Skip to main content

Mimbar masjid dibakar


Masjid Setoi dibakar

Mimbar Masjid Padang Setol pula dibakar


Bahagian mimbar dan permaidani Masjid Padang Setol, Pedu, dekat sini, mengalami kerosakan selepas cuba dibakar pihak tidak bertanggungjawab pagi tadi.
Kejadian itu hanya disedari jemaah masjid yang datang untuk solat Subuh pada jam 5.40 pagi tadi, sebelum mendapati terdapat kesan kebakaran pada permaidani, mimbar dan dinding ruang solat utama.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Noh Idris, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada jam 8 pagi, sebelum pegawai penyiasat tiba bagi melakukan pemeriksaan.
“Pemeriksaan awal mendapati terdapat unsur khianat dalam kes ini dengan api dipercayai bermula dari bahagian permaidani dan mimbar sehingga menyebabkan papan kenyataan digital turut disambar api.
“Kita sudah meminta Bahagian Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah melakukan siasatan di lokasi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Ini adalah kejadian keempat membabitkan cubaan membakar masjid dalam tempoh seminggu, dengan kejadian sama di Masjid Pendang dan Masjid Sungai Rambai di Pendang, manakala satu lagi di Masjid Tok Keling, Jalan Alor Mengkudu.
Noh berkata, siasatan juga mendapati masjid berkenaan ditinggalkan dalam keadaan pintu tertutup tetapi tidak dikunci dan lampu dipadamkan selepas solat Isyak malam tadi.
“Kita sudah mengambil keterangan penduduk yang pertama tiba di masjid dan imam masjid berhubung kejadian ini dengan tiada barang berharga didapati hilang.
“Masjid ini juga tidak dilengkapi kamera rakaman litar tertutup (CCTV) dan tiada saksi melihat kejadian berkenaan,” katanya.
KETUA Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Noh Idris melihat kesan kebakaran pada mimbar dan permaidani di Masjid Padang Setol dipercayai angkara perbuatan khianat. - Foto Shahrizal Md Noor

Comments

Popular posts from this blog

Laporan lengkap Tragedi 13 Mei oleh MAGERAN

Laporan lengkap Tragedi 13 Mei oleh MAGERAN Portal Malaysiakini telah menerbitkan artikel mengenai peristiwa 13 Mei dari sumber, dan beberapa wawancara. Ada beberapa perkara penting yang tidak disebutkan dalam artikel tersebut, yang kami rasakan perlu dibaca oleh setiap warga. Untuk makluman pembaca, perkara penting tersebut diceritakan dengan terperinci dalam Laporan Tragedi 13 Mei yang disediakan oleh Tun Abdul Razak, Pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran) ketika itu. Berikut merupakan kata-kata pendahuluan oleh beliau dalam laporan tersebut: Laporan penuh ada di bahagian bawah Oleh : Tun Abdul Razak Hari 13 Mei 1969 akan tercatit di dalam sejarah kita sebagai hari tragedi nasional. Pada hari itu asas perdirian Negara kita telah menerima paluan yang sehebat-hebatnya pernah dialami dengan meletusnya rusuhan antara kaum. Mujur lah Kerajaan telah mengambil tindakan yang segera dan tegas, dibantu dengan setianya oleh pihak Tentera dan Polis, maka dapatlah pihak berkuasa mengawal k...

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

Bicara SRC; Dakwaan dan ulasan TS Shafiee

Anda perlu ingat, terdapat beberapa perkara yang pihak pendakwaan telah katakan. Ada 2 yang agak penting. Yang pertama, mereka telah katakan bahawa DSN telah merancang untuk mengambil RM 42 juta wang SRC itu sejak mula. Bermakna sejak tahun 2011, DSN telah merancang 3 tahun sebelum kejadian untuk menerima RM 42 juta 3 tahun selepasnya. Berapakah peratuskah sebenarnya RM 42 juta ini? (berbanding 4 billion). Ia adalah kurang dari 1%. Jika anda jual sebuah rumah sekalipun, jual hartanah, jual tanah atau anda menjadi broker sebuah perjanjian komersial, anda akan mengambil pulangan minumum 3-5%. Jadi mengapa 42 juta? Ia tidak capai pun 1%. Kenapa 42 juta? Kenapa dia kata dia mahu 42 juta? Ini gagal dijawab oleh pihak pendakwaan sungguhpun kita telah bangkitkan. Dan memikirkan bahawa ia diterima 3 tahun kemudian. Siapa yang terima rasuah, 3 tahun kemudian? Tak ada orang yang akan lakukan perkara ini. Jika saya mahukan rasuah, saya mahukannya SEKARANG. Terutamanya apabila saya ada...