'Malaysia boleh jadi negara tak berpenghuni' -ZURAIDA Kamaruddin KUALA LUMPUR: Malaysia berpotensi menjadi negara usang dan tidak ‘berpenghuni’ jika isu lambakan rumah yang tidak terjual, tidak diselesaikan segera. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata, keadaan itu menggusarkan kerajaan apatah lagi sehingga kini, kira-kira RM100 bilion nilai rumah yang tidak terjual direkodkan. “Jadi, menyedari masalah itu, banyak usaha sudah kita lakukan termasuk menerusi Kempen Pemilikan Rumah (HOC). “Sebanyak kira-kira 21,000 unit rumah bernilai RM13.44 bilion berjaya dijual di bawah HOC yang mula dilaksanakan 1 Januari lalu,” katanya menjawab soalan tambahan Steven Choong Shiau Yoon (PK PKR-Tebrau) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini. Justeru, kata beliau, kerajaan sudah melanjutkan tarikh akhir kempen ini sehingga 31 Disember depan, bagi memberi peluang rakyat memiliki rumah dengan diskaun dan pengecualian khas diberi...