Skip to main content

Ahli Parlimen Jelutong ada jasa kepada Utusan




KUALA LUMPUR 21 Ogos - Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer mempunyai jasa kepada Utusan Malaysia apabila akhbar berusia 80 tahun itu tidak ditutup sebaliknya meneruskan operasi dan penerbitannya hari ini.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kegembiraan Rayer terhadap berita bahawa Utusan akan ditutup menjadi punca lebih ramai orang menyokong Utusan.
"Jelutong ini ada jasa kepada Utusan. Kenyataan semalam bahawa dia happy (gembira) adalah antara punca lebih ramai orang lagi meyokong Utusan.
"Oleh itu, Utusan tak jadi tutup. Terima kasih Jelutong," tulis Najib dalam satu hantaran di Facebook beliau hari ini.
Semalam pentadbir Facebook Ahli Parlimen Jelutong itu berkongsi kenyataan daripada Rayer antara lain menyifatkan 'kematian' Utusan Malaysia satu kejayaan besar Pakatan Harapan (PH) yang ingin menghapuskan sifat perkauman.
“Saya fikir kematian Utusan akan menjadi kejayaan kepada Pakatan Harapan yang paling besar apabila kita berusaha menghapuskan perkauman di negara ini dan meraikan 62 tahun kemerdekaan,” kata kenyataan tersebut.
Rayer bagaimanapun menarik balik kenyataan berkenaan atas alasan pembantunya menghantar kepada pihak media tanpa sempat beliau menyemak isi kandungan terlebih dahulu.
Dalam kenyataan terbaharu yang masih dipaparkan di Facebook beliau, Rayer mendakwa Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar yang tidak menyumbang kepada sebarang bentuk pembangunan serta integrasi negara selepas kemerdekaan.

“Beberapa tahun yang lalu, akhbar ini membawa tajuk berjudul ‘Apa lagi Cina mahu?’. Mungkin disokong oleh pemimpin-pemimpin penting yang pernah berkuasa dalam UMNO serta mempunyai kawalan ke atas semua institusi kerajaan termasuk polis yang menggalakkan editor dan penulis Utusan untuk sentiasa mengagungkan undang-undang.
“Utusan juga sering digunakan untuk menumpukan kepada pemimpin Pakatan Harapan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) hingga terpaksa membawa kepada tindakan undang-undang dan saman kerana memfitnah,” kata Rayer.-UTUSAN ONLINE
Sumber dari pautan di bawah👇

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...