Skip to main content

Prosiding peguam negara hina mahkamah dalam kes Adib diteruskan

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohanan Peguam Negara, Tommy Thomas menukar semula notis rayuan jenayah kepada rayuan sivil berhubung prosiding komital yang difailkan bapa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, pada Julai lalu.
Peguam yang mewakili Mohd Kassim Abdul Hamid, Abi Mursyidin Awal berkata, prosiding komital itu akan diteruskan sebagai rayuan jenayah seperti diputuskan timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi ketika pengurusan kes pada Isnin lalu.
Abi Mursyidin berkata, Hakim Mahkamah Tinggi, Meor Hashimi Abd Hamid menetapkan 22 Nov sebagai tarikh perbicaraan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Koroner di sini pada 27 Ogos lalu yang membenarkan permohonan komital dijalankan ke atas Thomas.
“Pada tarikh berkenaan juga, akan didengar bersama permohonan pihak responden untuk membatalkan notis rayuan yang difailkan pihak peguam negara sebelum ini.
“Hakim turut memerintah plaintif (peguam negara) memfailkan petisyen rayuan pada atau sebelum 7 Okt serta memfailkan afidavit jawapan pada atau sebelum 10 Okt ini,” katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata, hakim turut menetapkan 24 Okt ini untuk responden dan plaintif memfailkan hujah masing-masing, manakala tarikh keputusan ditetapkan pada 25 Nov.
Terdahulu, plaintif membuat permohonan lisan untuk menukar rayuan jenayah kepada rayuan sivil.
Pada 16 Julai lalu, Kassim, 64, memfailkan permohonan perintah komital (hina mahkamah) terhadap peguam negara kerana menghina mahkamah berkaitan prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anaknya.
Permohonan sebelah pihak (ex-parte) itu dibuat melalui Tetuan Mohd Zubir Embong & Associate di pejabat pendaftar Mahkamah Koroner.
Adib, 24, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di luar Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu dan meninggal dunia pada 17 Dis di Institut Jantung Negara.

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...