Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini menegur tindakan segelintir pihak - termasuk pemimpin - yang bersaing mempamerkan ego masing-masing sehingga sanggup merendahkan nilai diri demi mencari pengaruh dan mendapatkan sokongan politik. Baginda bertitah suhu politik di dalam negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 semakin hari semakin dipanaskan dan dilakukan oleh pemimpin politik sama ada daripada pihak kerajaan atau pembangkang. "Sifat-sifat kaduk menaiki junjung dan sifat-sifat memilih lebih mahu berputih tulang setelah berputih mata oleh sebahagian pemimpin politik telah meningkatkan suhu permusuhan dalam kalangan rakyat. "Perbuatan mengata dulang paku serpih melalui persaingan melukis wajah lebih hodoh lawan politik, semakin menambahkan mendung di langit negara," titah baginda pada sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak 1441H/2019 di Ipoh, hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. Dikenali sebagai raja yang sering ...