Skip to main content

Malaysia Sudah Ada Bombardier, Kenapa Zuraida Perlu Ke Itali?

KUALA LUMPUR – Malaysia melalui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sudah memiliki pesawat Bombardier CL415 yang telah digunakan untuk kerja-kerja memadam kebakaran.
Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan hasrat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang mahu ke Itali bagi melihat keberkesanan aset tersebut.
“Setahu saya APMM ada aset seperti ini. Untuk operasi pemadaman api, APMM juga ada Bombardier, seingat saya jenis CL 415.
“APMM juga sering guna helikopter jenis Augusta Westland untuk penerbangan medevac. Helikopter Dauphin 365 pun kita ada.
“Jadi apa sebab Zuraida nak pergi ke Itali untuk tengok helikopter, tengok kapal terbang? Tengok kat Malaysia tak best?” Tanya bekas Perdana Menteri itu melalui hantaran di facebooknya.
Kata Najib, pesawat Bombardier APMM itu pernah digunakan untuk membantu Indonesia memadam kebakaran di Sumatera Selatan pada tahun 2015.
Malah, baru-baru ini katanya, aset itu digunakan untuk padam kebakaran di Kuala Baram, Sarawak.
Zuraida baru-baru ini menyatakan beliau akan ke Itali dalam masa terdekat bagi melihat keberkesanan jentera atau peralatan yang digunakan di negara itu dalam kerja pemadaman api.
Ini ekoran hasrat kerajaan yang bercadang membeli sebuah pesawat Bombardier dan helikopter Medevac bagi kegunaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Katanya Zuraida, Itali model negara terbaik dalam menangani isu kebakaran, jadi beliau akan ke sana untuk melihat demostrasi model yang digunakan. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Laporan lengkap Tragedi 13 Mei oleh MAGERAN

Laporan lengkap Tragedi 13 Mei oleh MAGERAN Portal Malaysiakini telah menerbitkan artikel mengenai peristiwa 13 Mei dari sumber, dan beberapa wawancara. Ada beberapa perkara penting yang tidak disebutkan dalam artikel tersebut, yang kami rasakan perlu dibaca oleh setiap warga. Untuk makluman pembaca, perkara penting tersebut diceritakan dengan terperinci dalam Laporan Tragedi 13 Mei yang disediakan oleh Tun Abdul Razak, Pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran) ketika itu. Berikut merupakan kata-kata pendahuluan oleh beliau dalam laporan tersebut: Laporan penuh ada di bahagian bawah Oleh : Tun Abdul Razak Hari 13 Mei 1969 akan tercatit di dalam sejarah kita sebagai hari tragedi nasional. Pada hari itu asas perdirian Negara kita telah menerima paluan yang sehebat-hebatnya pernah dialami dengan meletusnya rusuhan antara kaum. Mujur lah Kerajaan telah mengambil tindakan yang segera dan tegas, dibantu dengan setianya oleh pihak Tentera dan Polis, maka dapatlah pihak berkuasa mengawal k...