Skip to main content

Mahkamah putuskan tiada bukti UMNO terima RM2 juta dari Aset Kayamas


KUALA LUMPUR, 14 Okt -- Mahkamah Tinggi dalam kes rasuah bekas menteri wilayah persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memutuskan bahawa tidak terdapat bukti bahawa UMNO telah menerima RM2 juta dari Aset Kayamas Sdn Bhd.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan turut berpendapat bahawa RM2 juta itu dimanfaat oleh tertuduh (Tengku Adnan) dan ini diterima tanpa pertimbangan yang berharga.

"RM2 juta itu yang diberikan oleh pihak kedua (Aset Kayamas) dibayar kepada Tadmansori Holdings Sdn Bhd, dan pergerakan wang itu berakhir di situ. Tidak terdapat hubungan yang bayaran itu dibuat kepada UMNO daripada akaunTadmansori Holdings," kata hakim.

Hakim itu berkata resit saja tidak menjadi bukti yang UMNO telah menerima RM2 juta itu dari Aset Kayamas.

"Hakikat bahawa resit itu ditandatangani oleh tertuduh sendiri tidak terlepas daripada pemerhatian saya. Saya telah juga menganalisis dan mempertimbang testimoni Tan Sri Chai Kin Kong (pengarah urusan Aset Kayamas dan saksi pendakwaan ke-19) dan pegawai penyiasat Muhammad Saad Bordani (saksi pendakwaan ke-23).

Hakim Mohamed Zaini berkata Tengku Adnan memiliki Tadmansori Holdings, sebagai pemegang saham terbesar dan bukti juga menunjukkan tertuduh menjalankan syarikat itu dan pembuat keputusan utama.

"Pada asasnya beliau adalah alter ego (pengganti diri) syarikat," kata hakim.

Hakim menyatakan Aset Kayamas tidak mempunyai urusan bisnes dengan Tadmansori Holdings tetapi tidak dipertikaikan bahawa Aset Kayamas telah membayar RM2 juta kepada Tadmansori Holdings.

"Saya juga dapati tidak ada bukti menunjukkan bahawa Aset Kayamas, pemberi, telah mendapat sebarang pertimbangan kerana RM2 juta yang ia beri," kata beliau.

Hakim itu berkata bukti jelas menunjukkan bahawa Tengku Adnan tahu yang Aset Kayamas ada urusan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kapasitinya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

"Urusan itu berkaitan jualan dan pembangunan tanah DBKL. Testimoni saksi dan bukti dokumen jelas menunjukkan bahawa tertuduh terlibat sejak dari mula,” kata Hakim.

“Saya puas hati bahawa pihak pendakwaan telah menyediakan kes prima facie... membuktikan setiap unsur kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Saya dengan ini meminta tertuduh membela diri,” kata Hakim.

Menurut kertas pertuduhan, Tengku Adnan selaku petugas awam, iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima RM2 juta dari Chai menerusi cek Hong Leong Islamic Bank milik Aset Kayamas Sdn Bhd yang kemudian dideposit ke dalam akaun CIMB Bank Tadmansori Holdings Sdn Bhd dalam mana beliau ada kepentingan, bila diketahui bahawa Aset Kayamas ada kaitan dengan tugas rasminya.

Beliau didakwa telah melakukan kesalahan di CIMB Bank Berhad, cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun, 2016.

Tuduhan itu di bawah seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara penuh hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tengku Adnan diwakili oleh peguam Datuk Tan Hock Chuan sementara Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim.

-- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...