IPOH: : Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak, Paul Yong Choo Kiong akhirnya bersetuju untuk bercuti daripada menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai Exco.
Menurutnya, beliau mengambil keputusan itu untuk memberi tumpuan kepada perbicaraan bagi membersihkan namanya dan membuktikan bahawa beliau tidak bersalah.
“Saya juga merasakan bahawa perlu untuk mendahulukan kepentingan negeri, seperti yang saya selalu lakukan dalam kerjaya sebagai ahli politik.
“Saya akan memaklumkan keputusan ini kepada Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) hari ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan tengahari ini.
Pada Jumaat, Paul Yong yang menghadapi dakwaan merogol pembantu rumah warga Indonesia bulan lalu menegaskan tidak akan bercuti walaupun dinasihatkan oleh Ahmad Faizal.
Menurutnya, tidak ada sebab untuknya bercuti kerana beliau bukan penjenayah.
Comments
Post a Comment