ketiga-tiga pelaburan di atas adalah sebab yang besar untuk Hibah tahun 2018 kerana pelaburan-pelaburan di atas sudah wujud sejak bertahun-tahun dahulu dan TH tetap membayar Hibah yang tinggi pada tahun-tahun berkenaan.


Sebarang tabung pelaburan akan ada pelaburan yang untung dan akan yang rugi. Ini fakta tak boleh disangkal.

Yang penting ialah pelaburan yang meraih keuntungan adalah lebih banyak dari pelaburan yang rugi.

Tetapi, jika hampir semua pelaburan-pelaburan TH jatuh nilai pada masa yang sama seperti yang berlaku tahun lepas apabila Bursa Malaysia turun 200 mata selepas PRU14, maka TH tentu akan menerima kesan.



Penulis juga menyebut program Yayasan Tabung Haji (YTH) 2017, di mana dana berjumlah lebih daripada RM22 juta telah dikeluarkan untuk aktiviti yang mempunyai kecenderungan politik.

Yayasan Tabung Haji bukan Tabung Haji. Wang RM22 juta yang disebut itu bukan semua dari TH juga.

Dana berjumlah RM22 juta itu bukanlah wang penabung (pendeposit TH). Ia adalah zakat hasil keuntungan pelaburan TH sebanyak RM7 juta dan selebihnya adalah duit sumbangan UMNO, Kerajaan Persekutuan dan syarikat yang tidak pernah berniaga dengan TH untuk menjalankan aktiviti bulan Ramadan pada 2017.

Program YTH yang dimaksudkan termasuklah program membantu golongan fakir miskin, orang kurang upaya (OKU), serta ibu tunggal seluruh negara menerusi program ‘Ziarah Kasih’, ‘Jom Bantu Rakyat’, dan ‘Ziarah Kasih Ramadan’ selama setahun.

Oleh itu, bagaimana pula RM7 juta duit zakat TH boleh mengakibatkan TH hanya mampu membayar Hibah 1.25%?

Penulis juga memberi satu lagi sebab iaitu laporan polis ke atas beberapa pengurusan TH yang lalu berhubung dengan salah nyata dan penyembunyian maklumat penting yang melibatkan penjualan saham TH dalam tahun 2012 sebanyak 95 peratus dalam PT TH Indo Plantations yang dipegang oleh dua anak syarikatnya, iaitu TH Indopalms Sdn Bhd (THI) dan TH Indo Industries Sdn Bhd (THII) kepada PT Borneo Pacific (PT Borneo) dengan harga AS$910 juta (RM 3.7 billion).

Pertama, bagaimana pula laporan tahun 2012 boleh memberi kesan kepada Hibah tahun 2018?

Kedua, laporan polis itu ialah di atas dakwaan penyembunyian maklumat dan bukan kerana TH mengalami kerugian kerana tindakan ini.

Ketiga, penjualan syarikat-syarikat itu tidak menyebabkan TH rugi tetapi memberi keuntungan RM873 juta.

Sekali lagi, ini bukan satu sebab Hibah tahun 2018 rendah.

Lagipun, dua dari tiga laporan polis yang dipetik oleh penulis dibuat pada bulan November 2018 - iaitu 6 bulan dahulu manakala satu lagi ialah pada 3 bulan dahulu.

Sehingga kini, tidak ada sebarang dakwaan ataupun apa-apa kesalahan telah dibuktikan walaupun laporan polis telah lama dibuat.

Kalau setakat nak buat laporan polis sahaja bukan satu perkara yang susah atau membuktikan adanya kesalahan telah dilakukan.

Penulis akhirnya memberi sebab politik ekonomi dalam dan luar negara sebagai penyumbang kepada kerugian TH untuk tahun 2018.

Tetapi sebab-sebab yang diberi oleh beliau mengapa pasaran saham dan ekonomi negara menjunam selepas PRU14 tidak begitu logik.

Antaranya ialah simpanan persekutuan atau Federal Reserve Amerika Syarikat menaikkan kadar faedahnya pada tahun 2018.

Sebenarnya, Amerika Syarikat sudah mula menaikkan kadar faedahnya sejak tahun 2016 selepas tamatnya program Quantiative Easing mereka.

Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah pada tiap-tiap tahun sejak tahun 2016 tetapi indeks Bursa Malaysia masih meningkat dan akibat itu, TH tetap memberi Hibah yang tinggi.

Begitu juga dengan sebab "Brexit" yang diberi oleh penulis. Isu "Brexit telah bermula pada tahun 2016 - bukan pada tahun 2018.

Boleh dikatakan bahawa impak Brexit kepada pasaran saham Malaysia adalah paling tinggi pada tahun 2016 tetapi ini bukan penghalang kepada TH memberi Hibah.

Apa yang tidak disebut oleh penulis ialah pada tahun 2017, indeks Bursa Malaysia meningkat 200 mata manakala pertumbuhan KDNK untuk tahun itu ialah 5.9%.

