Skip to main content

Zuraida bidas kenyataan Dr Lim Teck Ghee

Zuraida bidas kenyataan Dr Lim Teck Ghee

[Berita Harian]: Wanita Pakatan Harapan (PH) membidas kenyataan penganalisis dasar awam, Dr Lim Teck Ghee yang menyifatkan Malaysia di bawah pentadbiran PH sebagai bencana tidak terkawal.

Ketuanya, Zuraida Kamaruddin, berkata kenyataan Teck Ghee itu adalah tidak bermaruah dan dibuat tanpa mempertimbangkan hakikat bahawa kerajaan PH baru sahaja mengambil tampuk pemerintahan selama satu tahun lima bulan daripada Barisan Nasional (BN) yang kleptokrat.

Katanya, beliau dan rakan-rakan menteri di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bekerja kuat tanpa mengenal erti lelah demi satu matlamat, iaitu mahu memulihkan negara sejak diberikan amanah berkenaan.

“Sejak Pakatan Harapan (PH) diberikan mandat oleh rakyat untuk memperbaiki dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bermaruah kembali, pelbagai usaha sudah dilakukan dan hakikatnya ia bukan satu tugas boleh dilakukan dalam sekelip mata.

“Berbanding dengan kerosakan dibuat pentadbiran terdahulu, adalah tidak wajar seorang penganalisis dasar awam mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang kajian kukuh, menjadikan pandangannya sebagai pandangan tidak boleh diguna pakai,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran PH juga sudah memberi jaminan bahawa keharmonian dan kedudukan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu akan terus terbela tanpa mengabaikan kedudukan kaum-kaum lain di seluruh negara.

Teck Ghee dalam satu forum bertajuk “Whiter Maruah Malaysia 2.0” baru-baru ini menyifatkan Malaysia di bawah kerajaan PH sebagai “bencana tidak terkawal’ dan kekecewaan terhadap pentadbirannya semakin berkembang.

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...