Skip to main content

Pan Borneo: Penipuan Kos oleh Lim Guan Eng dan PH



Image may contain: 1 person, text


Kos PAN BORNEO Sarawak masa BN cuma RM16.48 billion diturunkan ke RM15.13 billion

Masa PH Kos Pan Borneo Sarawak tiba-tiba jadi RM21.857 billion dan atas kebijaksanaan menteri kewayangan berjaya diturunkan ke RM18.8 billion.

Dengan bangganya dan kompidon yang amat tinggi Lim Guan Eng kata berjaya jimatkan kos sebanyak RM3,1 billion iaitu RM21.857 billion tolak RM18.8 billion maka jimatlah konnonya sebanyak RM3.1 billion?

Kat mana yang jimatnya? Masa BN kos cuma RM15.13 billion. dengan kos sebanyak RM18.8 billion yang Lim Guan Eng umumkan tersebut, bermakna telah berlaku peningkatan kos sebanyak RM3.6 billion. Bukan jimat RM3.1 billion.

Baca apa yang DS Najib tulis di bawah:
*********
Kos pembinaan Pan Borneo Sarawak masa BN diunjurkan pada RM16.48 bilion sahaja.

Malah, pelaksana projek yakin mereka mampu mencapai penjimatan kos hampir RM2 bilion.

Ini disebabkan ada perubahan kawalan pengurusan serta penghasilan reka bentuk yang cekap masa, ketika pelaksanaan projek.

Maka kos diperlukan untuk pembinaan Pan Borneo Sarawak hanyalah kira-kira RM15.13 bilion.

Boleh baca di sini

"Jumlah kos pembinaan lebuh raya itu kini diunjurkan kira-kira RM15.13 bilion, dikurangkan daripada sasaran kos siling asal berjumlah RM16.488 bilion."

Tiba-tiba Lim Guan Eng kata pulak kos pembinaan Pan Borneo Sarawak adalah RM21.857 bilion. Lim Guan Eng dengan bangganya kata dia berjaya jimatkan RM3.1 bilion maka kos baru yang dia dapat ialah RM18.8 bilion.
BN - RM16.48 b (diturunkan ke RM15.13 b)
Menteri Kewayangan - RM21.857 b (diturunkan ke RM18.8 b)

Betul betul. Ini satu 'penjimatan'. Penjimatan kepala atuk dia. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Laporan lengkap Tragedi 13 Mei oleh MAGERAN

Laporan lengkap Tragedi 13 Mei oleh MAGERAN Portal Malaysiakini telah menerbitkan artikel mengenai peristiwa 13 Mei dari sumber, dan beberapa wawancara. Ada beberapa perkara penting yang tidak disebutkan dalam artikel tersebut, yang kami rasakan perlu dibaca oleh setiap warga. Untuk makluman pembaca, perkara penting tersebut diceritakan dengan terperinci dalam Laporan Tragedi 13 Mei yang disediakan oleh Tun Abdul Razak, Pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran) ketika itu. Berikut merupakan kata-kata pendahuluan oleh beliau dalam laporan tersebut: Laporan penuh ada di bahagian bawah Oleh : Tun Abdul Razak Hari 13 Mei 1969 akan tercatit di dalam sejarah kita sebagai hari tragedi nasional. Pada hari itu asas perdirian Negara kita telah menerima paluan yang sehebat-hebatnya pernah dialami dengan meletusnya rusuhan antara kaum. Mujur lah Kerajaan telah mengambil tindakan yang segera dan tegas, dibantu dengan setianya oleh pihak Tentera dan Polis, maka dapatlah pihak berkuasa mengawal k...

Pilih semula BN kalau kami gagal kata Saddiq

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'. Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin. Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu. Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu. Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan ti...

Bicara SRC; Dakwaan dan ulasan TS Shafiee

Anda perlu ingat, terdapat beberapa perkara yang pihak pendakwaan telah katakan. Ada 2 yang agak penting. Yang pertama, mereka telah katakan bahawa DSN telah merancang untuk mengambil RM 42 juta wang SRC itu sejak mula. Bermakna sejak tahun 2011, DSN telah merancang 3 tahun sebelum kejadian untuk menerima RM 42 juta 3 tahun selepasnya. Berapakah peratuskah sebenarnya RM 42 juta ini? (berbanding 4 billion). Ia adalah kurang dari 1%. Jika anda jual sebuah rumah sekalipun, jual hartanah, jual tanah atau anda menjadi broker sebuah perjanjian komersial, anda akan mengambil pulangan minumum 3-5%. Jadi mengapa 42 juta? Ia tidak capai pun 1%. Kenapa 42 juta? Kenapa dia kata dia mahu 42 juta? Ini gagal dijawab oleh pihak pendakwaan sungguhpun kita telah bangkitkan. Dan memikirkan bahawa ia diterima 3 tahun kemudian. Siapa yang terima rasuah, 3 tahun kemudian? Tak ada orang yang akan lakukan perkara ini. Jika saya mahukan rasuah, saya mahukannya SEKARANG. Terutamanya apabila saya ada...