Skip to main content

Sultan Perak Tegur Pemimpin, Kaduk Naik Junjung


Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini menegur tindakan segelintir pihak - termasuk pemimpin - yang bersaing mempamerkan ego masing-masing sehingga sanggup merendahkan nilai diri demi mencari pengaruh dan mendapatkan sokongan politik.
Baginda bertitah suhu politik di dalam negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 semakin hari semakin dipanaskan dan dilakukan oleh pemimpin politik sama ada daripada pihak kerajaan atau pembangkang.
"Sifat-sifat kaduk menaiki junjung dan sifat-sifat memilih lebih mahu berputih tulang setelah berputih mata oleh sebahagian pemimpin politik telah meningkatkan suhu permusuhan dalam kalangan rakyat.
"Perbuatan mengata dulang paku serpih melalui persaingan melukis wajah lebih hodoh lawan politik, semakin menambahkan mendung di langit negara," titah baginda pada sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak 1441H/2019 di Ipoh, hari ini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.
Dikenali sebagai raja yang sering 'menjentik' pemimpin jika ada yang tidak kena Sultan Nazrin bertitah, setelah 62 tahun negara mencapai kemerdekaan, suara menyemai kebencian antara kaum dan agama semakin diucapkan.
Titah baginda pelbagai provokasi secara keterlaluan dilakukan antaranya meletak patung dan melemparkan daging khinzir di dalam masjid, meletak kepala lembu di kuil Hindu, menyebarkan bahan diayah, fitnah dan penghinaan melalui media sosial termasuk penghinaan terhadap agama Islam serta Nabi Muhammad SAW.
"Setiap ungkapan dan setiap perbuatan sedemikian sebenarnya merupakan pemasangan satu bom jangka yang menantikan masa untuk meletup.
"Sedarilah! Serpihan daripada letupan bom jangka ini tidak mengenal mangsa, malah anak cucu serta kaum kerabat pemasang bom jangka, turut terdedah kepada akibat daripada perbuatan-perbuatan berfikiran singkat," titah Sultan Nazrin.
Titah baginda kebenaran fakta dan kesahihan berita kini tidak dipentingkan, sebaliknya emosi semakin mempengaruhi diri termasuk dalam kalangan terpelajar sehingga minda rakyat semakin diracuni dan menjadi terlalu taasub serta berfikiran tertutup.
Selain itu, Sultan Nazrin bertitah setiap insiden daripada kejadian jenayah di jalan raya kepada tindakan disiplin seorang guru di sekolah atau majikan di pejabat, warna baju pemimpin, kesilapan mengibarkan bendera, perubahan kurikulum pengajian dilihat dan ditafsirkan secara negatif menurut dimensi kaum dan agama
"Keadaan ini amat tidak sihat, meletakkan negara berada dalam zon bahaya yang mencemaskan. Majoriti rakyat di negara ini cintakan keamanan. Mereka semakin resah, semakin gelisah, bimbang dan takut," titah Sultan Perak.
Baginda bertitah suhu panas itu wajib segera diturunkan dan perbuatan menyalakan api perkauman, meniupkan bara permusuhan antara agama wajib dihentikan tanpa berlengah.
Titah baginda undang-undang wajib didaulatkan supaya keselamatan nyawa dan harta benda rakyat yang tidak berdosa terjamin serta dilindungi.
Mengakhiri titah, Sultan Nazrin turut memanjatkan doa agar Malaysia diamanahkan dengan pimpinan yang amanah, ikhlas, membawa suara kesederhanaan, suara munasabah, suara rasional dan suara persaudaraan agar rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini hidup rukun serta harmoni.
- Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...