Skip to main content

Kongres Maruah Melayu : PKR tak dijemput?

KUALA LUMPUR 3 Okt. - PKR mengesahkan parti itu masih belum dijemput ke Kongres Maruah Melayu yang akan diadakan di Stadium Malawati Ahad ini.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, pihaknya hanya bergantung kepada laporan media mengenai sebarang perkembangan mahupun makluman kongres itu.
"Saya pun tiada maklumat, kalau pihak media dapat maklumat.. saya semalam dengan Kak Wan (Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) tiada pula beritahu apa-apa.
"Pagi tadi saya sarapan dengan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tiada pula apa-apa maklumat. Kami mengikuti dalam media sahaja," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kempen 'Beli Barangan Malaysia' anjuran platform e-dagang, Shopee di sini hari ini.
Yang turut hadir Ketua Bahagian Perniagaan Shopee Malaysia, Zed Li.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengesahkan kehadiran mereka ke kongres tersebut.
UMNO pula mewakilkan Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa kerana parti itu berlapang dada dan mengambil sikap terbuka untuk hadir ke kongres yang dijadualkan berlangsung pada 6 Oktober ini.
Kongres tersebut merupakan anjuran bersama Universiti Malaya; Universiti Tekonlogi Mara (UiTM); Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta Persatuan Peguam Muslim Malaysia.
Dalam pada itu, ditanya sama ada PKR akan hadir sekiranya menerima jemputan tersebut, Saifuddin memberitahu perlu melalui perbincangan terlebih dahulu.
"Semestinya akan ada perbincangan dahulu, biasanyalah," jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...