Skip to main content

Bukan Hanya Melayu, Bangsa Lain Pun Ada Yang Malas


Berita yang tidak akan dilaporkan dalam media arus perdana zaman "Malaysia Baharu" ini.

KUALA LUMPUR, 21 Sept – Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tidak ada karakteristik yang mengatakan sesuatu kaum itu malas tetapi yang ada hanyalah ‘orang itu’ malas.
Jelas beliau, kerana itulah sesebuah kerajaan itu harus mendorong golongan yang kurang keberdayaan ini untuk terus maju dan membina ekonomi yang lebih baik.

“Sebagai contoh, bila saya jadi Menteri Besar, antara perkara yang cuba saya usahakan adalah untuk membawa orang Melayu yang kurang ini supaya mereka boleh lebh maju dalam perniagaan.
“Saya pernah bertanya kepada satu pengusaha ini, kenapa tidak buat pembungkusan yang lebih baik sebab dalam kerajaan ada agensi yang boleh bantu, jawapan mereka… cukup apa yang ada, boleh hantar anak ke universiti, boleh pergi haji, cukup. Ini realiti mereka.
“…sedangkan yang kita hendak lihat adalah potensi untuk mereka pergi lebih jauh. Di sini peranan kerajaan untuk duduk berbincang dan cuba ubah minda mereka… bangunkan orang Melayu. Kita kena ubah ‘mind set’ mereka ini. Bukan sekadar melabel orang Melayu malas atau sebagainya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam forum anjuran Puteri UMNO Malaysia di bawah Biro Strategik Komunikasi yang bertajuk ‘Cabaran Dasar Ekonomi Baru Di Era Malaysia Baru’ di Dewan Tun Ismail, PWTC, hari ini.
Menyokong hujah tersebut, seorang lagi panel jemputan, bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, beliau sama sekali tidak bersetuju apabila ada pihak yang melabel orang Melayu malas.

“Ekonomi negara sejak merdeka sehingga Mei 2018… selama 61 tahun, kita mempunyai pemimpin-pemimpin yang berjaya membangunkan negara. Kalau tengok ekonomi kita pada 1957, cuma sekitar 4 bilion lebih kurang… 2018 kita ada hampir 1.31 bilion. Kalau orang Melayu malas, bagaimana mereka bangunkan ekonomi?
“Cuma masalah kita adalah rakyat kita latar belakangnya berbeza terutama dari segi kaum. Lepas merdeka, kaum Melayu tertinggal ke belakang, bila buat DEB pula, kita nak bawa mereka untuk bersaing tapi dalam masa 20 tahun mereka banyak langgar peraturan dan masa itulah wujud Ali Baba.
“Sekarang ini ramai anak Melayu yang boleh ‘deliver’. Persoalannya bagaimana hendak ramaikan Melayu yang berkualiti. Soal malas ini tidak wujud kerana malas bukan hanya pada Melayu, ada juga Cina dan India yang malas,” tegas beliau.
Mengupas mengenai DEB, seorang lagi panel jemputan iaitu Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, dasar adalah untuk membasmi kemiskinan dan dasar ini adalah ‘sharing the cake’ bukannya mengagihkannya.

“Formula dasar DEB adalah 30, 40, 30… 30 untuk Bumi, 40 bukan Bumi dan 30 lain-lain. Ini adalah satu kompromi. Kalau ikut peratus penduduk, penduduk bumi 60 peratus tapi kenapa kita hanya ambil 30 peratus sedangkan kita ramai? Jawapannya kerana kita berkompromi dan kita mahu kestabilan negara.
“Sebab itu saya tidak mahu berbincang dengan mereka yang kata dasar ini memerah mereka yang bukan Melayu sebab sebenarnya kita sudah berkompromi dengan mereka melalui dasar ini.
“DEB berjaya membasmi kemiskinan dan mengubah penyusunan semula pekerjaan kaum dan sebagainya tapi antara gejala yang menghantui kita adalah dari segi perlaksanaan. Kita silap pilih Bumiputera di mana kita pilih yang pandai bodek dan melobi,” ujar beliau. – UMNO ONLINE
[ Baca seterusny sumber di UMNO ONLINE]

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...