Tetapi Bursa Saham Malaysia jatuh 200 mata pada tahun 2018 dan menyebabkan kehilangan nilai RM270 bilion dalam pasaran saham Malaysia menakala pertumbuhan ekonomi kita jatuh kepada 4.7% pada ketika harga sawit juga jatuh teruk.

Itulah yang menyebabkan prestasi TH merosot teruk pada tahun 2018.

Satu contoh yang baik ialah syarikat TH Plantations Berhad yang merupakan antara pelaburan terbesar Tabung Haji.

TH Plantations mencatat kerugian RM678 juta pada tahun 2018 berbanding keuntungan RM61 juta pada tahun 2017.

Oleh itu, Tabung Haji tidak dapat sebarang dividen dari TH Plantation untuk tahun 2018 berbanding dividen 3.60 sen setiap saham pada tahun 2017.

Pada tempoh yang sama juga, harga saham TH Plantations jatuh dari RM1.15 pada akhir tahun 2017 kepada 48 sen pada akhir tahun 2018.

Ini juga telah memberi kerugian besar kepada Tabung Haji pada tahun lepas.

Pada pendapat saya, PH tidak perlu berusaha dan bersusah payah lagi untuk menyalahkan BN dan patut terimalah kenyataan bahawa sebab utama Hibah TH adalah paling rendah dalam sejarah untuk tahun 2018 ialah ekonomi negara dan Bursa Malaysia telah jatuh teruk selepas PRU14.

Lihatlah link dari Bloomberg ini: 


- Najib Razak



Nota- Ada baiknya Ustaz Zaharuddin Abd Rahman wahabi PAN ini meneruskan usahanya mengajar menteri PH yang kini pemimpin Parti PAN itu dari menulis perkara yang salah mengenai TH. Nasihat mengenai riba dan sebagainya. Tak mungkin dah PAN jadi kerajaan dah suci.


Tulisan menegur PH tu dah tak ada ke?



Pelaburan macam ini Ustaz Zaharuddin subahat ke? tak mahu ke haramkan pelaburan emas ni?

Baca Sumber di sini. Terima kasih

Comments

Popular posts from this blog

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem Sarawak for Sarawakians (S4S) official spokesman Shaow Tung Leong (The Star) – Police have called up seven members of the Sarawak for Sarawakians (S4S) activist group who did not stand up for the national anthem, as seen in a video clip which has gone viral on social media. State deputy commissioner of police DCP Datuk Dev Kumar said a police report on the incident was lodged on Monday (Sept 30). “Based on the report, we have commenced investigations under Section 8(3) of the National Anthem Act 1968,” he said. Under Section 8, anyone who knowingly shows disrespect to the national anthem in a public place can be fined up to RM100 or jailed not more than one month. S4S spokesman Shaow Tung Leong, who was among those called up by police over the incident, said their action was a “silent protest” against the Federal Government’s “unfair” treatment of Sarawak. “We did not stand up because we feel d...

Perlembagaan benarkan Agong singkir PM, kata peguam

SHAH ALAM: Peguam kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan adalah salah untuk berkata Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa menyingkir Perdana Menteri. Malah, undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dengan jelasnya menyatakan, “kuasa melantik termasuk kuasa untuk menolak,” kata Mohamed Haniff Khatri Abdulla. “Ada pihak mempersoal kuasa Agong terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak). Bagi saya, jawapannya ada dalam perlembagaan. “Perkara 40 (2) (a) menyatakan Agong boleh bertindak menurut budi bicara dalam pelantikan Perdana Menteri. Ia tidak menyentuh soal kuasa memecat Perdana Menteri. “Tetapi dalam Seksyen 29 Jadual ke-11, undang-undang bertulis menyatakan bagi individu atau pihak yang diberi kuasa membuat pelantikan ke mana-mana pejabat, kuasa yang sama hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk kuasa untuk membuang kerja atau menggantung individu yang dilantik dan melantik orang lain buat sementara bagi menggantikan indivi...

Penghantaran Helicopter dibeli era BN dihalang, alasan ada penyelwengan

Menteri Pertahanan kitalah iaitu YB  mat Sabu yang mengarahkan agar penyerahan helikopter penyerang MD-530G kepada ATM ditangguhkan atas alasan untuk menyiasat penyelewengan walaupun pesawat yang ditempah telah pun siap. RM301 JUTA SUDAH DIBAYAR HELIKOPTER MD-530G TIDAK DITERIMA Begitulah tajuk pemberitaan FMT yang berterusan  membawa agenda dajal dalam usaha menghasut rakyat dengan fitnah terhadap kerajaan terdahulu serta oleh media utama pro PH yang lain dan turut dikongsi oleh RBA RBA dan barua 3K mereka Dengan status panjangnya 10 perkataan  atau dengan hanya share tajuk seperti yg dilapor FMT kebanyakan mahacai dan RBA sudah faham segala gala,  walau pun kami penyokong UMNO hampir satu jam satu satu artikel dibaca semata mata mahu memahami satu satu isu agar ia tidak bias dalam pemahaman kami selaku rakyat Malaysia. Hamba politik PH serta BARUA BARUANYA bertungkus lumus untuk mengekalkan kuasa politik mereka pada PRU 15 sanggup berbuat apa saja terma...