Skip to main content

MP DAP jadi Peguam Bela kepada Lai Chin Wah 'Dalang DAP' jual MyKad


Akhirnya terbukti Datuk Lai Chin Wah  yang terlibat sindiket menjual Mykad didalangi DAP Pulau Pinang selepas Ahli Parlimen Jelutong DAP, RSN Rayer menjadi peguam kepada Datuk Lai itu

Terdapat sumber menyatakan Datuk Lai Chin Wah seorang ahli perniagaan adalah pendokong kuat DAP Pulau Pinang.

Terdahulu pasukan pembelaan kes enam individu terbabit dalam sindiket pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta MyKad secara tidak sah kepada warga asing mengemukakan bantahan untuk tidak memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi, hari ini.

Peguam Mohd Hisham Mohd Nazir yang mewakili ‘Pengkhianat Negara’ Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang, Mohd Faizul Arifin memaklumkan kepada mahkamah untuk membantah permohonan itu ke Mahkamah Tinggi dan meminta kes dikekalkan di Mahkamah Sesyen.

Permohonan itu dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya yang juga Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang, Yusaini Amer Abdul Karim memohon kes enam individu itu didakwa di bawah Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 dipindah ke Mahkamah Tinggi.

Permohonan itu dilakukan Yusaini Amer ketika sebutan semula kes di hadapan Hakim Salha Hamazah dan Hakim Mazdi Abdul Hamid.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 dan 27 September ini untuk sebutan semula kes bagi membolehkan barisan peguam bela yang mewakili enam tertuduh mengemukakan hujah masing-masing.

Peguam  DAP R S N Rayer yang mewakili ‘dalang Mykad’ Datuk Lai Chin Wah memohon mahkamah membenarkan anak guamnya membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul, diludah dan dipaksa menandatangani dokumen tidak diketahui kandungannya ketika dalam tahanan polis.

Salha kemudian membenarkan permohonan peguam tertuduh.

Pada 12 September lalu, Mohd Faizul, Lai dan empat yang lain didakwa di dua mahkamah berasingan dengan 32 pertuduhan berhubung sindiket penjualan sijil kelahiran dan MyKad kepada warga asing.

[Ahli DAP Pengkhianat Negara]

Comments

Popular posts from this blog

Tinggalkan DAP

Tinggalkan DAP Memang tak sangka, bila dengar berita ni. Ong Kian Ming ni dah 14 tahun dalam DAP, lama sangat tu, tiba-tiba keluar mesti ada sebab berat. Dari apa yang dia cakap, isu utama dia tak puas hati keputusan parti kekal dalam kabinet. Dia rasa DAP patut keluar dulu, tekan kerajaan buat perubahan yang dijanjikan, tapi parti pilih untuk terus kekal. Bila prinsip sendiri tak sama dengan hala tuju parti, memang susah nak terus tinggal. Dia pun kata tak masuk parti lain, tak nak bertanding juga. Nampak macam bukan sebab nak lari ke tempat lain, tapi betul-betul rasa tak sehaluan dah. Bila orang yang dah lama dalam parti pun buat keputusan macam ni, mesti ada benda yang tak kena di dalam. Entah-entah ini cuma permulaan saja, belum tahu siapa lagi akan ikut jejak langkah dia selepas ni.

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

RM314 Juta Tidak Diterima Kerajaan, Anthony Loke Patut Dipertanggungjawapkan

Isu penggantungan perkhidmatan MYEG dan Zetrix AI ini bukan sekadar pertikaian komersial biasa tetapi ia satu isu yang melibatkan amanah rakyat dan aliran dana negara. Dua platform ini  diwujudkan untuk memperkemas urusan awam dan mempercepatkan transformasi digital kerajaan justru kegagalan menyerahkan hasil berjumlah RM314 juta amatlah membimbangkan. Jumlah ini bukan kecil dan ia adalah hak rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan masyarakat.  Apabila dua entiti ini gagal menunaikan tanggungjawab kewangan mereka rakyat mula mempersoalkan pengawasan dan mekanisme pemantauan yang ada di bawah kementerian berkenaan. Ia menimbulkan keraguan tentang sejauh mana kerajaan memastikan rakan kongsi yang dilantik mematuhi syarat perjanjian. Perkara yang lebih mendesak adalah ke mana perginya wang tersebut dan mengapa kelewatan ini dibiarkan berlaku sehingga ke tahap penggantungan perkhidmatan. Semua ini berlaku di bawah pengawasan m...