Skip to main content

Jual Kad Pengenalan: MP DAP jadi peguambela


PENGKHIANAT NEGARA!!!

Begitulah perkataan yang paling sesuai untuk digambarkan ke atas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang yang bersekongkol dengan sindiket menjual MyKad.

Mereka dilaporkan menerima sejumlah wang antara RM100,000 dan RM600,000 hasil jualan MyKad kepada warga asing. Kelolosan dalam sistem pendaftaran negara ini amat membimbangkan. Ia menunjukkan terdapat individu yang mempunyai hubungan dan saluran dengan sindiket antarabangsa.


Kebarangkalian juga terdapat dalang lain yang beroperasi di sebalik tabir dan berkemungkinan memegang jawatan penting dalam negara 

(BACA DI SINI)

Keuntungan yang diperoleh semestinya tersangat lumayan mencecah berjuta-juta ringgit. Tatkala rakyat sedang membanting tulang dan bersusah payah kerana kos sara hidup yang meningkat, berita ini sangat menggores hati semua. Mereka ini yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kedaulatan negara telah menodai amanah rakyat dan tersungkur dek habuan dunia.


Mereka layak didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Selain itu Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Aktiviti Keganasan 2001 juga harus dipertimbangkan berdasarkan fakta kes.Umum mengetahui rakyat negara asing sering masuk ke dalam negara dengan menjalankan kegiatan-kegiatan tidak sihat dan tidak bermoral seperti pelacuran.


Peningkatan kemasukan warga asing ini akan meningkatkan kes gejala sosial dalam kalangan rakyat tempatan. Ia melibatkan kesan rantaian yang begitu kompleks. Antaranya peningkatan rumah-rumah urut yang tidak berlesen seterusnya peningkatan kes penyakit HIV.

Kelolosan warga asing ini akan menyebabkan kebarangkalian pengganas untuk meresap masuk ke dalam masyarakat dan menyebarkan pelbagai ideologi yang mengancam keselamatan ramai...

Hukuman yang setimpal harus dijatuhkan jika benar-benar individu-individu ini didapati bersalah...

Dalang di sebalik kegiatan ini harus dicari dan diberkas serta-merta demi kedaulatan dan keamanan negara...

Tumpasnya Sindiket Jual MyKad Menunjukkan Tahap Integriti Pegawai Kerajaan Masih Tinggi Tapi Macam Mana Pula Dengan Kerajaan


Tumpasnya sindiket jual MyKad adalah kerana tahap integriti sebahagian pegawai kerajaan masih tinggi dan bukannya kerana dasar yang dirangka dan dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah sekarang.

Itu adalah fakta. Segalanya bermula dengan sikap peka Pegawai Imigresen yang merasa curiga dengan seorang berbangsa Cina cuba memohon Passport Antarabangsa Malaysia tetapi langsung tidak tahu berbahasa Melayu. Di situlah segala pembongkaran sindiket itu bermula.

Jadi kerajaan Pakatan Harapan tak payahlah nak ambil kredit kerana kononnya ketegasan dasar yang diperkenalkan oleh Pakatan Harapan menyebabkan sindiket itu terbongkar.


Apa lagi bila diketahui, ahli parlimen DAP dari Jelutong, RSN Rayer, menjadi peguambela kepada pengkhianat negara itu.

Tidak terjangkau dek akal, bagaimana salah seorang ahli Dewan Rakyat dari pihak kerajaan boleh mewakili pengkhianat negara.

Sedangkan Dewan Rakyat ialah badan perundangan tertinggi negara, tempat undang-undang didaulatkan di negara ini.

Tapi di satu sudut yang lain, salah seorang dari ahli Dewan Rakyat yang mewakili kerajaan bertindak membela seorang yang disyaki pengkhianat negara yang sekiranya terbukti bersalah telah dengan jelas dan sengaja menjadi pengkhianat terhadap bukan saja kedaulatan undang-undang, malah kedaulatan negara sendiri.

Apa juga alasan yang diberi oleh Rayer atau DAP, hakikatnya mereka telah cuba menyelamatkan seorang yang disyaki telah khianat pada negara ini 


DAP ini bukan setakat tak faham isu yang melibatkan kedaulatan negara malah berpolitik dan masih lagi mahu menyalahkan orang lain khususnya BN dan pemimpin Melayu UMNO.

Yang jual IC orang Cina ahli DAP
Yang beli orang Cina warganegara China
Yang jadi Peguambela ialah orang India ahli DAP
Semuanya merujuk kepada DAP

Apa punya kebangangan yang ada pada MP DAP ini?



Lebih menjijikan, bila tindakan Rayer dikritik hebat oleh rakyat Malaysia, seorang lagi ahli Dewan Rakyat DAP, Kasthuri Patto, cuba nak alihkan isu dengan kenyataan DS Zahid perlu disiasat berkaitan dengan kes penjualan MyKad kerana kononnya, sindiket itu telah mula beroperasi sejak zaman kerajaan Barisan Nasional memerintah

(BACA DI SINI).

