Skip to main content

Harga barang dijangka meningkat

Dr. Ahmed Razman dan Barjoyai

Rakyat perlu bersedia menghadapi kenaikan harga barangan susulan keputusan kerajaan melaksanakan pemberian subsidi bersasar kepada 2.9 juta golongan B40 menerusi Program Subsidi Petrol (PSP) bermula 1 Januari tahun depan.

Pakar ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai berkata, harga petrol RON95 dijangka meningkat apabila kerajaan melaksanakan pengapungan harga petrol berkenaan.

"Harga RON95 mungkin meningkat dalam lingkungan 20 peratus kerana subsidi dihapuskan yang akan menyebabkan kesan kepada harga barang khususnya kos pengangkutan.

"Harga barang penghantaran juga akan naik dan kos sara hidup rakyat dijangka lebih meningkat jika harga," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut beliau, program PSP itu juga dilihat kurang berkesan jika harga minyak meningkat berikutan nilai subsidi itu rendah serta bersifat tetap.

"Mereka hanya menerima RM30 untuk kereta dan RM12 sebulan untuk motosikal. Nilai ini terlampau rendah terutama bagi penerima yang bekerja di lokasi agak jauh serta kos perjalanan yang tinggi.

"Jadi ia dilihat tidak begitu berkesan dengan keperluan semasa," katanya mengulas keputusan kerajaan untuk melaksanakan pengapungan harga petrol RON95 bermula tahun depan.

Katanya, kerajaan perlu mengambil kira golongan M40 kerana dipinggirkan daripada bantuan kerajaan walaupun mempunyai pendapatan yang belum mencukupi.

"Saya melihat PSP sebagai projek percubaan dan ia perlu diperbaiki dengan menambahkan golongan yang akan diberikan subsidi petrol bersasar," katanya.

Sementara itu, Penganalisis Ekonomi Putra Business School (PBS), Dr Ahmed Razman Abdul Latif berkata, kenaikan harga barangan akan berlaku apabila harga petrol diapungkan selain harga minyak dunia meningkat.

"Apabila harga minyak diapungkan akan berlaku kenaikan mendadak harga minyak dunia. Kemungkinan ada pihak akan mengambil kesempatan menaikkan harga barang serta perkhidmatan walaupun harga minyak tidak memberi kesan kepada mereka.

Bagaimanapun katanya, negara ada Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan yang memastikan peniaga tidak boleh menaikkan harga barangan sesuka hati.

"Jadi penting untuk kerajaan memastikan agensi penguatkuasaan sentiasa membuat pemantauan harga selain rakyat juga perlu membantu melaporkan sekiranya ada peniaga yang mengambil kesempatan," katanya.

Kelmarin kerajaan mengumumkan harga petrol RON95 akan diapungkan bermula awal tahun hadapan berikutan pelaksanaan PSP.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, harga RON95 akan dikekalkan pada kadar RM2.08 sehingga 31 Disember depan.

Comments

Popular posts from this blog

Laporan lengkap Tragedi 13 Mei oleh MAGERAN

Laporan lengkap Tragedi 13 Mei oleh MAGERAN Portal Malaysiakini telah menerbitkan artikel mengenai peristiwa 13 Mei dari sumber, dan beberapa wawancara. Ada beberapa perkara penting yang tidak disebutkan dalam artikel tersebut, yang kami rasakan perlu dibaca oleh setiap warga. Untuk makluman pembaca, perkara penting tersebut diceritakan dengan terperinci dalam Laporan Tragedi 13 Mei yang disediakan oleh Tun Abdul Razak, Pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran) ketika itu. Berikut merupakan kata-kata pendahuluan oleh beliau dalam laporan tersebut: Laporan penuh ada di bahagian bawah Oleh : Tun Abdul Razak Hari 13 Mei 1969 akan tercatit di dalam sejarah kita sebagai hari tragedi nasional. Pada hari itu asas perdirian Negara kita telah menerima paluan yang sehebat-hebatnya pernah dialami dengan meletusnya rusuhan antara kaum. Mujur lah Kerajaan telah mengambil tindakan yang segera dan tegas, dibantu dengan setianya oleh pihak Tentera dan Polis, maka dapatlah pihak berkuasa mengawal k...

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

Bicara SRC; Dakwaan dan ulasan TS Shafiee

Anda perlu ingat, terdapat beberapa perkara yang pihak pendakwaan telah katakan. Ada 2 yang agak penting. Yang pertama, mereka telah katakan bahawa DSN telah merancang untuk mengambil RM 42 juta wang SRC itu sejak mula. Bermakna sejak tahun 2011, DSN telah merancang 3 tahun sebelum kejadian untuk menerima RM 42 juta 3 tahun selepasnya. Berapakah peratuskah sebenarnya RM 42 juta ini? (berbanding 4 billion). Ia adalah kurang dari 1%. Jika anda jual sebuah rumah sekalipun, jual hartanah, jual tanah atau anda menjadi broker sebuah perjanjian komersial, anda akan mengambil pulangan minumum 3-5%. Jadi mengapa 42 juta? Ia tidak capai pun 1%. Kenapa 42 juta? Kenapa dia kata dia mahu 42 juta? Ini gagal dijawab oleh pihak pendakwaan sungguhpun kita telah bangkitkan. Dan memikirkan bahawa ia diterima 3 tahun kemudian. Siapa yang terima rasuah, 3 tahun kemudian? Tak ada orang yang akan lakukan perkara ini. Jika saya mahukan rasuah, saya mahukannya SEKARANG. Terutamanya apabila saya ada...