Skip to main content

Mahathir akui kerajaan kini 'tak cukup Melayu'


Dr Mahathir Mohamad mengakui elemen kemelayuan dalam kerajaan yang dipimpinnya hari ini tidak sekuat kerajaan BN sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, kekuatan itu hilang apabila orang Melayu berpecah sesama sendiri bagi merebut kekuasaan dalam negara.

“Saya nak mengaku di sini bahawa kerajaan - walaupun dipimpin oleh orang Melayu - tidak sekuat kemelayuannya pada hari ini.

"Kalau dahulu kita boleh harap kerana kerajaan dipimpin oleh orang Melayu, memang kuat.

“Sekarang tidak kuat kerana mahu tidak mahu, kita kena ambil kira perasaan orang lain," katanya pada Kongres Maruah Melayu di Shah Alam, hari ini.

Mahathir berkata, jika tidak mengambil tahu perasaan pihak lain yang ada dalam kerajaan semasa, ia boleh menyebabkan pihak pemerintah mengalami kekalahan dalam pilihan raya.

Justeru, kata beliau, perpecahan orang Melayu yang terbahagi kepada enam kumpulan menyebabkan tiada ada satu pun kumpulan yang mampu menarik sokongan Melayu lebih 50 peratus.

Pilihan raya umum lalu menyaksikan BN - yang didominasi Umno - tumbang buat pertama kalinya selepas lebih 60 tahun berkuasa.

Kekalahan BN menyaksikan PH membentuk kerajaan dengan Mahathir - yang juga pengerusi Bersatu - menjadi ketuanya.

Bersatu memenangi 13 kerusi berbanding 11 kerusi oleh Amanah, PKR (47) dan DAP (42).

Sementara itu Mahathir berkata, perpecahan itu menyebabkan kumpulan Melayu terpaksa bergantung kepada kaum lain jika mahu mendapatkan kemenangan.

"Kita sendiri lakukan perpecahan. Apabila ini berlaku kita menjadi kumpulan kecil dan berlawan sesama sendiri, maka kita terpaksa bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan kemenangan.

"Kalau bergantung kepada orang lain, sedikit sebanyak kita terhutang budi kepada mereka," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...