Tak pasti sama ada Kasthuri sedar atau tahu apa yang dia cakap. Pertama, hasil siasatan mendapati sindiket ini mula menjual MyKad bermuala dari Januari 2019 dan 1,000 MyKad yang dijual itu adalah antara Januari 2019 hingga Mei 2019, sebelum itu tidak ada.

Kedua apa kena mengena DS Zahid Hamidi dalam kes jual MyKad di Pulau Pinang? Kenapa tak disuruh siasat Ketua Menteri Pulau Pinang? Atau Muhyiddin Yassin yang jadi Menteri Dalam Negeri sekarang ini?


Atau Dr. Mahathir yang jadi Perdana Menteri sekarang ini dan lebih-lebih lagi Dr. Mahathir pernah disebut-sebut sebagai individu yang terlibat dalam kes projek IC kepada warga asing di Sabah?

(BACA DI SINI) dan  (DI SINI).

Bila dah jadi ahli Dewan Rakyat, bercakap tu biarlah gunakan otak sebab setiap kenyataan dari ahli Dewan Rakyat, terutamanya dari pihak kerajaan akan diberi perhatian bukan saja oleh rakyat Malaysia malah masyarakat dunia.

Dah 500 hari memerintah, rupa-rupanya 'zikir' salah Najib dan salah BN masih menebal lagi dikalangan ahli politik Pakatan Harapan.

Tapi rakyat dah merasa sangat-sangat bosan bila dengar Pakatan Harapan dok meratib benda yang sama tak habis-habis, Najib, UMNO, BN, Najib, UMNO, BN!!!

Comments

Popular posts from this blog

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem

Police Call Up Sarawak Chinese Activist Members For Not Standing For National Anthem Sarawak for Sarawakians (S4S) official spokesman Shaow Tung Leong (The Star) – Police have called up seven members of the Sarawak for Sarawakians (S4S) activist group who did not stand up for the national anthem, as seen in a video clip which has gone viral on social media. State deputy commissioner of police DCP Datuk Dev Kumar said a police report on the incident was lodged on Monday (Sept 30). “Based on the report, we have commenced investigations under Section 8(3) of the National Anthem Act 1968,” he said. Under Section 8, anyone who knowingly shows disrespect to the national anthem in a public place can be fined up to RM100 or jailed not more than one month. S4S spokesman Shaow Tung Leong, who was among those called up by police over the incident, said their action was a “silent protest” against the Federal Government’s “unfair” treatment of Sarawak. “We did not stand up because we feel d...

Perlembagaan benarkan Agong singkir PM, kata peguam

SHAH ALAM: Peguam kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan adalah salah untuk berkata Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa menyingkir Perdana Menteri. Malah, undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dengan jelasnya menyatakan, “kuasa melantik termasuk kuasa untuk menolak,” kata Mohamed Haniff Khatri Abdulla. “Ada pihak mempersoal kuasa Agong terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak). Bagi saya, jawapannya ada dalam perlembagaan. “Perkara 40 (2) (a) menyatakan Agong boleh bertindak menurut budi bicara dalam pelantikan Perdana Menteri. Ia tidak menyentuh soal kuasa memecat Perdana Menteri. “Tetapi dalam Seksyen 29 Jadual ke-11, undang-undang bertulis menyatakan bagi individu atau pihak yang diberi kuasa membuat pelantikan ke mana-mana pejabat, kuasa yang sama hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk kuasa untuk membuang kerja atau menggantung individu yang dilantik dan melantik orang lain buat sementara bagi menggantikan indivi...

Penghantaran Helicopter dibeli era BN dihalang, alasan ada penyelwengan

Menteri Pertahanan kitalah iaitu YB  mat Sabu yang mengarahkan agar penyerahan helikopter penyerang MD-530G kepada ATM ditangguhkan atas alasan untuk menyiasat penyelewengan walaupun pesawat yang ditempah telah pun siap. RM301 JUTA SUDAH DIBAYAR HELIKOPTER MD-530G TIDAK DITERIMA Begitulah tajuk pemberitaan FMT yang berterusan  membawa agenda dajal dalam usaha menghasut rakyat dengan fitnah terhadap kerajaan terdahulu serta oleh media utama pro PH yang lain dan turut dikongsi oleh RBA RBA dan barua 3K mereka Dengan status panjangnya 10 perkataan  atau dengan hanya share tajuk seperti yg dilapor FMT kebanyakan mahacai dan RBA sudah faham segala gala,  walau pun kami penyokong UMNO hampir satu jam satu satu artikel dibaca semata mata mahu memahami satu satu isu agar ia tidak bias dalam pemahaman kami selaku rakyat Malaysia. Hamba politik PH serta BARUA BARUANYA bertungkus lumus untuk mengekalkan kuasa politik mereka pada PRU 15 sanggup berbuat apa saja terma...