Skip to main content

Sistem GST lebih baik - Ahli Parlimen Kangar


KANGAR 2 Okt. - Seorang wakil rakyat PKR dari negeri ini, Noor Amin Ahmad menyambut baik cadangan pelaksanaan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) kerana berpendapat bahawa sistem pencukaian berkenaan lebih baik.
Malah Ahli Parlimen Kangar itu memaklumkan bahawa pendiriannya mengenai kebaikan GST telah pun disampaikan semasa ucapan sulungnya di Dewan Rakyat tahun lalu.
Beliau berkata, memandangkan terdapat maklum balas negatif mengenai pelaksanaan GST pada kadar piawai enam peratus sebelum ini, maka cadangan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) agar kerajaan memperkenalkan semula cukai itu pada kadar yang lebih rendah iaitu tiga peratus adalah lebih praktikal.
Malah katanya yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perlis, kerajaan perlu sedar bahawa ramai majikan yang telah melabur untuk menyediakan sistem ini di premis mereka.
"Saya percaya GST adalah sistem yang lebih baik. Kekurangan GST yang memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah boleh ditangani dengan cara lain yang boleh difikirkan secara bersama," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Baru-baru ini, MIER menyarankan kerajaan supaya memperkenalkan semula GST pada kadar yang lebih rendah iaitu tiga peratus dalam Bajet 2020.
Pengerusinya, Tan Sri Kamal Salih yang menyifatkan GST sebagai sistem percukaian yang saksama kepada semua peringkat masyarakat dilaporkan berkata, GST merupakan sistem yang memastikan kerajaan memiliki kewangan yang kukuh ketika harga minyak mentah susut di bawah AS$36 (RM150) setong pada 2015.
"GST merupakan sistem yang saksama, namun beberapa pihak mengatakan ia regresif kerana golongan miskin akan terkesan," kata Kamal.
Mengulas lanjut, Noor Amin berkata, jika GST dilaksanakan, kerajaan mesti lebih telus dalam menjelaskan ke mana hasil kutipan cukai itu akan dibelanjakan.
"Jika kita mengambil anggaran tahun lalu, iaitu sebanyak enam peratus GST dikenakan, kira-kira RM42 bilion boleh dikutip. Ini menggambarkan setiap satu peratus kutipan bersamaan dengan RM7 bilion.
"Jika begitu, kerajaan boleh memperkenalkan antaranya pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) melalui satu peratus ini.
"Satu peratus lagi boleh disalurkan kepada golongan berpendapatan rendah untuk menyerap kesan kos GST sebagaimana saya nyatakan tadi. Ini adalah sebahagian cara menangani kesan regresif GST yang perlu diakui ada," katanya.- UTUSAN ONLINE

[Baca sumber dari Utusan di sini]

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...