Skip to main content

Waytha Moorthy perlu letak jawatan


KUALA LUMPUR 29 Sept.- Desakan supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy semakin kuat kedengaran dan kali ini ia datang dari parti MCA.
Naib Presiden MCA, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker berpandangan, desakan peletakan jawatan itu adalah wajar selepas Waytha dilihat gagal memainkan peranan terutama dalam meredakan api perkauman dalam insiden rusuhan di Subang Jaya sehingga mengakibatkan kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim.
"Waytha Moorthy juga turut perlu bertanggungjawab sepenuhnya susulan kegagalan beliau memainkan peranan yang sewajarnya dalam meredakan api perkauman yang ditiup sepanjang kes ini berlaku.
"Rakyat berhak mempertikaikan kewibawaan beliau kerana tidak melaksanakan amanah yang digalas dengan baik dan ikhlas dan sewajarnya beliau perlu meletakkan jawatan," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Sementara itu, menurut Lian Ker, susulan keputusan inkues kematian Muhammad Adib yang diperoleh kelmarin, pihak polis mesti bertindak segera dengan mengambil tindakan ke atas pihak bertanggungjawab dan mengheret mereka ke muka pengadilan.
"Kes ini sudah berlarutan terlalu lama dan sebelum ini juga, ramai telah ditangkap serta dibebaskan sehingga menimbulkan kekeliruan serta pelbagai persepsi kepada seluruh rakyat di negara ini.
"Saya turut menggesa agar mereka yang bertanggungjawab meletakkan jawatan dan dikenakan tindakan kerana mengambil posisi bahawa arwah Muhammad Adib tidak dibunuh. Ia jelas mendahului prosiding inkues dan seakan-akan ingin mempengaruhi perjalanan kes ini," katanya. - UTUSAN ONLINE

[Sila letak jawatan]

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...