Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

NFC sudah ada pembeli baharu sedia bayar baki pinjaman

National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) sudah mempunyai pembeli baharu sejak 25 Oktober tahun lalu yang bersedia untuk membayar balik sepenuhnya baki pinjaman NFC dalam masa tiga bulan daripada persetujuan kerajaan untuk penstrukturan semula NFC. Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, berkata pihak NFC masih menunggu persetujuan kerajaan. “Pihak pembeli baharu syarikat NFC sudah bersetuju untuk mengangkat penuh tanggungan liabiliti pinjaman asal NFC dan bersedia untuk membuat pembayaran penuh terhadap jumlah baki pinjaman sebenar dengan pihak kerajaan. “Hasrat ini sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui surat bertarikh 21 November 2018,” katanya dalam kenyataan merujuk kepada kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng, hari ini. Dalam kenyataannya itu, Guan Eng berkata NFC belum melunaskan hutang pinjaman dengan kerajaan berjumlah RM254 juta termasuk faedah dan faedah lewat setakat 30 April 2019 dan kerajaan mahu menuntu...

‘Don’t speak in Chinese when other Msians are around’

‘Don’t speak in Chinese when other Msians are around’ A young lawyer, Lim Wei Jiet, caught the attention of Twitterjaya over the weekend. This after he tweeted that he personally hated it when people speak in their mother tongue while in the presence of other people who may not understand. [Baca sumber di sini]

'Menjerit kat speaker 5 kali sehari macam orang gila'

'Menjerit kat speaker 5 kali sehari macam orang gila'  Tular ketika ini, status seorang lelaki yang telah menghina seruan azan mengundang kecaman netizen. Tetapi lelaki berkenaan yang dikatakan seorang ejen hartanah tidak mengaku salah. Dia mendakwa akaun Facebooknya telah digodam. Bukan sahaja statusnya tular, bahkan beberapa keping gambarnya berserta nombor telefon menjadi perhatian netizen. Netizen mengharapkan kes lelaki ini segera mendapat perhatian pihak yang berwajib kerana telah menghina Islam. ISSHH rimas la dengar orang memekak pakai speaker 5 kali sehari. Orang nak tidur la wei. Ni bukan tahun 600-an, orang tak ada kerja, perang je kerjanya, bunuh sana, bunuh sini, kena bunuh. Dulu tahun 600-an tak ada pun mikrofon dan speaker, jalan jugak hidup. Kalau plan nak memekak, nak jadi kan kita pun turut ikut, lupakan saja. Dulu masa kecil, nightmare wei, seram, sumpah. Takut dengar orang menjerit macam kena sawan babi. Masa kecil korang tak pernah nightmare ke...

Isu Panas Matrikulasi; Prof. Dr Ridhuan Tee minta Ramasamy DIAM atau belajar semula sejarah serta Perlembagaan Negara

Isu Panas Matrikulasi; Prof. Dr Ridhuan Tee minta Ramasamy DIAM atau belajar semula sejarah serta Perlembagaan Negara Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy dinasihatkan supaya diam jika tidak tahu, atau belajar semula sejarah serta Perlembagaan Negara, sebelum mengulas sesuatu isu membabitkan Melayu dan hak keistimewaan Bumiputera. “Perkara asal sebegini kamu tidak faham, bagaimana nak menjaga rakyat Pulau Pinang, kata pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah selepas Ramasamy mempertikai tindakan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengekalkan kuota Bumiputera untuk program matrikulasi. Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu mengingatkan mengenai sejarah dan Perlembagaan dan menyifatkan isu Bumiputera adalah perkara biasa yang sepatutnya difahami oleh bukan Melayu seperti Ramasamy. “Jika tidak faham mari saya ajarkan. Aspek kuota kaum untuk kemasukan program matrikulasi dengan ketidakadilan ke atas golongan Melayu dalam memohon pekerjaan di sekt...

