Skip to main content

Lelaki bawa pembantu rumah buat laporan dirogol exco Perak terima RM100,000, kata Ngeh

Speaker Dewan Undang Negeri Perak Ngeh Koo Ham berkata, lelaki tersebut menerima RM100,000 dan diugut dengan sepucuk pistol supaya tidak membongkarkan rahsia. (Gambar Bernama)

[Selain daripada dakwaan Paul Yong mati pucuk, kini rakan pemimpin lain dalam DAP seperti Ngeh Koo Ham tampil dengan alasan ada unsur jenayah lain dalam kes yang melibatkan Paul Yong tersebut. Begitulah DAP membela berhabis-habisan rakan mereka walaupun ia merupakan satu kesalahan berat.

Fikirkanlah sendiri kesatuan mereka demi kelangsungan survival politik mereka dalam negara ini. Yang sedihnya ialah orang Melayu. Masih bertelagah dan tak sedar-sedar diri lagi.]


IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngeh Koo Ham malam tadi membuat laporan polis berhubung maklumat terbaru yang diterima berhubung dakwaan kes rogol melibatkan Exco kerajaan negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini, pada jam 10.15 malam.

“Pada pukul 6 petang tadi semasa saya berada di sebuah hotel di Jalan Datoh di sini, saya menerima maklumat bahawa orang yang membawa pembantu rumah warga Indonesia itu untuk membuat laporan polis yang dia dirogol dipercayai menerima wang sebanyak RM100,000.

“Dia juga diugut dengan sepucuk pistol supaya tidak membongkarkan rahsia ini.

“Saya percaya ada muslihat di belakang dakwaan Yong telah merogol pembantu rumahnya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berkenaan.

Beliau berkata, laporan itu dilakukan untuk meminta pihak polis melakukan siasatan lanjut mengenai dakwaan kes itu.

Yong yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pagi ini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan susulan dakwaan merogol pembantu rumahnya bulan lalu.

Pada 8 Julai, seorang wanita warga Indonesia berumur 23 tahun membuat laporan polis mendakwa dirogol Yong di rumah majikannya itu di Meru.

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...