Skip to main content

KONGRES MARUAH MELAYU AGENDA POLITIK TERDESAK DAP MELALUI PPBM – MELAYU JANGAN TERJERAT


(Bicara AMBO ) – Mengetahui dan mendapat perkhabaran bahawa satu Kongres Maruah Melayu yang akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada 6hb Oktober 2019 mencetuskan banyak persoalan dari awal mengetahuinya.
*AMBO* mendapat maklum balas dari rakan-rakan NGO yang akan bersama pada tarikh tersebut kerana penganjurnya merupakan dari kalangan akademi dan 4 IPTA yang diketuai oleh Dato Dr Zainal Keling. Dari awal “AMBO* sedikit sangsi kerana tiba-tiba sahaja kongres ini meletop selepas Himpunan Ummah yang berjaya menyatukan seluruh Melayu.
*AMBO* membaca satu tulisan seorang sahabat Dato Rafi Awang Kechik dan ketika itu *AMBO* yakin bahawa wujud dan sudah jelas Ada penglibatan orang politik disebalik gambar wayang ahli akademi dari 4 IPT yang menganjurkan kongres tersebut.
Seperti yang kita tahu keterlibatan Hamzah Zainuddin dan Latif Ahmad menjelaskan bahawa ianya dirancang oleh PPBM melalui beberapa “Pelompat Parti” dan YB yang tidak bermaruah. *AMBO* juga yakin bahawa kongres ini merupakan perancangan DAP menggunakan Mahathir dan PPBM untuk menyaingi atau sekali lagi menipu dan cubaan untuk mengelirukan orang melayu dengan kongres-kongres seperti ini.
Hamzah Zainuddin dan ramai lagi pelompat parti yang berada dalam PPBM ini sedang digunakan oleh Mahathir untuk memecahkan kesatuan melayu yang bersatu dibawah Penyatuan Ummah UMNO/PAS. Sekali lagi DAP menggunakan formula yang sama iaitu *pecah dan perintah*. Mahathir diberi tanggungjawab dalam memecahkan penyatuan melayu antara UMNO dan PAS.
Dalam satu mesyuarat Majlis Presiden PH pada awal Julai lepas mereka membincangkan bahawa kedudukan mereka(PH) amat getir jika melayu terus bersatu dibawah Penyatuan UMNO/PAS. Mereka harus lakukan sesuatu. DAP dan PKR bersetuju bahawa Mahathir mengambil tangungjawab untuk bercakap soal melayu dan kenyataan pertama selepas mesyuarat itu ialah pelawaan Mahathir untuk semua melayu menyertai PPBM. Masih ingat??
Terutama DAP menyedari mereka akan dikuburkan jika tidak ada usaha untuk memecahkan melayu kepada banyak segmen.Mereka menang kerana melayu berpecah kepada banyak segmen. Mereka berkuasa kerana melayu terbahagi kepada banyak parti. Hari ini Melayu di satukan dibawah Penyatuan Ummah UMNO/PAS. Jika tidak ada usaha menyaingi dan memecahkan penyatuan melayu itu maka mereka akan berkuasa sepenggal. Mengetahui dan memahami hayat mereka yang bakal terkubur maka DAP mengarahkan PPBM lakukan sesuatu dengan melayu. Melayu harus dipecah-pecahkan.
Ketika Melayu Islam dihina di segenap sudut dimana Hamzah Zainuddin dan rakan-rakan lompat mereka.??? Ketika pensyarah melayu dihina dan diugut kerana memahamkan YDP Agong berkaitan Statut Rom dimana Zainal Keling yang hari ini merupakan penganjur Kongres Maruah Melayu ini??
Ini semua agenda DAP yang sedang demam dan menggigil kerana penyatuan melayu UMNO/PAS. Apakah kita sekali lagi bakal dipecahkan dan bakal dikelirukan dengan nama ”MELAYU”? *AMBO* amat berharap kali ini kita tidak lagi ditipu oleh Mahathir yang sedang merealisasikan hajat dan perancangan Bangsa DAP.
Cukup dengan satu penyatuan ummah untuk melayu bersatu menentang kerajaan DAP-PH. Jika ada lagi penyatuan dibawah nama melayu maka ianya bukan penyatuan.Melayu tetap berpecah kepada 2 kelompok besar yang membicarakan agenda melayu yang sama.Cuma yang membezakannya ialah agenda tersirat disebalik penyatuan itu. Penyatuan Ummah untuk mengangkat maruah melayu dan agama islam pada tempat yang sepatutnya seperti termaktub dalam perlembagaan negara dan satu lagi penyatuan untuk mengelirukan melayu untuk mengekalkan kerajaan DAP dan Cina Chauvinist. Harus diingat. DAP takkan menang jika melayu benar bersatu. Penyatuan itu bukan dua atau tiga.
Sampai bila kita mahu dipecahkan oleh agenda DAP.Sampai bila melayu bacul mahu menjadi alat dan barua kepada DAP seperti geng lompat Hamzah Zainuddin dan Mahathir? Sampai bila kita mahu meletakkan maruah kita dibawah bangsa yang akan menghalau kita di bumi sendiri? Yang akan memijak dan menghina kita di Tanah Melayu ini? Mereka membuat kajian demi kajian.Memang kajian dan perangkap mereka mengena apabila *AMBO* melihat ramai melayu mula berlembut apabila sanggup untuk bersama Kongres Maruah Melayu ini.Kali ini jangan kita ditipu lagi untuk dipecahkan kembali.
*AMBO* juga berharap PAS tidak semesra itu untuk menghadirkan diri ke Kongres ini dan menyokong kongres serampang dua mata ini kerana kita sudah jelas siapa dalang dan watak dibelakang kongres maruah melayu ini dan siapa yang menaja kongres ini jika bukan DAP. Jangan terperangkap lagi. Jika Hamzah Zainuddin dan rakan-rakan pengkhianat betul mahu berjuang untuk melayu maka mereka boleh sahaja bersama UMNO dan PAS untuk menyokong dari luar tanpa perlu sekali lagi menjadi barua dan pengkhianat kepada melayu untuk DAP.

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...