Skip to main content

Kempen utama produk Muslim berjaya pecah oligopoli ekonomi




KUALA LUMPUR 5 Sept. - Kempen utamakan produk Muslim atau 'buy Muslim first' (#BMF) dilihat berpotensi memecahkan oligopoli ekonomi iaitu konsep perniagaan yang dikuasai oleh kumpulan peniaga tertentu bagi mengaut keuntungan dengan penawaran barangan pada harga mahal.

Kesan yang sama juga dapat dilihat terhadap konsep monopoli iaitu mengurangkan kebergantungan terhadap sesuatu produk keluaran individu tertentu dengan menggantikan barangan lain dalam memenuhi keperluan harian.

Justeru, kesan daripada pemecahan tersebut, dominasi kawalan harga juga dapat dihapuskan sedikit demi sedikit dan meningkatkan persaingan sekali gus memberi kelebihan kepada pengguna.

Menurut Peguam dan Penganalisis Politik, Adnan Seman, kempen memperkasakan ekonomi bumiputera wajar dilihat secara positif kerana tindakan tersebut boleh menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.

"Oligopoli adalah perkataan berasal daripada Yunani Kuno iaitu 'oligos' bermaksud sedikit manakala 'polein' bermaksud menjual merupakan bentuk pasaran yang dikuasai oleh sejumlah kecil penjual (peoligopoli atau oligopolist).

"Sistem ini mempunyai struktur pasarannya tersendiri. Oligopoli menjadikan mereka yang menguasai ekonomi atau pasaran sangat berkuasa," katanya dalam perkongsian status di Facebooknya hari ini.

Penerangan beliau dapat dijelaskan menerusi beberapa maklum balas dalam Facebook mengenai kesan terhadap pelaksanaan kempen tersebut apabila beberapa pengguna mula membuat perbandingan harga barangan.

Malah, terdapat pengguna memaklumkan berlaku penurunan harga terhadap beberapa barangan keperluan harian terutama minyak masak yang jatuh sehingga RM12.90 bagi setiap botol lima kilogram berbanding sebelum ini yang berlegar antara RM17 hingga RM20.

Tambah Adnan, situasi berkenaan adalah kesan yang dapat dilihat daripada sikap 'oligopolist' yang sebelum ini bersikap kapitalis.

"Oligopolist boleh dengan sesuka hati menaikkan harga bagi mengaut keuntungan melampau, sabotaj pesaing baharu, menggagalkan persaingan bagi menjaga kepentingan mereka dan boleh pula menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan dengan kenaikan harga barangan.

"Apabila oligopoli ini berjaya dipecahkan maka harga akan menjadi lebih kompetitif dan murah untuk pengguna tanpa mengira kaum. Kuasa pengguna. Teruskan usaha memecah oligopoli," tegasnya. - UTUSAN ONLINE


Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...