Skip to main content

Najib terus jolok Nga Super Fans

Nga Kor Ming sendiri pernah minta maaf kepada saya di mahkamah setelah saya saman fitnah dia kerana satu hantaran dari laman yang sama itu.

-DS Najib Razak 


Bekas perdana menteri Najib Razak tetap menyorot laman Facebook “Nga Kor Ming Superfans Page” meskipun berdepan laporan polis kerana sebelum ini menghubungkan hantaran laman berkenaan dengan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming.
Dalam satu kenyataan tengah hari ini, bekas perdana menteri itu mendedahkan terdapat lapan pengendali laman Facebook ketika hantaran itu dibuat pada Isnin.
Bagaimanapun, katanya, bilangan pengendali itu berkurangan kepada lima selepas laporan polis dibuat terhadap laman itu, yang didakwa Najib, dilakukan atas arahan sultan.
“Goyang ke? Nama-nama siapa yang telah dikeluarkan? Kor Ming tahu atau tidak?” soalnya di Facebook.
Terdahulu, Najib berkata meskipun Nga mendakwa laman itu tidak ada kena mengena dengan dirinya, pengerusi DAP Perak itu tidak ada masalah berkongsi hantaran daripada laman tersebut sebelum ini.
Najib juga mengimbas kembali bagaimana dia menyaman Nga yang juga anggota parlimen Teluk Intan itu atas satu hantaran yang dikatakan memfitnahnya di laman “Nga Kor Ming Superfans” pada 2016.
“Saya telah tunjuk bukti page history untuk membuktikan page Nga Kor Ming Superfans merupakan laman asal atas namanya sejak tahun 2009.
“Nga Kor Ming sendiri pernah minta maaf kepada saya di mahkamah setelah saya saman fitnah dia kerana satu hantaran dari laman yang sama itu.
“Tapi hari ini dia kata page Nga Kor Ming Superfans merupakan laman yang menyamar diri mengguna nama Nga Kor Ming Super Fans Page tetapi ia bukan dari dia ataupun dari DAP.
“Tapi saya pun hairan kenapa Nga Kor Ming sanggup kongsi hantaran dari laman yang menyamar dia? Dia tak marah ada orang menyamar dan menggunakan nama dia?” soalnya di Facebook.
Najib berkata dia akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan sama ada Nga mempunyai kaitan dengan hantaran yang disifatkan tidak menghormati Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Hantaran yang dimaksudkan mempunyai mesej meminta rakyat Malaysia berbangsa Cina yang kecewa dengan penurunan papan tanda jalan dwibahasa di Selangor untuk melakukan protes di hadapan sultan.
Tiga laman cermin yang pro-BN
Terdahulu, setiausaha sulit kanan Nga, Tan Tiong Yih membuat laporan polis terhadap Najib kerana berkongsi hantaran yang didakwa palsu itu.
Dalam laporannya, Tan mendakwa pengumuman yang dirujuk oleh Najib dimuat naik oleh pihak ketiga yang dinamakan 'Yu Xi Wan Yak', yang tidak mempunyai kaitan dengan Nga atau DAP.
Dia turut mendakwa terdapat sekurang-kurangnya tiga laman cermin (mirror pages) yang dinamakan "Super Fan Nga Kor Ming" untuk menghancurkan reputasinya.

Tan juga mendakwa laman Facebook berkenaan sebagai pro-BN.
Bagaimanapun, Najib berkata pautan kepada hantaran yang telah dipadam dari mirror page seperti yang didakwa itu menunjukkan 'Nga Kor Ming Super Fans Page' sebagai pengenalan (ID) laman Facebook yang telah wujud sejak 2009 dan bukanlah laman klon atau laman cermin.
Sebelum itu, Nga mengkritik Najib kerana mengaitkan dirinya dengan hantaran tersebut dan menuduhnya menghasut komuniti Cina untuk membenci sultan.
“Jangan terus terjerumus dalam kancah menabur fitnah, kerana dalam Islam, fitnah adalah satu dosa yang besar, tidak baik,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...