DAP Tak Terlibat 13 Mei: Mahu Tipu Siapa?

DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF, HARAKAH Tulisan Ketua Pemuda DAP (DAPSY) merangkap Ahli EXCO Kerajaan Perak, Howard Lee, dalam portal berita Malaysia Kini bertajuk “Adakah PAS Mahu Tutup ‘Bangkai Gajah’ Guna Isu 13 Mei?” adalah jelas satu cubaan untuk menipu rakyat dan memesongkan sejarah negara. Di dalamnya, Howard Lee menggunakan Kertas Putih Kerajaan bertarikh 9 Oktober 1969, dengan judul penuhnya adalah “The May 13 Tragedy: A Report, The National Operations Council”, untuk menyatakan Peristiwa 13 Mei bukan berpunca daripada DAP tetapi PKM. Hakikat sebenarnya adalah: (1) Pada muka surat iv kertas putih ini disebutkan bahawa salah satu punca Peristiwa 13 Mei adalah calon-calon pembangkang dalam PRU 3 yang berkempen atas garis perkauman serta menyerang Perkara 152 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. (2) Pada muka surat 21 kertas putih ini disebutkan mengenai tindakan lebih ekstrem sesetengah calon pembangkang dalam PRU 3 yang mempersoalkan hak dari sudut sejarah orang-ora...

Laporan lengkap Tragedi 13 Mei oleh MAGERAN

Laporan lengkap Tragedi 13 Mei oleh MAGERAN Portal Malaysiakini telah menerbitkan artikel mengenai peristiwa 13 Mei dari sumber, dan beberapa wawancara. Ada beberapa perkara penting yang tidak disebutkan dalam artikel tersebut, yang kami rasakan perlu dibaca oleh setiap warga. Untuk makluman pembaca, perkara penting tersebut diceritakan dengan terperinci dalam Laporan Tragedi 13 Mei yang disediakan oleh Tun Abdul Razak, Pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran) ketika itu. Berikut merupakan kata-kata pendahuluan oleh beliau dalam laporan tersebut: Laporan penuh ada di bahagian bawah Oleh : Tun Abdul Razak Hari 13 Mei 1969 akan tercatit di dalam sejarah kita sebagai hari tragedi nasional. Pada hari itu asas perdirian Negara kita telah menerima paluan yang sehebat-hebatnya pernah dialami dengan meletusnya rusuhan antara kaum. Mujur lah Kerajaan telah mengambil tindakan yang segera dan tegas, dibantu dengan setianya oleh pihak Tentera dan Polis, maka dapatlah pihak berkuasa mengawal k...

Pakatan yang gagal

1. Hutang kerajaan telah meningkat kepada RM741 bilion (51.8% dari KDNK) di bawah PH berbanding RM686 bilion (50.7% dari KDNK) di bawah BN. 2. Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh teruk daripada USD 109.4 bilion pada Mei 2018 kepada USD102.1 bilion pada Januari 2019. 3. Nilai Ringgit merosot berbanding matawang utama sejak 9 Mei 2018. Ketika itu, Ringgit diniaga pada kadar RM3.94 bagi setiap 1 USD, jatuh teruk kepada RM4.067 per USD pada Februari 2019. 4. Kita jatuh 2 anak tangga dalam Global Competitiveness Index bagi tahun 2018-2019 di kedudukan ke-25 dunia. 5. Defisit kerajaan untuk tahun 2018 adalah RM52.5 bilion (3.7% dari KDNK) berbanding RM40.3 bilion (3.0% dari KDNK) di bawah BN. 6. KDNK negara pada tahun 2019 dijangka pada paras 4.6% sedangkan sebelum PRU14 ekonomi Malaysia dinilai akan berkembang pada kadar 5.4% pada 2018 dan 5.1% pada 2019 7. PETRONAS telah dipaksa membayar RM80 bilion untuk tahun 2018 sahaja, jauh lebih tinggi berbanding dividen RM...